Friday, March 2, 2012

Dah Sampai...

Alhamdulillah...

Da sampai ke destinasi yang dituju. Kampung halaman tercinta. Keluar dari arrival hall, nampak orang pakai baju kurung ijau. Mula-mula ingatkan tu mak, tengok sebelah dia tak jauh sikit, eh...mak pakai baju kurung biru tu. Rupa-rupanya adik bongsu saya da membesar dengan cemerlang sekali. =.=

Hantar adik gi tempat kerja dia, Ratu's Collection, sebelum gi beli barang dapur. Macam biasa lah tu. Setiap kali balik, mesti mak bawak keluar beli barang dulu, tak kiralah nkoo ngantok ke lapar ke penat. Hahaha~ Mak dengan bapak carik beras, tapi saya pulak merengek nak aiskrim. Semalaman tak jamah ape-ape, cuaca pulak panas, so tekak ni rasa nak makan aiskrim. Huhuhu.

Tengah nak belek-belek aiskrim kat kedai, mak panggil.

"Tu, nek usu~ Gi la jumpa dia." Mak menunjuk ke arah gerai kuih tak jauh dari mini market tu. Saya ternampak nek usu dengan cucu dia, Nazrul comel.

Menapak ke gerai kuih tu, ingat nak main cak-cak, tapi nek usu da nampak dulu.

"Ehhhhh, bila sampai?" tanya nek usu.

"Baru tadi..." saya bersalaman dan mencium pipi nek usu, kemudian bersalaman pulak dengan kawan-kawan nek usu kat situ.

"Bawak ape balik?" Sudahhhh... Start dahhh soklan cepu emas nek usu. =.=

"Takde papeeee~~~"

"Takde pape ke? Ingatkan ada bawak ape-ape berita gembira~"

"Takdeeee~~~"

Berbual-bual kejap, then sambung balik cari aiskrim. Sampai rumah, terkejot tengok Cumel da gemokkkk. Besar giler kuceng sekor tu. Tu la kesan bila da kena sunat. =.=

Disebabkan terlalu lapar, terus cedok aiskrim, sambil makan roti coklat. Telan karipap gak. Telan tapai dengan bingka ubi yang mak buat gak. Dah lama tak rasa semua tu. :')

Sekadar mengisi perut, sekarang nak qada' tido setelah 29 jam tak tido *tolak tido berapa minit yang terjaga sebab disangkanya dunia bergegar, rupanya henset yang vibrate...=.=*


P/S: Pagi-pagi dapat mesej dari dua orang yang minta maaf sebab terlelap malam tadi. Saya bahagia.

15 comments:
Write Comments
  1. indahnya rasa bila dpt jumpa mak dan family kan? =)

    ReplyDelete
  2. 29jam xtidur? Soalan cepu cemas yang biasa. Haha.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sunah...alhamdullilah selamat sampai ke kg tercinta yer...:)

    ReplyDelete
  4. gunakan masa yang ada sebaiknya bersama mereka yang tercinta~

    ReplyDelete
  5. xpelah..
    x lame lg nek usu dgr lah khabar berita gembira dr cucu syg yer...hihihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.tentu seronok berjumpa insan2 tersayang kan..:) cuti ke balik for good?

    ReplyDelete
  7. kempunan kek lapis cadbury sarawak T__T

    eh kucing kena sunat ke?

    ReplyDelete
  8. em ai tggu berite tu jugak muhahaha

    ReplyDelete
  9. lebih 1hari tak tidur?
    tak pening ka kepala?

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah dah sampai pun...akak smlm dok teringat je sunah dah sampai ke....

    ReplyDelete
  11. mggu lepas, eyda tido2 ayam je 2hari aritu. banyak keje. balik ni terus pulun tido. huhuhu

    ReplyDelete
  12. Alhamdulilah.. bahagianya boleh balik kg kan...

    kucing pun ada yg kena sunat erk kak? bru tau,,, ntah2 kucing yg gemok kt umh kira nie sbb kena sunat jgak.. gemok mcm mengandung tp dari dlu lg gemok cm tue nye..

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com