TERBAIK DARI ENCIK SUAMI

Monday, March 5, 2012

Dusun Arwah Atok

Semalam, mak ajak gi dusun arwah atok. Dusun yang da diwariskan kepada tiga orang anak arwah atok, iaitu mak saya, pak ngah dan mak usu.

Bertolak seawal 6.30 pagi, sempat sediakan sarapan pagi lempeng cicah dengan baki kuah ayam masak lemak cili padi. Pergi berkonvoi sekali dengan family mak usu. Dua kereta je pun. :p Saya, mak, bapak, mak usu, pak usu dengan cucu mak usu merangkap anak buah nakal saya, Aiman.

Perjalanan dalam lebih kurang setengah jam je. Sampai kat Batu 10, kereta kena park dekat luar. Jalan tanah merah tak sesuai untuk diredah kereta bapak dan pak usu. Kalo de hilux takpe la jugak. Hoho~ So, sampai-sampai tu kena mendaki sejauh entah berapa kilometer.

Mula mendaki

Behenti rehat sekejap sambil tunggu yang lain sampai. Aiman tengok gaung kat bawah.

Kabus waktu pagi di kawasan bukit

Kat bawah bukit tu...lembah ke orang sebut? Ade dusun/kebun orang lain juga~ Ade sungai cantik... T_T

Sampai dusun/kebun arwah atok

Tak sampai setengah jam jugak lah, akhirnya sampai ke dusun yang ade papan tanda bernama arwah atok dengan nama pak ngah. Ini first time saya gi, sebelum ni tak pernah diorang ajak sebab hutan tebal lagi masa tu. Sekarang da nampak terang sikit berbanding dulu, katanya. Kalau dulu, berpeluang jugak lah adik bongsu saya berjumpa dengan ular daun. Hohoho~

Ape yang ade kat dusun kami?

Nampak tak pokok durian otak udang/durian landak yang baru nak tumbuh?

Takde buah-buahan. Hahaha~ Sebab semua baru nak tanam balik. Pokok cempedak da tak berbuah. Bukan musim, mak kata. Pokok durian banyak da kena tebang. Jadi, kena tanam semula. Yang banyak tumbuh kat dusun ni, pokok pucuk ubi. Macam-macam jenis ade. Lepas tu, ada yang da ber'ubi kayu'. Banyak jugak bawak balik rumah semalam.


Si Aiman, banyak betul cakapnya. Dia nak sangat bawak saya tengok air terjun katanya. Tapi semalam air tak deras. Tak terjun sangat pun air tu. Merajuk jugak Aiman sebab kami tak bagi dia mandi air terjun kesayangan dia tu. Kadang-kadang mulut dia keluar perkataan-perkataan yang tak berapa enak dijamah telinga. Penat membebel, last-last petik cili yang da berbuah, gi ugut dia kalau sebut lagi perkataan tak elok, kang cili molot tu. Sekejap je dia diam, lepas tu mula balik. =.=

Semalam, lepas Zohor, hujan. Semua tanaman yang baru dibaja, dibasahi air hujan. Sejuk mata tengok tumbuh-tumbuhan ni menghijau segar lepas hujan. Rasa macam nak ayah buat rumah kat sini pun ade gak. Boleh la bermalam kat sini lain kali. Hahaha~

Balik rumah kul 4 petang, menapak balik ke parking kereta. Masa tu la kaki da mula sakit sebab pakai kasut ketat dan tak sesuai untuk aktiviti mendaki. Ye la, mana bawak balik kasut sport pun paling kurang, pakai kasut hitam masa degree dulu je. Sampai rumah, mandi, solat, terus pengsan.

Sempat jugak mimpi kat dusun lagi.

19 comments:

Anum said...

wow bestnya ada dusun

Noraim said...

wahh sgt adventure nak sampai kebun arwah atok akak. kat mane ni ye?

sy suka pegi kebun sbb rasa sejuk je situ :)

kiera'sakura said...

wahhhh sonoknya.... dusun arwah atok kira ntah bape tebal hutannya...hihihihi

lieynanilaz said...

Subhanallah...cantik sungguh pemandangan..rasa tenang di hati..

aDisH.sHidA said...

best nya...akak pun da lama x g dusun tok wan...

jauh di puncak bukit jugak tu kan dusun arwah atok sunah..siap de signboard g....


eh eh pokok apa ye yang berlingkar tu

puteri rimba said...

dah lama tak gi kebun..balik kg pun sekejap2 banyak urusan lain...dulu arwah nenek ada,siap bawa bakul kutip ulam nak buat nasi kerabu sambil belajar apa yang boleh makan n tidak kalau dalam hutan...huuuu

JIJI YU said...

lawonye view weh..nak g. weh..nk shoot

Azizah a.k.a N.a.z said...

kat mana ni..
cantik..

mas saari said...

memang syok pergi dusun ni..

Suhaili Sarif said...

nak loike ayat jiji

waaaa serius terasa sejuk
bestnya ada dusun
eh selama ni ingatkan dusun dlm hutan je
atas bukit pn pggl dusun ek

kura said...

wahh. besttt nya dusun :0

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cantik dusun tu atas bukit.tp mmg kena ada tenaga nak panjat bukit tu kan?teringin nak ke sana.nnt bw akak blh?suka tgk pemandangan tu.kat semenanjung mana nk cr kebut atas bukit.susah

maszull said...

assalamualaikum sunah...wah bestnya ada dusun lg bila dah besar pokok durian tu nanti pasti byk hasilnya...:)

FasiHaH SupiaN said...

sy xada dusun...tp abah sy ada kebun sayur...

ariana said...

Mesti cantik pemandangan dr ats puncak tu..

Nampak atok Sunah tu masih gagah lagi ye..

.........cP~ said...

Salam.

Hee. Kebun yang ada cumasekangkang kera. Tapi, saya n bercita-cita sangat nak beli tanah dan ada dusun sendiri.

Solihin Zubir said...

dusun atas bukit? 1st time tgok..

Gen2Merah said...

Wahh.. Mncabar juga nak p dusun tu ya.. Tapi sejuk hati pandang dedaunan yg mghijau itu

nuruashia said...

ji : kalo nk g,,nuru nk ikot hahahaa

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.