Ticker

6/recent/ticker-posts

Ini Yang Saya Risaukan

Kita sudah terbiasa dengan dosa.

Kerana setiap hari kita dihimpunkan dengan perkara yang mendatangkan dosa. Bukan sekadar di media massa - kaca TV, internet, radio, malah di depan mata kepala sendiri. Di sekeliling kita semuanya sudah nampak biasa. Perkara mungkar tidak mendatangkan rasa gentar kepada Allah. Sebaliknya, amalan baik dan lebih dituntut oleh Allah menjadi luar biasa dan nampak pelik. Hingga satu masa, mengikut syariat Allah itu lebih mengundang rasa malu berbanding melakukan sesuatu yang jelas nyata dimurkai Allah.

Ya, ini yang saya risaukan. Ini yang bakal anak-anak saya hadapi di masa hadapan kelak dalam proses mengenal kehidupan. Kerana kadang-kadang kita rasa telah berusaha dengan sebaiknya untuk anak-anak di rumah, namun di luar - di sekolah contohnya, anak-anak punya rakan sebaya yang bisa mempengaruhi mereka. Kalau sekarang ini pun saya boleh lihat anak-anak kecil begitu taksub dengan hiburan (secara berlebihan), apatah lagi anak-anak kecil di masa depan kelak, mungkin lebih dari itu. Siapa tahu?

Negatifkah mentaliti saya kalau berfikir seperti ini?

Maafkan saya, namun saya benar-benar risau. Seorang kakak berkata, jihad saya sebagai seorang wanita di rumah adalah untuk ibu bapa, suami, anak-anak dan pembantu saya jika ada. Tetapi tanggungjawab paling besar terletak dalam mendidik anak-anak sejak sedari belum lahir lagi - lebih spesifik, sejak sebelum nikah lagi, hinggalah selepas anak-anak lahir. Nyata begitu berat amanah dan tanggungjawab yang bakal saya pikul di masa hadapan. Dan saya sedari masa hadapan itu tidaklah terlalu jauh untuk menjengah.

Adakah saya sudah bersedia?


P/S: Mohon klik SINI. Terima kasih.

Post a Comment

14 Comments

  1. kena bgi didikan agama yg mendalam kpada ank2.. yela zaman moden sekrg tnpa didikan agama remaja akn hncur...

    ReplyDelete
  2. negatif? akak tak rasa pun negatif. kalau sun boleh elaborate lagi mengapa sun guna word 'negatif', ia suatu pencerahan ^^

    ReplyDelete
  3. kalau didikkan dari bawah tu elok insyaAllah elok la sampai besar.. :)

    ReplyDelete
  4. @hakima

    mungkin ada yang berfikir saya hanya nampak kesan negatif sahaja dari hiburan (yang berlebihan) terhadap anak2...

    ReplyDelete
  5. nak bersedia atau tak rasanya tak boleh pilih. memang kena bersedia. cikit2 la...

    ReplyDelete
  6. hiburan yg melampau.. em, negatif tu.. :)
    jujur, akak risau juga..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum sunah...risau juga n kekadang kena berfikiran negetif gak...:)

    ReplyDelete
  8. memang selalu risau dalam bab mendidik anak ni, takut kita tersalah didik je!

    ReplyDelete
  9. salam
    nice entry..keep dakwah, keep jihad =)

    ReplyDelete
  10. banyak cabaran dan dugaan dalam mendidik anak...

    ReplyDelete
  11. betul tue kak, dari kecik la kte nk didik.. blh ke kita nk didik ble dah besar klu dari kecik dah terbiasa dgn bnde2 x elok?

    ReplyDelete
  12. negatif? taklah kak.

    skng dunia sgt mencabar. ank yg dididik dr kecik dgn baik pun blh terbabas .mcm2 skng ni.

    ReplyDelete
  13. perkara yang sama yg selalu sy fikirkan..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com