Apakah hukum mengundi?
Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.
Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?
Jika perlu ia boleh menjadi fardhu ‘ain atau wajib. Seperti adanya arahan dari pihak Pemerintah sendiri.
Adakah dalil-dalil atau nas yang mewajibkan semua orang untuk mengundi?
Tiada dalil yang jelas secara hitam putih. Ia hanya satu keperluan bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?
Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat.
Sekiranya ada 2 pemimpin muslim yang bertanding di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah untuk menentukan pemilihan pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?
Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat.
Sekiranya di tempat kita terdapat 2 pemimpin kafir, bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi memilih pemimpin?
Pilihlah pemimpin kafir yang lebih prihatin dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam.
Sekiranya seorang lelaki kafir bertanding dengan wanita Islam, siapakah yang sepatutnya kita undi sebagai pemimpin?
Wanita Islam.
Sumber: Nasbun Nuraini
Menurut Kaedah Fiqh, "Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib."
Contohnya, solat yang wajib itu tidak sempurna melainkan dengan wudhuk, maka wudhuk itu menjadi wajib untuk mendirikan solat.
Dalam aspek memilih pemimpin dan pemerintah pula, adalah wajib untuk kita yang Muslim menegakkan pemerintahan Islam, maka dengan itu memilih pemimpin dengan cara mengundi itu wajib.
Sama seperti gerak kerja dakwah untuk mendirikan daulah Islamiyyah (negara Islam), selagi mana daulah Islamiyyah itu belum tertegak dengan sempurna, selagi itulah dakwah itu wajib untuk semua.
Wallahua'lam.
Rujukan lain:
Minda Tajdid » Adakah Dosa Dan Pahala Dalam Mengundi Pilihanraya?
TranungKite Online v7.0 - Fatwa Ulama Saudi Mengenai Hukum Mengundi
P/S: So, yang dah lebih 21 tahun tu, da daftar mengundi belum?
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~


15 317 Pautan Rasa:
kat ikim pun pasal ni kan....
Dah daftar... :-)
aku selaku SU pas kawasan..aku senirik tak daftar lg
rasenya zmn arab jahiliyah dulu pun da pkai sistem demokrasi..tapi nabi pun tak heran bab2 ngundi nih...baginda terus je bangunkn org2 arab utk tauhidkn allah di negara madinah...hehehe sekadar pandangan
:(
@Muhaimin
Alhamdulillah ada pemimpin seperti Rasulullah s.a.w...
Saya tak pernah daftar tapi dah ada orang daftarkan. Haha. tiba2 je nama dah ada dalam nama pengundi..
sy dah 21 taun, tapi tak pi daftar lagi..huhu
walau tak wajib sekalipun ianya satu tanggungjawab... tanggungjawab tu kan amanah Allah!
xwajib pon...tp mungkin jadi wajib jika kita xmemilih pemimpin yg bagus hinggan menyebabkan negara rosak dan huru hara...sekadar pendapat...
Xtahu pemimpin mana yg adil...So,drpd tersalah pilih,baik x mengundi..Xmasuk neraka pun lau x mengundi kan..?
kalau calon kafir lebih baik dari calon islam?
Kalau antara makan dan tidak bleh pilih. Np utk pilih pemimpin xbleh pilih? Owhh sb x tahu ye? Meh nk ngajo. Mkn kita tgk halal haram kan? So pilih tgk y ikt Rasulullah, y nk bg org igt ALLAH. Mcm ni lah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga bkn? Mcm tu jgk klu satu ja tolak ALLAH, nk kna azab kna balasan suma kan? Pilih laa
assalamualaikum sunah...betul ckp mas kat atas tu mengundi tu mmg x wajib tapi ianya adalah tanggungjawab pada negara...
arrayah.info : Benarkah Mengundi Itu Wajib di dalam Sistem Pemerintahan Sekular Demokrasi?
Post a Comment