Puisi Aku Rindu

March 10, 2012


Sukmaku bersuara,
rinduku padamu berbicara,
kadang lepas di hati sayu,
kadang di dalam jiwa rasa pilu,
bertanya mengapa kita tidak saja bersatu.

Kadang tidak tertahan,
kadang rasa mahu dilepaskan,
tetapi tahu akhlak masih menjadi batasan,
tinggal aku rindu,
sungguh aku memerlukan belas dan kasihan.

Kadangkala air mata seperti mahu mengalir,
rasa tidak lagi mampu bertahan.
Takut nanti tersungkur dalam dugaan,
sungguh aku memerlukan kekuatan.

Wahai kasihku, apakah engkau punya jawapan?

--------------------------------

Oh cintaku,
Janganlah engkau dipeluk kelemahan,

Rindulah aku dalam doamu,
dalam langkah ketaatanmu kepadaNya,
biar Dia yang mengawal rindu ini,
agar kekal dalam batasanNya.

Aku tidak akan lari,
di sini aku sedia menanti,
engkau turun dari mempersiapkan diri,
menjemputku pada hari yang sama kita nanti.

Datanglah dengan pakaian Ilahi yang kau sedang sulami,
sabar agar tiada cacat celanya nanti,
luahlah rindumu dengan pelbagai amalan kebaikan,
agar Tuhan kita mencurahkan keberkatan.

Sibukkan dirimu wahai saktiku,
agar nanti engkau tidak lemah kala memimpinku.

1940
090312
Irbid,
Jordan

You Might Also Like

11 Comments

  1. sgt2 sedap puisi ini....suke..copy tau=)=)....thanks sharing=)

    ReplyDelete
  2. Indah..=)


    Lama tak menjenguk sini..sgt2 bizi..huhu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sunah...wah bestnya puisi cinta tu..:)

    ReplyDelete
  4. puitis sekali ~~
    drpd hilal asyraf ek..
    sea_lavender da tk on9 fb tak thu sgt..huhu...
    erm rindu 'kamu'krna Allah dan agama pada-Nya.. Ya Allah apa2 jua rindukan diri pada -Mu terlebih dahulu... :')

    ReplyDelete
  5. Nice blog..btw saye da follow awak..

    BOLEH MINTAK TOLONG X ? NAK TENGOK IKLAN YG AWESOME X ? TOLONG BUKA N LIKE SEMUA LINK NI PLEZZ ? :)

    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/SamsungLMFAO
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/SunwayMar
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/Celcom77
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/HotlinkBagus
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/GEPhoto
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/GEPhoto
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/LoraxMY
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/HiShopJH
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/UDevonScreenProtector
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/churpchurp-invite
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/B52SaltLamp
    http://my.churpchurp.com/hafizahzap/share/OrangeHairArtStudio

    ReplyDelete
  6. ye sandarkan rindu pada yang satu

    ReplyDelete
  7. kala rindu mencengkam mmg sakit kan...

    ReplyDelete
  8. rindu sapa? hhee...

    saya pun rindu....

    ReplyDelete
  9. Salam Sunah...

    Dah lama sis tak update Tumblr tu...huhuhu ikut mood..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com