BLOG ENCIK SUAMI

Friday, March 23, 2012

Susahnya Jadi Doktor

Gambar dari SINI

Jadi doktor tu susah.

Sebab nanti kena bertarung dengan nyawa manusia. Tambah-tambah kalau doktor bedah. Sekali silap dalam operasi leh bawak maut. Uhuhu. Sebab tu kena plan strategi betul-betul sebelum start ape-ape pembedahan. In case kalau jadi ape-ape dalam masa pembedahan berjalan, doktor dah bersedia untuk tangani.

Bukan tu je, jadi doktor pun kena main dengan perasaan banyak manusia. Orang-orang yang mengharapkan kita untuk sembuhkan orang-orang kesayangan diorang. Kadang-kadang kita menggembirakan hati diorang dengan berita pembedahan yang berjaya, kadang-kadang kita jugak yang kena tenangkan diorang bila berlaku musibah dalam pembedahan tu.

Tapi...lagi susah bila jadi doktor kepada orang-orang yang kita sayang. Bila mana orang yang kita sayang tu sakit, dan kita pulak jadi doktor yang handle kes dia. Mesti main dengan macam-macam perasaan, kali ni termasuk perasaan kita sendiri pulak. Dan bila kita 'gagal' dalam kes saudara sendiri, perasaan bersalah mengiringi sampai bila-bila. Sebab tu lah ada hospital yang tak bagi doktor amek kes pesakit yang ada pertalian saudara dengan diorang. Hurmmm...

Susah kan jadi doktor?

Saya salute sama doktor kat luar sana yang da banyak selamatkan nyawa manusia. Saya kagum dengan doktor yang walaupun gagal dalam pembedahan, tetap terus berusaha untuk tak ulang kesilapan yang sama ke atas pesakit lain. Malah, lebih respek kepada doktor-doktor yang mampu buat manusia lain berfikir di sebalik setiap kejadian - kematian, kesakitan, kesembuhan dan sebagainya - yang berlaku.

Kerana kadang-kadang musibah itu bisa membuka mata hati manusia.


17 comments:

Iffah Afeefah said...

tpi bg ai susa lg jd cikgu

doc antara hidup n mati je patient tapi cikgu

slh ilmu y diberi sampai ke tua saham tu dpt kat kite

berat tu amanhnye

cikgu juga berdepan dgn manusia,
elok atau tidak produknya,
semua itu terpulang pade seorang guru

*pendapat ai je*

tugas berat cm doc jugakkan?

Sunah Sakura said...

@Iffah Afeefah

dan nanti akan ade yang kata...doktor tu cikgu gak yang bagi ilmu sampai jadi doktor...sebaliknya gak, doktor tu yang bantu mak dia lahirkan cikgu...

gulppp...

sebenarnya takde benda yang mudah kat dunia ni... amanah Allah, walau ape pun tetap berat... :)

sea_lavender said...

doktor keje yang mulia seperti seorang guru.. mas'ul sgt besar dalam usaha merawat org ~~
baru dgr ceramah Prof Dr.Muhaya tntg peranan doktor d ikim fm rabu lepas~~

Raden said...

ehem..sy shuke dokte. nk tawen dgn dokte la..

kura said...

indahnya jadi dokter :)

FasiHaH SupiaN said...

dan kagum dengan doktor yang tabah menghadapi dugaan semua itu~

walaupun mati hidup seseorang itu urusan Allah, tapi doktor sebagai perantara..

Fatin Nadia said...

saya respect pada doktor2 yang terpaksa belaja susah2 semata2 nak jadi doktor n selamatkan orang lain..^^

Anonymous said...

korang kat sini tak rasa pelik ke.kenapa seorang doktor yang super-maha-hebat tak mampu membina atau merekacipta sebijik (walaupun satu) pil utk menghilangkan penyaki? tetapi kenapa seorang saintis yang rupanya selekeh.selalu duduk dalam bilik.time makan ntah kemana rehat pun ala kadar je sehari...boleh menghasilkan vaksin atau ubat kecil utk penyakit yang sering dihandle seorang doktor?.

[k]o{q}i[n] said...

tp kan kak, kdg2 kita x pasan yg mak2 kita atau bini2 kita juga leh jd doktor.. :p

mas saari said...

besar tanggungjawab doktor ni... tapi minat pasti boleh!

Sunah Sakura said...

@Anonymous

tu la..susah kan jadi doktor yang tak mampu buat ubat?

Eera Shera said...

semua kerja tak kisah la keje ape pun mesti terikat dgn tanggungjwb..kalo x amanah dan jujur, jual sayur pn boleh jd x berkat.hehe pendapat je...

jd doc mmg ssh. blaja 5 thn, keje x dpt rehat..mcm best je cite kak sunah tgk tu

Kalamhati said...

penah bercita2 nk jadi doktor..dan skang tho tak jadi doktor rawat pesakit..akak jadi doktor yg baiki adab dan akhlak serta jadikan mereka insan..bkn setakat manusia..alhamdulillah.tho berat rasanya memikul tanggungjawab..namun puas hati..=)

Sazali said...

That right...saya pun respect dan salute dengan kerjaya seorang doktor ...kena kuat mental dan fizikal untuk menghadpi dengan pelbagai situasi.....

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm doc, tanggung jawab besar.. full respect :)

blog-tips-kurus said...

setiap bidang kerja ada risiko & cabarannya. buat kerja mesti ikhlas + passion. doktor/misi memang banyak pahala.. :-)

kiera'sakura said...

doktor, peguam, tukang sapu.. walau apa pun kerja tetap kena pegang amanah, jalankn kerja dgn tanggungjawab dan bersungguh2

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.