BLOG ENCIK SUAMI

Monday, March 26, 2012

Tadi Tanya Dr. Nurul Sesuatu...

picture by They make house calls...

"Tarik nafas... Lepas..."

"Tarik nafas... Lepas..."

Lama doktor mendengar bunyi degupan jantung dan memeriksa paru-paru menggunakan stetoskop di belakang badan. Tak pernah doktor memeriksa saya selama doktor ini memeriksa saya. Siap minta buka kot labuh yang saya pakai sebelum dia menyambung memeriksa lagi. Mungkin melihat pada rekod saya tiga bulan lepas, dia jadi begitu prihatin.

Kemudian dia memeriksa suhu badan. Panas sedikit. Masa saya membetulkan pashmina yang dipakai, terdetik soalan di hati saya. Sesuatu yang buat saya tertanya-tanya sejak kebelakangan ini.

"Doktor...bulu kucing...berbahaya tak untuk manusia?"

"In case of ape tu? Semput?"

"Err...tak, tak! Boleh ke bulu kucing tu nanti membentuk gumpalan dalam badan manusia?"

"Eh, tak lah. Gumpalan macam mana pulak ni?"

"Err...saya ade tengok satu cerita tu. Dia buat pembedahan, lepas tu dia keluarkan satu benda ni, macam gumpalan ketumbuhan. Lepas tu sambil pegang benda tu, dia kata...'sebab ni la saya tak suh awek saya bela kucing'..."

"Cite ape yang awak tengok ni?"

"Dr. House...err..." Doktor wanita itu sengih sedikit mendengar jawapan saya.

"Sebenarnya, bulu kucing ni takde la berbahaya sampai macam tu sekali. Kalau semput pun, bulu dia setakat lintas kat hidung kita je. Lagipun, paru-paru kita ni ada ape nama tu...then, bila kita bla-bla-bla *hilang fokus*..."

"Ooo...just kes semput asma tu je la ye..."

"Aha...biasalah kalau Amerika selalunya akan ade penyakit pelik-pelik. Tapi kalau Malaysia ni, takde la penyakit camtu..."

"Ooo...ok ok..."

"Saya bagi awak ubat ni dulu ye. Setakat ni macam tak perlu antibiotik lagi bila dengar paru-paru awak tadi. Tapi kalau hari Khamis nanti tak elok lagi, datang balik ye."

"Ok, terima kasih doktor."

Bila tengah taip ni, baru teringat... Tadi lupa nak tanya doktor, kalau termakan bulu kucing banyak-banyak ape jadi ek?


17 comments:

FasiHaH SupiaN said...

aisyyy takkan lah byk sgt bulu kucing termakan angah~

ngah,dapat baucar buku tak? tadi tgk along post tu..baucar sampai april..waa dah habis -.-

hafiz hafizol said...

Bulu kucing boleh jadi batuk ! haha :P

Iffah Afeefah said...

Termakan? Err

ai tak ske kucin mngkin sbb gatal idung ngn blu:-(:

mas saari said...

bulu kucing boleh buat selsema je kan?

[k]o{q}i[n] said...

ish akak ni.. pengaruh tv kuat betul la... huhuhu

Sunah Sakura said...

@[k]o{q}i[n]

alamak! tapi akak tak tengok tv pun cite tu..tengok kat laptop..err..banyak ilmu dapat dari situ di samping improve english... :D

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

rasanya doc takkan terjawab soalan tu..hehehe

delarocha said...

ty doc, kenapa kucing suka berak merata rata? haha

Diana @ bilakukatacinta said...

alergik bulu kucing ke?... rumah akak kat kg bnyak sgt kucing..nasib baik takde budak kecik..

msredcheesecake said...

Bule jadi gumpalan dalam badan? Scary la... Hheee.... Imaginasi cik sunah sakura ni tinggi la....

Muga cepat sihat k...

shiema sufian said...

Termakan bulu kucing byk byk. mcm mana tuh ?

Mat Gebu said...

Lepas ni bela unta pulak..boleh..

kiera'sakura said...

hahahaha, merepek je akak nie...

Mutiara Bernilai said...

erk,, haip alang fasihah supian.. sebut name along eh.. :P

aDisH.sHidA said...

sunah nie...pengaruh movie nie....apa pun semoga sunah sihat yer..jgn sampai tertelan bulu kucing dah le..

erm tu la sebab yang akak tak berapa dengan kucing dan benda berbulu..sebab akak kan de athma..mudah terbersin n t semput

Dr Hafiz said...

tersenyum sorang-sorang saya baca entri ni... :)

Sunah Sakura said...

@Dr Hafiz

hahaha~ Dr. la pulak datang baca...segan saya... :p

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.