BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 1, 2012

Tak Masuk Neraka Kalau Tak Mengundi

Dirty Politics by HindiWeb.net

Saya tahu, ramai yang tak suka isu politik.

Dengan alasan, politik Malaysia itu kotor. Malah, ada yang sudah cukup umur, tapi belum mendaftar pun sebagai pemilih. Dan tanpa rasa bersalah, mengatakan "takpelah, saya tak nak mengundi..."

Ya, memang politik Malaysia agak kotor. Saya akui itu. Dengan macam-macam kontroversi dari kedua-dua jenis parti, rakyat marhaen pun pasti rasa jelik dengan suapan berita setiap hari di media massa. Apatah lagi lidah perdana yang nyata menyebelahi parti pemerintah. Sampai naik bosan dan muak dengan berita-berita di kaca TV dan dada akhbar.

Entah lah...

Bila disuruh mengundi, macam-macam pulak alasannya. Tak mengundi, tak masuk neraka. Ya, memang tak masuk neraka pun kalau tak mengundi, tapi ingat, tak dijamin masuk syurga pun kalau langsung tak ambil peduli untuk memilih siapa pemimpin kamu.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu." [an-Nisa: 58]

Aha, zaman Rasulullah s.a.w dulu tak perlu pun undi-undi ni. Rasulullah s.a.w terus bangunkan masyarakat Arab dengan baginda sendiri menjadi pemimpin. Subhanallah... Alhamdulillah ada Rasulullah s.a.w yang menjadi utusan pilihan Allah untuk memimpin manusia di zaman tersebut.

Zaman kita, ada pemimpin maksum dari dosa macam Rasulullah s.a.w?

"Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah." [al-Qasas: 26]

Hurmmm...

Memang sukar memilih pemimpin yang amanah. Namun lebih berat bebannya apabila tidak menunaikan amanah. Memilih pemimpin yang kuat lagi amanah itu adalah amanah Allah buat kita. Biar amanah kita selesai dengan Allah dahulu, amanah pemimpin itu setelah kita memilih dia pula tanggungjawab dia dengan Tuhannya.

Dan Allah Maha Mengetahui.


P/S: Sebab tu orang cakap, jadi pemimpin ni, sebelah kaki da masuk neraka.


12 comments:

mas saari said...

betul tu! at least kita dah jalankan tanggungjawab memilih pemimpin yang berwibawa..

IBU GEBU said...

pilih pemimpin demi kelansungan generasi akan datang terutama anak2 kita nanti...

Solihin Zubir said...

saya nak pilih pemimpin, saya tgok bini dan anak2 dia.. yg mana lebih ok.. dari satu dh bleh nmpk.. kalau nk pimpin bini dan anak2 pun gagal, camne nk pimpin rakyat..

nk pilih yg perfect mmg takde.. jd, pilihla yg mana lebih baik.. asalkan bukan...... tetttttt...

nuruashia said...

kak limah da bley ngundi tp xnk dftar ngundi.. sbb kak limah xmnt berpolitik n xcye huhuhu..

JIJI YU said...

aku sokong solihin zubir..

tapi first sekali..kalo masa aku dalam pimpinan tettt itu hari..

aku perhati satu satu cara kehidupan pimpinan parti tersebut..

Miss Nadya said...

teringat kat ustaz masa form 5 dulu soklan ni nad pernah ajukan kat ustaz..:)

lieynanilaz said...

err...baru berkira-kira tak mau mengundi!!...

Cik Bambam said...

dah bagi peluang mengundi.. kita mengundi lar.. kang jgn nak kata kerajaan ni itu ini.. sementara ada hak bersuara.. suarakan undi kita.. evendo tak tahu menang-kalah.. yg pntg kewajipan terlaksana..


personal opinion.. B-)

Noraim said...

nak jadi pemimpin kena lah amanah. dan kalau pemimpin tu xleh jaga keluarga sendri ssh org nak percaya dia pimpin org lain.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

akak tak pernah mengundi utk pilih pemimpin negara..percaya tak??hahaha.

ada sbb naper akak tak mengundi.biarlah ..akak saja yg tau

maszull said...

assalamualaikum sunah...jlnkan tanggunjawab pada negara dgn memilih pemimpin yg cekap n amanah...:)

Iffah Afeefah said...

sbb tu xske jd pemimpin

tp ramai berlumbe nk jd pemimpin

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.