BLOG ENCIK SUAMI

Monday, April 30, 2012

Kenapa Awak Nakal Sangat?


Mulan semakin hari semakin nakal. Sangat-sangat hyperaktif. Kadang sampai sangat lelah dan penat mengejar Mulan ke sana-sini. Semakin dikejar, semakin dia melarikan diri. Kalau main dengan Mulan, dia suka nak aim tangan dengan kaki kita. Maka, bersedialah untuk dicakar satu badan. Lengan dan kaki ni pun da penuh berbirat, luka kat sana-sini sebab Mulan yang nakal ni. =.=


Kadang-kadang dia panjat ampaian, main atas ampaian sampai tak reti nak turun balik. =.=


Kadang-kadang dia kacau kita baca buku, datang main masa kita nak siapkan kerja-kerja kat meja study. =.=


Kadang-kadang Mulan main minyak wangi sampai tertidur. =.=

Dia suka menyelongkar barang-barang yang ada kat atas meja study. Terutama meja housemate yang penuh dengan perkakas yang sukar dikenal-pasti. Sampai berterabur semua benda. Nak marah, pukul semua, bukan dia faham. Takde maknanya, tak makan dek pukul lah! =.=

Sekarang ni Mulan da berani keluar rumah. Tapi dia tak gi jauh sangat, setakat kat depan pintu tu je. Nakalnya Mulan berlari & melompat ke sana-sini sampai kadang-kadang, kita rasa nak suruh dia tidur. Bila dia da tidur, rasa aman dunia. Muahaha~ Tapi bila dia tidur, kita rasa rindu pulak nak main dengan dia, kacau dia tidur pulak!!! *balas dendam* Hahaha~

Tapi tapi tapi~~~ Kalau kita kacau dia tidur, habis lah... Dia gigit semua tangan, cakar lengan sampai luka berdarah-darah. Erm... Walaupun da berbirat berparut semua luka ni, tetap gak sayang Mulan~ Heee... :')


Sunday, April 29, 2012

Saya Rasa, Kena Ada Jugak...

Erm..

Bila dengar maklumat terkini dari salah seorang senior semalam...

Saya rasa kena ada yang menceburkan diri dalam bidang teknologi ketenteraan, so boleh buat counter attacks untuk mana-mana jenis serangan pihak musuh. Gulppp.

Dulu saya berminat dengan bidang ni, siyesly jujurnya saya gitau, saya pernah apply untuk join UPNM punya jawatan akademik sebab nak berkecimpung dalam bidang teknologi ketenteraan masa da habis degree, tapi takde rezeki mungkin kat sana. Allah Maha Mengetahui kan, rezeki kita kat mana. Dan mungkin Dia nak kita capai sesuatu untuk Islam tu dengan cara yang paling Dia sukai.

Teknologi ketenteraan, antara salah satu dari beribu impian yang saya pernah ada satu masa dulu. Dan mungkin jugak tu antara impian yang pernah saya kategorikan satu ketika dulu, sebagai impian yang dikuburkan. Erm... Tapi kali ni macam da naik balik je impian tu, kalau bukan saya yang realitikan, teringin nak lihat impian tu dilunaskan oleh pihak lain.

Yup, sangat-sangat penting sebenarnya kajian teknologi ketenteraan ni, untuk negara, malah untuk agama juga. Kalau pihak luar da jauh ke depan dengan teknologi diorang, kenapa kita masih nak berada kat belakang kan? Kalau diorang da nak guna gelombang mikro untuk pekakkan telinga kita, kenapa kita tak cuba kaji macam mana nak counter balik benda tu dengan teknologi jugak.

Ye, benda ni sangat sensitif. Tapi boleh direnungkan, dan saya tahu benda macam ni sangat-sangat sulit dan urusan paduka baginda.

Maaflah kalau saya ni sangat menakutkan.

=.=


P/S: Apapun, tiba akhir zaman, teknologi ketenteraan akan kembali seperti zaman silam, semuanya akan jadi tradisional.


Friday, April 27, 2012

Papa Ben dan Blog Saya

Klik untuk join

"SAMA"

P/S: Aci tak letak perkataan ni? Ahaha~ :p


Wednesday, April 25, 2012

Ketika Hampir Putus Asa dengan Kehidupan...

Harian Metro

"Ya Allah, dengan pengetahuanMu akan yang ghaib dan kemampuanMu dalam menciptakan.

Hidupkan aku selama Engkau mengetahui kehidupan itu lebih baik bagiku.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon rasa takut kepadaMu pada waktu sembunyi dan terang-terangan.

Dan aku memohon kepadaMu dapat berkata yang benar pada waktu sedang rela dan marah.

Dan aku memohon kepadaMu sederhana pada waktu kaya dan miskin.

Dan aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak akan habis.

Dan aku memohon kepadaMu kesenangan yang tidak ada putusnya.

Dan aku memohon kepadaMu rela menerima setelah takdirMu yang berlaku.

Dan aku memohon kehidupan yang baik setelah kematian dan kebahagiaan melihat wajahMu dan kerinduan kepada perjumpaan denganMu, tanpa bahaya dan membahayakan dari fitnah yang menyesatkan.

Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan keimanan dan jadikan kami orang yang memberi petunjuk yang telah mendapat petunjuk."

[HR an-Nasa'i dan Ahmad]


m/s 23-25, "Keajaiban Doa Pembuka Rezeki"


Cintamu Yang Kau Bawa Pergi

Dia menutup buku yang belum habis dibaca. Jam sudah menunjukkan pukul 12.50 malam. Sudah beberapa malam masa tidurnya berubah sedikit. Komputer riba dibiarkan di atas meja. Tidak ditutup.

Naik ke atas katil, telefon bimbit dicapai. Tiada mesej atau panggilan yang terlepas. Insyirah menarik nafas dalam-dalam. Sekali-sekali kedengaran lafaz istighfar antara helaan nafas. Dia berbaring, cuba untuk melelapkan mata. Namun, fikiran yang agak bercelaru akhir-akhir ini agak meresahkan jiwanya.

Lalu zikir menyebut nama Pencipta meniti di bibir, menemani hingga dia terlelap.

*****

Seminggu yang lepas.

"Insyirah!"

Suara itu milik Noorah, sahabat baiknya. Insyirah berpaling. Nampak sahaja wajah Noorah, dia melemparkan senyum. Noorah mendekat, mencapai tangannya dan berpeluk cium sebentar. Tidak dipedulikan mata-mata yang melihat mereka di hadapan restoran itu.

"Sihat ke ni? Nape macam makin kurus?" Noorah bertanya.

"Alhamdulillah, sihat aje la..." Insyirah masih senyum. "Jom!"

Mereka masuk ke dalam restoran. Makanan ditempah ala kadar.

"Noorah..." Insyirah bersuara perlahan setelah pelayan beredar.

"Ye, sayang... Nape ni?" Noorah tertanya-tanya. Seperti ada sesuatu yang sahabat baiknya pendamkan dalam hati. Sesuatu yang sangat berat mungkin. Jarang sekali Insyirah nampak gundah begini. Selama ini, dia seorang yang sangat ceria dan murah dengan senyuman.

"Kalau Noorah tau Noorah akan pergi jauh, Noorah akan buat ape?" Insyirah merenung mata Noorah dalam-dalam.

"Insyirah!"

*****

"Maafkan abang, abang tak boleh terima Insyirah..."

Insyirah tersentak. Seolah-olah ada besi tajam menusuk dan merobek jantungnya. Seperti yang dia jangkakan, kata-kata itu akan keluar dari mulut tunangnya. Sejak bulan lepas, hubungan dengan tunangnya bagai retak menanti belah. Entah kenapa Uzair berubah, Insyirah tidak pasti.

"Tapi kenape abang? Ape yang Insyirah dah buat...?"

Uzair diam. Pertemuan enam mata petang itu menjadi hening. Cuma diselangi dengan esakan perlahan Insyirah. Noorah menggenggam tangan sahabat baiknya.

"Abang... Sebab ni ke...?" Insyirah menolak sampul besar yang dikeluarkan dari beg kepada Uzair. Uzair yang hampir tawar hati terkejut melihat sampul di hadapannya. Tanpa perlu dibuka, dia sudah tahu isi di dalamnya.

"Mana... Mana Insyirah dapat ni?" Uzair bertanya.

Ingin disimpan semuanya hanya untuk diri sendiri. Biar dia sahaja yang menanggung semua rasa sakit ini. Entah dari mana Insyirah mendapat sampul itu, Uzair sendiri tertanya-tanya.

*****

"Allah, Tuhanku... Seandainya ini ujian yang Kau berikan kepada kami dalam mencari keredhaanMu, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini. Ya Allah... Sesungguhnya kami ini hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya. Berikan kami petunjukMu dan jadikanlah kami sebagai hambaMu yang redha atas segala ketentuan dariMu... Ameen ya Rabb..."

Air mata diseka perlahan. Insyirah mencapai telefon bimbit. Ada sesuatu yang terdetik di hatinya di penghujung sepertiga malam itu. Nombor telefon didail. Tidak lama dia menunggu, telefon bimbit sebelah sana diangkat.

"Assalamualaikum abang..."

"Wa'alaikumussalam Insyirah."

"Abang dah qiam ye?"

"Aha, baru sudah."

"Alhamdulillah... Abang sihat?"

"Alhamdulillah, abang sihat."

"Alhamdulillah... Abang... Masih ade peluang tak untuk saya menjadi isteri abang?"

Uzair diam.

"Maafkan saya, abang... Andai kata kerana abang bimbang saya akan terbeban dengan sakit abang..."

"Abang ok, Insyirah." Uzair memotong.

"Tak... Saya tahu, abang takut saya akan ditinggalkan kalau abang tiba-tiba pergi dijemput Allah kan?"

Uzair diam lagi.

"Abang... Andai itu yang abang takutkan, saya minta pada abang...buang rasa tu jauh-jauh. Andai ditakdirkan Allah semua tu akan berlaku, saya masih mahu meneruskan pernikahan ni."

"Insyirah..."

"Abang... Saya minta bahagiakanlah saya sebagai seorang suami walau sekejap cuma, kerana saya mahu membahagiakan abang sebagai isteri yang sah walau hanya seketika." Insyirah sudah tidak mampu menahan esak.

"Insyirah..." Uzair terkedu. Hati lelakinya tersentuh. Hanya air mata yang mengalir bisu.

"Abang... Sesungguhnya di sebalik kesulitan itu ada kemudahan... Dan sesungguhnya di sebalik kesulitan itu ada kemudahan..."

Tafsir surah al-Insyirah itu terngiang-ngiang di telinganya.

*****

"Ameen..."

Usai solat Isyak berjemaah malam itu, Uzair menghadap isterinya. Ditenung wajah mulus itu lama-lama. Tenang hatinya.

"Terima kasih sayang...dan maafkan abang--" Ayat Uzair tidak sempat dihabiskan. Jari telunjuk Insyirah mengatup bibirnya. Insyirah menggeleng. Uzair diam. Dicapai tangan suaminya dan dicium perlahan.

"Terima kasih, abang. Insyirah janji, insya'Allah... Insyirah akan isi masa yang ada dengan sebaiknya untuk abang." Insyirah memulangkan ucapan suaminya. Uzair menarik nafas dalam-dalam.

"Insya'Allah abang akan manfaatkan semua yang Allah bagi pada abang sekarang ni. Abang sayangkan Insyirah..." Ditarik isterinya ke dalam pangkuannya. Insyirah hanya diam, membiarkan. Dia tahu, Allah sedang memberikan pahala.

*****

"Uzair!"

Suara itu milik Noorah, sahabat baik Insyirah. Uzair berpaling. Nampak sahaja wajah Noorah, dia melemparkan senyum. Noorah mendekat.

"Eh, Irdina pun ade~ Meh sini peluk auntie!" Anak kecil yang comel itu berlari mendapatkan Noorah.

"Auntie nak siram kubur mama ye?" Irdina petah bertanya. Wajah mulus itu mengingatkan Noorah kepada arwah sahabat baiknya. Noorah senyum dan mengangguk perlahan.

"Irdina dengan papa da siram ye?" Irdina mengangguk laju. Noorah memandang Uzair. Wajah lelaki itu nampak tenang dan bersahaja. Namun, Noorah tahu di dalam hatinya ada kisah yang disimpan. Di sebalik senyuman lelaki itu ada duka yang hanya dia mengerti.

Takdir Allah, tiada siapa dapat mengubah ajal. Insyirah meninggal dunia setelah dua tahun usia perkahwinan dengan Uzair. Allah menjemput Insyirah kembali semasa melahirkan anak pertama mereka, Irdina. Kanser pangkal rahim yang sudah lama dihidapinya meragut nyawanya pergi bersama cinta yang disemai.

Moga Insyirah tenang di sana.


P/S: Kali ni versi lain pulak. Erm... Versi sebelumnya kat Ku Bawa Pergi Cintamu


Ku Bawa Pergi Cintamu

Dia menutup buku yang belum habis dibaca. Jam sudah menunjukkan pukul 12.50 malam. Sudah beberapa malam masa tidurnya berubah sedikit. Komputer riba dibiarkan di atas meja. Tidak ditutup.

Naik ke atas katil, telefon bimbit dicapai. Tiada mesej atau panggilan yang terlepas. Insyirah menarik nafas dalam-dalam. Sekali-sekali kedengaran lafaz istighfar antara helaan nafas. Dia berbaring, cuba untuk melelapkan mata. Namun, fikiran yang agak bercelaru akhir-akhir ini agak meresahkan jiwanya.

Lalu zikir menyebut nama Pencipta meniti di bibir, menemani hingga dia terlelap.

*****

Seminggu yang lepas.

"Insyirah!"

Suara itu milik Noorah, sahabat baiknya. Insyirah berpaling. Nampak sahaja wajah Noorah, dia melemparkan senyum. Noorah mendekat, mencapai tangannya dan berpeluk cium sebentar. Tidak dipedulikan mata-mata yang melihat mereka di hadapan restoran itu.

"Sihat ke ni? Nape macam makin kurus?" Noorah bertanya.

"Alhamdulillah, sihat aje la..." Insyirah masih senyum. "Jom!"

Mereka masuk ke dalam restoran. Makanan ditempah ala kadar.

"Noorah..." Insyirah bersuara perlahan setelah pelayan beredar.

"Ye, sayang... Nape ni?" Noorah tertanya-tanya. Seperti ada sesuatu yang sahabat baiknya pendamkan dalam hati. Sesuatu yang sangat berat mungkin. Jarang sekali Insyirah nampak gundah begini. Selama ini, dia seorang yang sangat ceria dan murah dengan senyuman.

"Kalau Noorah tau Noorah akan pergi jauh, Noorah akan buat ape?" Insyirah merenung mata Noorah dalam-dalam.

"Insyirah!"

*****

"Maafkan abang, abang tak boleh terima Insyirah..."

Insyirah tersentak. Seolah-olah ada besi tajam menusuk dan merobek jantungnya. Seperti yang dia jangkakan, kata-kata itu akan keluar dari mulut tunangnya. Sejak bulan lepas, hubungan dengan tunangnya bagai retak menanti belah. Entah kenapa Uzair berubah, Insyirah tidak pasti.

"Tapi kenape abang? Ape yang Insyirah dah buat...?"

Uzair diam. Pertemuan enam mata petang itu menjadi hening. Cuma diselangi dengan esakan perlahan Insyirah. Noorah menggenggam tangan sahabat baiknya.

"Abang... Sebab ni ke...?" Insyirah menolak sampul besar yang dikeluarkan dari beg kepada Uzair. Uzair yang hampir tawar hati terkejut melihat sampul di hadapannya. Tanpa perlu dibuka, dia sudah tahu isi di dalamnya.

"Mana... Mana Insyirah dapat ni?" Uzair bertanya.

Ingin disimpan semuanya hanya untuk diri sendiri. Biar dia sahaja yang menanggung semuanya. Entah dari mana Insyirah mendapat sampul itu, Uzair sendiri tertanya-tanya.

*****

"Allah, Tuhanku... Seandainya ini ujian yang Kau berikan kepada kami dalam mencari keredhaanMu, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini. Ya Allah... Sesungguhnya kami ini hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya. Berikan kami petunjukMu dan jadikanlah kami sebagai hambaMu yang redha atas segala ketentuan dariMu... Ameen ya Rabb..."

Air mata diseka perlahan. Insyirah mencapai telefon bimbit. Ada sesuatu yang terdetik di hatinya di penghujung sepertiga malam itu. Nombor telefon didail. Tidak lama dia menunggu, telefon bimbit sebelah sana diangkat.

"Assalamualaikum abang..."

"Wa'alaikumussalam Insyirah."

"Abang dah qiam ye?"

"Aha, baru sudah."

"Alhamdulillah... Abang sihat?"

"Alhamdulillah, abang sihat."

"Alhamdulillah... Abang... Masih ade peluang tak untuk saya menjadi isteri abang?"

Uzair diam.

"Maafkan saya, abang... Andai kata kerana abang bimbang saya akan terbeban dengan sakit abang..."

"Abang ok, Insyirah." Uzair memotong.

"Tak... Saya tahu, abang takut saya akan ditinggalkan kalau abang tiba-tiba pergi dijemput Allah kan?"

Uzair diam lagi.

"Abang... Andai itu yang abang takutkan, saya minta pada abang...buang rasa tu jauh-jauh. Andai ditakdirkan Allah semua tu akan berlaku, saya masih mahu meneruskan pernikahan ni."

"Insyirah..."

"Abang... Saya minta bahagiakanlah saya sebagai seorang suami walau sekejap cuma, kerana saya mahu membahagiakan abang sebagai isteri yang sah walau hanya seketika." Insyirah sudah tidak mampu menahan esak.

"Insyirah..." Uzair terkedu. Hati lelakinya tersentuh. Hanya air mata yang mengalir bisu.

"Abang... Sesungguhnya di sebalik kesulitan itu ada kemudahan... Dan sesungguhnya di sebalik kesulitan itu ada kemudahan..."

Tafsir surah al-Insyirah itu terngiang-ngiang di telinganya.

*****

"Insyirah!"

Suara itu milik Noorah, sahabat baiknya. Insyirah berpaling. Nampak sahaja wajah Noorah, dia melemparkan senyum tawar. Noorah mendekat. Sebaik berada di hadapan Insyirah, mereka berpelukan erat. Di situ juga tangisan mereka pecah.

"Noorah..." Itu sahaja yang mampu Insyirah bisikkan kala mereka masih berpelukan.

"Tabahlah sahabatku... Allah gantikan dia dengan benih yang kian bercambah dalam perutmu." Noorah berusaha menenangkan sahabat baiknya biar air matanya turut sama mengalir deras.

Tiga bulan selepas pernikahan Insyirah dan Uzair, Allah menjemput Uzair kembali. Nyata, kasih sayang Allah terhadap Uzair lebih tinggi dari segalanya di dunia.

Moga Uzair tenang di sana.


P/S: Percubaan menulis cerpen sad ending. Maaf, tak best.


Sunday, April 22, 2012

Moga Allah Jaga Awak Baik-baik

Maafkan saya...

Saya pasti awak dalam ketakutan kat sana. Saya tahu, dari cengkaman kuat awak tadi, awak sangat takut. Mulai malam ni, saya da tak mampu nak lindungi awak lagi. Dan mulai malam ni, mungkin mimpi ngeri untuk awak akan bermula.

Bukan saya da tak nak kat awak, tapi saya tak nak orang lain tanggung dosa lagi. Saya pun tak nak awak terus rasa sakit. Walaupun awak tak pernah suarakannya.

Saya harap awak kuat kat sana.

Hanya Allah yang boleh jaga awak lebih baik dari saya.

Itulah hakikat sebenarnya.

Maafkan saya...

Saya sayang awak selamanya.



P/S: Dah puas menangis dalam hujan. T_T


Saturday, April 21, 2012

Mulan... Bukan Mulan Jameela

Mulan
Nama dia Mulan...

Daripada Nomi kepada Memey kepada Meme kepada Sazzy kepada Memey balik dan kemudian kepada Mulan. Ada jugak cadangan lain sebagai Mac dan Mercury. Hamboi... Rasanya tu lagi takleh blah... Bergulung lidah nak panggil Mercuryyyyyy~ Hahaha~ Housemates pilih nama Mulan... Sebab dia bulat macam Bulan. Eh, de kaitan ke dengan Mulan? Err... Mulan ni garang sangat. Tak sesopan Tinny dulu. Sangat-sangat garang dengan Chiko. Menderam dengan lawan vokal je kerjanya. =.=

Sebenarnya Mulan ni dapat dari rumah orang masa program pagi tadi. Tuan dia da tak larat nak jaga. Ada tiga ekor semuanya tambah seekor ibu kucing. Tuan dia nak bagi semua, tapi saya amek satu je. Ingat nak amek sekali dengan yang jantan lagi sekor, tapi kesian lak yang sekor lagi kena tinggal kang. So, amek je la Mulan, betina lagi. Bulu dia kembang sikit macam Tinny, tapi pattern Classic Tabby. Mata dia masih biru sikit. Da besar kang mungkin hilang kaler biru tu. 

Classic Tabby Cat
Nanti da besar, Mulan jadi camni tak ek???


P/S: Tak sukanya dashboard baru blogger. Asyik-asyik kena tukar balik ke old interface, jenuh nak tukar dah. Terpaksa la guna jugak yang baru ni. =.= Eh, tapi macam laju lak dia loading dashboard.


Friday, April 20, 2012

Mata Bertentang Mata

make eye contact by ~thebjoernsons on deviantART

Eye contact.

Penting ke eye contact? Erm... Ramai yang kata eye contact ni penting dalam komunikasi. Kadang-kadang dari pandangan mata tu la kita boleh tahu cerita dalam hati seseorang. Dari mata turun ke hati katanya kan?

Sebenarnya eye contact yang baik boleh menambahkan keyakinan orang lain terhadap kita. Boleh jadi penambah perisa dalam penyampaian. Orang yang boleh bertentang mata dengan orang lain masa menyampaikan sesuatu, lebih mudah mendapat pengaruh dan kepercayaan.

Dan eye contact semasa perbualan antara dua sahabat pun penting jugak. Erm, kalau kamu ada masalah, dan kamu nak berkongsi dengan kawan kamu, dia nampak macam mendengar tapi pandang tempat lain, mesti rasa annoying kan? Macam nak tak nak je tolong kita. Sebab tu la penting gak eye contact ni dalam komunikasi lisan. Lisan ok, lisan!

Malah, dalam presentation dan viva master dengan PhD pun, sangat-sangat penting untuk buat eye contact dengan examiners. Baru examiners tu rasa kita ni yakin dengan projek kita. Konon-konon bersungguh-sungguh ni. Padahal dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu. Uiyooo. Tu baru bab presentation kayyy. Belum sesi soal jawab lagi.

Tapiii... Nak eye contact sangat pun, pandai-pandai jugaklah jaga pandangan antara bukan mahram kayyy? ^_^


P/S: Ini idea co-supervisor saya. :p


Rindukan Satu Masa Yang Dulu...

s-ugaaar

Saya rindukan masa yang dulu...

Masa seronok menulis dan menulis. Menaip dan menaip. Bercerita dan berkongsi di blog. Rindu sangat nak menulis banyak-banyak macam dulu. Kadang-kadang cemburu dengan rakan-rakan blogger yang blognya berupdate dengan entri panjang-panjang, pendek-pendek, tak kisah panjang ke pendek, asalkan ada isi.

Banyaknya masa diorang. Terutamanya Iffah Afeefah, Kiera Sakura, kak Mas Saari, Pak Cek Biola, dan sape-sape lagi yang rajin update. Nape saya takleh nak menulis macam diorang, sedangkan diorang pun student jugak, diorang pun ade kerja jugak, diorang pun Allah bagi masa 24 jam sehari macam saya jugak. Urmmm...

Allah bagi semua sama kat semua orang. Allah Maha Adil. Allah adil pada tempatnya. Cuma kita je kot yang tak reti nak gunakan nikmat dari keadilan yang Allah bagi tu. Buat masa sekarang, mungkin ni lah yang Allah tentukan dan tetapkan untuk kita kan? Mungkin sebab benda-benda yang saya hadap setiap hari ni lebih penting dari benda lain yang tak kurang pentingnya.

Sebab setiap hari kita mintak Allah bagi petunjuk untuk kita memilih dalam hidup, dan kita mintak Allah jadikan kita redha dengan pilihan yang Dia tetapkan untuk kita. So, redhalah hati kalau Allah pilih urusan master ni didahulukan dari yang lain-lain.

Seseorang pun selalu pesan kat saya, pentingkan perkara terpenting~

Insya'Allah.



P/S: Semua orang tahu Allah Maha Adil, tapi tak semua menghayati sifat Allah yang tu.


Wednesday, April 18, 2012

TOLONG Jangan Ganggu! V 1.0

Saya tahu kamu da baca entri ni.

Maaf kalau kamu terasa walaupun saya tak letak nama sesiapa dalam entri sebelum ni.

Apepun, saya mohon maaf kalau apa yang saya taip sebelum ni buat kamu terasa tempiasnya sekali. Saya tak berniat untuk bermusuh dengan sesiapa, jauh sekali macam apa yang kamu sebut-sebut tu.

Kalau betul kamu faham maksud ukhuwah, bukan begitu caranya.

Maaf kalau teguran saya tak pernah dapat buat kamu berfikir jauh.

Sekali lagi saya minta maaf kalau saya tersilap berkata. Apepun, memang itulah hakikatnya, sahabat saya tak senang dengan soalan-soalan kamu tentang hal peribadi saya. Harap kamu ambil perhatian tentang tu.

Saya juga mendoakan kamu dan sahabat-sahabat yang lain sentiasa.

Maaf sekali lagi.

Dan terima kasih kerana menyebut nama saya.


Wordless Wednesday #55 : Senyuman Yang Dirindui


"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
[al-Insyirah: 5-6]

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
[al-Baqarah: 286]


P/S: Semakin kita mahu mendekati DIA, semakin kuat kita akan diuji. Maka, bertabahlah wahai jiwa-jiwa yang diuji, ingat ALLAH selalu, hati akan menjadi tenang...insya'Allah.


Tuesday, April 17, 2012

Hobi Baru Cici


Hobi baru Cici adalah...

Nampak tu, dia buat ape dengan bebi froggy???

Tak nampak?

Gelap sangat kan...

Bese la, kamera henset murah...

Meh tengok yang jelas sikit...


Nampak?

Tak nampak gak eh?

Ok, ok...

Kita bukak lampu dulu...


Haaa... Kali ni nampak??

Budak ni akhir-akhir ni duk berebut nak masuk selimut...

Bila kita nak tido je, tebar selimut, lelaju dia masuk dalam selimut! =.=


Saturday, April 14, 2012

Aktiviti Pagi Ini - Berkebun

Hurm...

Disebabkan abang-abang Indo tu da datang awal pagi nak pecahkan belakang rumah sebab nak pasang sliding door, maka tak dapat la nak mandi untuk ke program pagi ni *sedangkan baju & tudung da siap iron~~~ T_T*

Maka, sambil tunggu diorang buat kerja renovate rumah, saya pun gi kemaskan laman depan yang da jadi tongkang pecah. Eh, tak lah pecah sangat. Cuma berselerak dan berlonggok-longgok pasu bunga jadinya bila abang-abang Indo tu siapkan pagar rumah beberapa minggu lepas. Kesian pokok-pokok bunga da hilang tempat bermanja. =.=


Pasu-pasu bunga yang berselerak ni kena susun balik ikut keadaan laman sekarang. Bulan ni belum baja lagi pokok bunga, so nak baja sekali lepas merumput. Gunting besar itu digunakan untuk mengguntingkan ranting pokok bunga ros yang da mati *tapi tak berhasil, akhirnya dipatahkan guna tangan ajeee~~~*


Sebelum mula menyusun pasu bunga, Cici dengan Chiko gi cek kawasan dulu. Tengok mana tempat yang sesuai nak susun-susun pasu.


Bila da tau nak susun macam mana tu, boleh la start cabut rumput yang mula merampas tanah pepokok yang ada. Cici kerja dia kira jumlah rumput yang dah dicabut je. Bukan nak tolong cabutkan. =.=


Bila da tak tahan nak buang air sebab lama sangat kira rumput, Cici gi buang air kat depan rumah lak. Port baru baik punyaaaa~~~ Ni longgokan tanah yang abang-abang Indo tu kumpul dari laman rumah sebelum disimen habis.


Siput ni pun nak tolong kemas gak. Konon nak berkebun lettewww. Padahal dalam hati dia nak baham sume dedaunan hijau pepokok bunga kat rumah ni kannnn!!! Baik mengaku!!!

Siput: 
Manedeeee...
Kite nak tolong sapu sampah lahhh!
Ish, beratnye penyapu lidi ni.
Takde yang kecik lagi ke???

=.=


Chiko pulak bila pening kira jumlah siput *konon tu la kerja dia, kira siput*, dia duk la lepak depan rumah. Landing pun baik punya atas tembok baru. Sambil-sambil tengok burung kat pokok kelapa depan rumah kami. Ni la satu-satunya pokok kelapa kat lorong rumah kitorang. So, kalo nak tau rumah kitorang, carik pokok kelapa ni kayyy!


Bila da siap susun, boleh la Chiko rehat kejap. Kesian ibu bunting ni, penat berkebun.


Alhamdulillah. Dah siap baja & siram jugak.


Hurmmm... Macam ni la laman depan rumah sekarang ni. Da siap simen sepenuhnya. Takde tanah dah Cici & Chiko nak korek untuk buang najis diorang. Kena cari kat tempat lain. Ade tanah pun tepi tembok tu sikit je untuk bercucuk-tanam. Tapi budak-budak ni suka la sebab dapat main guling-guling. =.= Tapi, tapi, tapi... TAKDE PAGAR!!!


Sebab takde pagar la, Cici kena bertanggungjawab jaga rumah ni bila kitorang keluar. So, dia duk sini dari pagi ke petang. Ok, tipu je. Haha~

Korang lak, da berkebun tak hari ni???


P/S: Saya mencari rumah sewa sekitar Skudai yang berdekatan dengan UTM. Satu atau dua tingkat, sewa rumah under <800 untuk 8-10 orang. Kalau ada, PM saya di FB.


Friday, April 13, 2012

Eh, Ustazah! : Sujud Syukur

Hari tu, ada walimah sahabat lagi. Ustazah dengan kawan-kawan ustazah gi teman sahabat yang menikah. Sama-sama rasa sebak sekali dalam dada bila ibu sahabat membaca dokumen untuk anak perempuannya. Air mata turut menitis, tak tertahan sampai terpaksa beredar ke belakang.

Anum: Prosedur pernikahan orang Johor memang macam tu. Panjang dan banyak proses.

Nabila: Tapi kalau kita nak singkatkan pun boleh. Gitau tok kadi yang mana kita tak nak dalam proses tu. Sebab ikutkan rukun, akad tu lagi penting.

Ustazah: Aha... Macam ni betul-betul menyentuh hati dua mempelai. Tak boleh tahan air mata dengar ibu kak Haniza baca benda tu. Sedih sangat... *sambil lap air mata*

Amalina: Tu la akak. Sedih... Diorang lagi sedih kan.

Nabila: Hehe... Sebab tu orang tak pi depan tadi. Takut nak dengar.

Ustazah: Ape pun, alhamdulillah dah selesai. Diorang pun da selesai buat sujud syukur. Lepas ni bermula la hidup baru sebagai suami isteri.

Anum: Alhamdulillah... Hehehe.

Amalina: Errr... Akak! Sujud syukur tu memang kena buat ke lepas nikah???

Ustazah: Eh, tak lah. Nape tanya camtu?

Amalina: Sebab kalo pi kenduri kawan-kawan nikah, mesti lepas nikah tu diorang buat sujud syukur. Hurmm...

Ustazah: Sebenarnya, sujud syukur ni hukum dia sunat. Kita buat sujud syukur sebab dapat sesuatu nikmat, sesuatu yang kita hajati, sebab mencapai kejayaan atau terhindar daripada bencana.

Nabila: Contohnya, dah dapat zuriat sejak bertahun-tahun menunggu, dapat result SPM straight A's, dan macam tadi... Dipermudahkan Allah urusan pernikahan. Alhamdulillah.

Amalina: Ooo... Kiranya, sujud syukur ni sunnah Rasulullah s.a.w la ye?

Ustazah: Aha... Menurut sahabat-sahabat baginda, kalau sampai kepada Rasulullah s.a.w suatu berita yang menggembirakan, baginda akan buat sujud syukur.


Anum: Hurmm... Sebenarnya dari dulu tertanya-tanya sujud syukur ni kena ada wudhuk ke?

Ustazah: Untuk buat sujud syukur ni, tak diwajibkan untuk orang tu ada wudhuk. Yang penting kena suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.

Amalina: Lepas tu, nak buat dia macam mana pulak?

Ustazah: Sebenarnya takde hadith yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram, then terus buat sekali sujud, duduk dan beri salam.

Nabila: Eh, masa sujud tu nak kena baca ape?

Ustazah: Membaca zikir dalam sujud syukur hukumnya sunat. Antara zikir yang digalakkan tu, sama macam zikir dalam sujud tilawah.


Ustazah: Manakala Imam Syafi'e pulak memilih untuk ucapkan zikir "Maha Suci Tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana" dalam sujud syukur. Apepun, adalah harus untuk kita baca zikir yang biasa kita sebut dalam sujud solat biasa.

Nabila: Ooo... Sujud syukur ni bole buat kat mana-mana je ye?

Ustazah: Yup, tak semestinya dekat masjid. Kat tepi jalan, dalam kenderaan, atau kat mana-mana yang kita pasti suci dari najis, maka boleh la buat sujud syukur bila dapat berita gembira.

Amalina: Alhamdulillah... Lepas ni boleh buat sujud syukur kalau result semester ni gempak. Ehehe...

Ustazah: Insya'Allah... Hehehe. Kalau tak buat sujud syukur pun, boleh la berzikir memuji Allah. Sebab kembali kepada hukum, sujud syukur itu disunatkan, buat dapat pahala~

Anum: Tinggal tak berdosa~ Tapi tak dapat apa-apa~ Hehehe...

Zikir memuji Allah bila mendapat nikmat




Jika dipandang sebelah mata, sangat mudah sebenarnya perlaksanaan sujud syukur. Namun sangat tinggi nilainya di sisi Allah sebagaimana sujud tilawah. Apa kata selepas ni, daripada kita berkata "yeay" dan melonjak-lonjak gembira apabila mendapat berita baik, gantikan dengan sujud syukur memuji Allah s.w.t. Kerana nikmat itu semuanya dari Dia juga.


Rujukan Lain:
Sujud Syukur
CeritaSekupang: Sujud Syukur dan Cara Melakukannya....

Thursday, April 12, 2012

Bila Melihat Laut dan Pantai...

via ohsopictures on tumblr

Menikmati alam ciptaan Tuhan itu cukup membuai perasaan...

Tiada yang lebih menenangkan jika ia datang dari Pencipta sekalian alam juga...

Dan bila aku melihat laut dan pantai...

Dia menjatuhkan ingatan aku kepada kamu...





Kamu...

Cepat-cepat sembuh ya...

Nanti boleh tengok laut selalu macam dulu lagi... :')


Monday, April 9, 2012

Kamu...

tears of a flower by *C4M30 on deviantART

Kamu...
Tatkala aku melihat ke dalam matamu
Ingin aku bertanya kepadamu
Kenapa mutiara jernih bergenang di situ?
Ada apakah yang mengganggu fikiranmu?
Apakah yang kamu simpan dalam hatimu?
Perkara apakah yang mengundang gundah di jiwamu?
Hingga hari-harimu menjadi haru-biru
Seakan-akan resah dan susah di hatimu
Semuanya terpindah ke dalam hatiku

Namun...
Lidahku sendiri menjadi kelu
Melihatkan apa yang ada di depanku
Aku tidak mampu untuk berkata-kata
Bimbang andai tersilap bicara
Hingga nanti ada yang terluka

Kamu...
Tenang-tenanglah...
Jika tidak kamu temui tenang dalam hatimu
Carilah ia di tiga tempat...
Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran
Cari hatimu ketika mengerjakan solat
Cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati
Namun jika tidak kamu temui juga
Terus-teruskan berdoa kepada Pemilik hatimu...

Aku doakan kamu selalu
Moga ketenangan itu mengiringi harimu
Hingga saat itu aku akan terus menunggu
Insya'Allah...


~Skudai, Johor~
9.25 pm


Friday, April 6, 2012

Pagi Tadi Jumpa Dr. XXX

Nama wajib dirahsiakan kali ni sebab isu agak sensitif. Ekeke.

Pagi tadi dalam kul 11 gi jumpa doktor kat salah satu pusat kesihatan. Sampai nombor giliran saya, saya pun masuk la bilik doktor tu. Doktor lelaki. Dia sebut nama saya. Then tanya saya asal mana.

"Sarawak."

"Sarawak...dulu tahun 2010 saya pernah datang Sarawak. Sarawak dekat mana?"

"Bintulu."

"Ooo... Bintulu tu saya tak tahu la, tapi dulu saya gi Kuching. Lalu sungai tuuu. Nampak la rumah menteri kamu tu ha. Sape nama dia tu, ape ek? Lupa... Rumah dia macam istana. Fuhhh..."

"Tu bukan bangunan DUN ke?"

"Sape ek nama dia...Abdul Rahman?" Doktor tu cuba mengingat-ingat.

"Taib Mahmud."

"Aha... Taib Mahmud. Rumah Ketua Menteri kamu tu macam istana. Bayangkan lah gaji dia sebagai Ketua Menteri je berapa. Cukup ke nak buat rumah macam istana? Cuba fikir, dari mana dia dapat duit tu...hurmmm."

Dia menanti jawapan. =.=

"Duit rakyat???" Saya jawab macam dalam skema jawapan exam.

"Haa... Kita ni bukan ape... Bla bla bla..."

"Rakyat Sarawak ni banyaknya duk pedalaman, doktor. Sumber maklumat kami TV, paper, dengan radio je. Semua arus perdana. Yang bernasib baik sikit je boleh bukak internet."

Doktor merenung saya. Dalam hati saya da tertanya-tanya, wajar ke saya bincang benda ni dengan doktor ni? Lagi satu... Bila la doktor ni nak start check kesihatan saya ni??? =.=

"Hurmm... Doktor ni bukan ape, nak ajak kita ni fikir. Dari kekalahan tahun 2008 dulu tu kita boleh nampak ada banyak penambahbaikan bla bla bla..." (tak dapat fokus ayat panjang-panjang ni)

"Hurmm.... Tu la..."

"Habis, awak undi jugak Taib tu..."

"Hoh? Mana ada. Bila saya undi dia???"

Saya baru sekali je mengundi sejak mendaftar. Tu pun kat kampung saya bukan Taib Mahmud yang bertanding kayyyy.

Lepas tu baru la doktor tu check tekak. Tu je dia check. =.=


P/S: PRU13 da nak dekat agaknya.


Eh, Ustazah! : Tertinggal Doa Qunut!

Lepas solat Subuh berjemaah pagi tu, ustazah dan adik ustazah, Amalina duduk saja di bilik solat. Hening suasana pagi tu, macam ada sesuatu yang berlaku hingga kedua-duanya kelu tidak bersuara. Sekadar lafaz istighfar yang sayup-sayup kedengaran diulang-ulang oleh ustazah.

Amalina: Akak, tadi tu akak buat sujud sahwi ke?

Ustazah: Aha.. Tu la sujud sahwi. *senyum*

Amalina: Ooo... First time Ina buat sujud sahwi. Huhuhu. Akak buat sujud sahwi sebab tertinggal doa qunut kan tadi?

Ustazah: Yup... Akak terlupa, tapi masa akak da sujud tu baru akak teringat yang akak terus sujud lepas iktidal.

Amalina: Ermmm... Sujud sahwi ni kita buat sebab kita tertinggal ape-ape dalam solat kan kak?

Ustazah: Mula-mula sekali, kena faham makna dulu. Sahwi ni dari segi bahasa bermaksud lupa sesuatu. Dari segi istilah pulak, sujud sahwi ni adalah dua kali sujud yang dilakukan sebelum atau sesudah salam oleh seseorang yang sedang bersolat.


Amalina: Ooo... Terlupa yang macam mana tu kak?

Ustazah: Ada tiga sebab orang buat sujud sahwi ni. Yang pertama sekali sebab terlebih sesuatu dalam solat, contohnya terlebih rukuk, sujud dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

Amalina: Kalau terkurang lak?

Ustazah: Kalau terkurang pulak, bila seseorang tu terlupa sampai meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka dia harus sujud sahwi sebelum salam.

Amalina: Sunat ab'adh? Ape tu kak?

Ustazah: Sunat ab'adh ni adalah sunat yang sangat ditekankan dalam solat, macam Tasyahud Awal dan Qunut dalam solat Subuh. Bila

Amalina: Haaa... Kalau terlupa nak Tasyahud Awal, terus berdiri tegak, kena la sujud sahwi ye kak?

Ustazah: Kalau Ina terlupa nak Tahiyyat Awal, dan teringat benda tu bila Ina da berdiri tegak, maka kena la buat sujud sahwi. Tapi kalau masa tu Ina belum sempurna berdiri tegak, masih on the way nak berdiri katakan, Ina leh duduk balik untuk Tahiyyat Awal. Macam tu tak perlu sujud sahwi.

Amalina: Owhhh... Kalau macam kurang yakin rakaat kita da berapa pulak, kak? Kadang-kadang rasa macam da rakaat terakhir, kadang-kadang macam belum lagi. Huhuhu.

Ustazah: Aha... Yang tu sebab ketiga. Bila seseorang tu ragu-ragu dalam solat dia, dia kena sujud sahwi. Ragu-ragu ni pulak ada dua jenis. Yang lebih 50% yakin dengan yang 50-50 yakin.

Amalina: Eik, ada percent-percent pulak~

Ustazah: Yup, bila seseorang tu lebih 50% yakin dia da berada dalam rakaat ketiga, bukan rakaat keempat maka dia kena teruskan dengan apa yang dia yakin tu, then buat sujud sahwi sebelum salam. Kalau dia rasa 50-50 pulak, sama ada dia kat rakaat ketiga ke keempat, dia kena amek jumlah rakaat yang sedikit, then lengkapkan rakaat dia baru sujud sahwi sebelum salam.

Amalina: Hurmm...ape-ape hal, kena amek yang sedikit. Erm, nape kena buat sujud sahwi ni kak?

Ustazah: Sujud sahwi ni hukumnya sunat. Rasulullah s.a.w bersabda...


Amalina: Hoo...padan muka syaitan. Nak gelakkan kita sebab terpengaruh dengan bisikan dia eks, buat sujud sahwi terus syaitan rasa kechiwaaaa~

Ustazah: Hurm...

Amalina: Masa sujud tu akak baca ape kak?

Ustazah: Erm..sebenarnya takde satu pun riwayat khusus yang menjelaskan tentang bacaan sujud sahwi. Lebih ramai ulama termasuk Imam Nawawi r.h cakap, bacaan sujud sahwi tu sama macam sujud solat fardhu biasa.


Amalina: Erm...akak, kalo dia terlupa nak sujud sahwi? Dah beri salam dah pun...huhuhu.

Ustazah: Kalo terlupa nak sujud sahwi sebelum salam, boleh sujud sahwi selepas salam dengan syarat dia teringat benda tu dalam masa yang tak terlalu lama. Sujud sahwi lepas salam, kena buat salam sekali lagi tau!

Amalina: Oooo... Alhamdulillah. Lepas ni takde la konfius-konfius dah.

Ustazah: Alhamdulillah. Tapi bila kita tau yang kita boleh buat sujud sahwi sebab terlupa sesuatu dalam solat ni, janganlah kita meremehkan solat kita. Tak buat sungguh-sungguh dengan alasan nanti boleh sujud sahwi~ Haa~ Solat tetap kena khusyuk dan buat dengan sehabis sempurna yang boleh.

Amalina: Insya'Allah akak~ Hee~~~


Ramai yang tak tahu macam mana nak buat sujud sahwi kan? Dan ramai juga yang selalu terlupa dalam solat kerana terfikir perkara lain hingga menghilangkan khusyuk. Moga Allah ampuni dosa-dosa kita, moga syaitan tidak mudah untuk membisikkan tipu daya antara solat kita.


Rujukan:


Thursday, April 5, 2012

Hati Berdebar-debar?

www.darussyifa.org

Banyakkan istighfar dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang...


Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday #54 : ar-Rahman

Mencari Keredhaan Illahi


Wordless Wednesday #53 : A Picture with Words

By Everything-Inspiring.net


Tuesday, April 3, 2012

Nak Jadi Model Video Klip Nasyid?

Klik SINI

Terma+Syarat:
  1. Berusia antara 18-25 tahun
  2. Berpersonaliti menarik
  3. Berpakaian bercirikan muslim+muslimah
  4. Keutamaan untuk mereka yang belajar/bekerja/menetap di Kuala Lumpur/Selangor (yang di luar KL/Sel jika berminat sila mesej FB Studio Mukmin)

PEMENANG:
  1. 3 peserta terpilih utk sessi ujibakat pada pertengahan April 2012.
  2. Seorang pemenang akan dipilih dan seterusnya layak memenangi Wang Tunai+Hadiah bernilai RM2000.

Macam mana nak join? Boleh klik SINI


P/S: Perempuan sahaja.

Tak Boleh Mandi Malam?

Ramai yang percaya, mandi malam tak elok untuk kesihatan dan boleh menyebabkan paru-paru berair atau pneumonia atau radang paru-paru.

Betul ke?

Gambar dari Zaki Khan

Meh kita selongkar. Sebenarnya, pneumonia ni bukanlah disebabkan oleh tabiat mandi malam. Secara saintifiknya, pneumonia disebabkan oleh bakteria dan virus yang mungkin berada kat mana-mana sekeliling kita. Tak kiralah kat mana atau waktu bila kamu mandi. Atypical mycobacteria ni hidup dalam air paip, dan tahan pada klorin. So, bakteria ni tak mudah mati. Orang-orang yang tertentu macam perokok atau warga tua yang antibodi dia lebih lemah senang nak dapat bakteria ni ke dalam paru-paru.

Radang paru-paru selalu bermula bila kita menyedut terlalu banyak kuman ke dalam paru-paru kita. Dari mana kuman tu datang? Fikir-fikirkan sendiri. Orang yang ade penyakit jangka panjang atau kronik, macam asthma, sakit jantung, kanser atau kencing manis lebih mudah nak dapat radang paru-paru.

Ape tanda-tanda dia?

- Batuk berkahak atau mungkin disertai dengan darah
- Demam
- Sesak nafas
- Menggigil, mungkin sekali atau kerap
- Sakit dada
- Rasa letih
- Loya dan muntah
- Cirit birit

Dan tentang mandi malam, sebenarnya tu hanya mitos. Hakikatnya ade kajian yang mendapati waktu malam tak sesuai untuk aktiviti yang memenatkan macam main FUTSAL, badminton, bola sepak dan lain-lain. Ia mendatangkan stress fizikal sebab kitaran biologi dan fisiologi menuntut fizikal kita berehat dan hanya melakukan aktiviti dan senaman yang sesuai aje pada waktu malam. Stress fizikal yang berulang-ulang ni menyebabkan penurunan kekuatan sistem pertahanan/imuniti tubuh melawan penyakit. (Jadi lepas main macam-macam, memang la kamu mandi kan, sebab peluh busuk kamu tu!)

Ade banyak lagi sebab lain yang boleh melemahkan sistem pertahanan badan kita. Tapi yang utama untuk pneumonia adalah kehadiran bakteria. Maka, berhati-hatilah dalam urusan seharian, dan jaga kesihatan dengan lebih baik.

Entri ni untuk sorang adik yang mintak supaya saya publish benda ni sebab dia nak tau jugak tentang sakit yang dia hidapi buat masa ni. Moga kamu cepat sembuh dan kembali bersama-sama yang lain.


Sumber:
Mandi Malam dan Air Batu penyebab Paru-paru berair? Mitos tidak benar!

Monday, April 2, 2012

Aku Pencinta Yang Gila

Crazy Little Thing Called Love by ~goRillA-iNK on deviantART

Aku pencinta yang gila
Kadang wajah ketara ceria
Kerana hati rasa bahagia
Akan indahnya bila dicinta

Aku pencinta yang gila
Kadang wajah bermuram durja
Kerana hati sedang berduka
Akan rasa dibuang cinta

Aku pencinta yang gila
Satu masa riang ketawa
Sesaat tersenyum kerana cinta
Satu detik menangis meratap hiba

Aku pencinta yang gila
Kadang berteman madah pujangga
Selalu di bibir diiringi doa
Kerana mahu mengecap bahagia

Aku pencinta yang gila
Selalu saja bertukar rupa
Tidak menentu bayang di kepala
Rasa di hati terbawa-bawa

Aku pencinta yang gila
Mungkin sampai bila-bila
Dunia rasa terus diteroka
Kerana aku pencinta gila


P/S: Entah bagaimana puisi ini tercetus, tidak pasti dari mana ilham itu datang, tapi itulah hakikatnya cinta. Cinta membuatkan manusia gila. Kadang menangis, kadang ketawa. Satu saat bagaikan sudah putus asa, satu saat bagaikan menyinar cahaya, penuh harapan mahu mencapai redha. Yang pasti, cinta itu anugerah Allah untuk manusia.


Kunci Sape Ni?


Semangatnya datang lab pagi ni.

Tu pun sampai lab kul 11 pagi.

Semangat, semangat pun, sampai lab tengok kunci lab takde. Ada yang tersilap amek kunci rumah la nampak gayanya ni. Sebab masa nak keluar rumah tadi memang gugusan kunci ni je yang ade kat penyangkut kunci. Ingatkan keychain kat gugusan kunci saya yang tercabut, rupanya memang bukan gugusan kunci saya. =.=

Lepas tu turun bawah, gi lab tingkat 3, nak mintak kunci kat technicion. Ok, sume technicion keluar de hal lain. Lab bawah pun kosong takde orang. Mana ntah gi semua orang. Then, sms labmate. Dia pun kat kolej dia lagi. Tapi dia ada kunci. Mintak dia cepat-cepat datang lab.

Duk kejap kat lab tingkat 3 sementara tunggu labmate dan technicion. Hurmmm... Sambil doakan moga-moga wife abang Ben selamat melahirkan... Ameen.


Sunday, April 1, 2012

Wartawan Hati Kering

Kalau nak jadi wartawan, kena ada sifat takde perasaan.

Kalau bukan secara semulajadi jenis hati kering, kena la buat-buat keras hati jugak bila bertugas. Atau pun belajar sikit-sikit sampai la hati tu macam da tak berapa lembut sangat dah.

Sebab pe ek?

Sebab bila tengah cover satu event yang terlalu bergumbira, takde la wartawan ni jadi terlampau excited sangat sampai terlebih sudah. Dan bila cover satu event yang tetiba tanpa disangka-sangka terlalu menyentuh hati sampai sebak nak nangis, takde la wartawan ni ikut menitiskan air mata jugak. Last-last, tak dapat la nak capture moment objek yang tengah menangis kat depan sebab dia sendiri pun tak dapat nak kawal tangisan sendiri. Padahal, tu la moment emas kata orang, yang susah nak dapat kat mana-mana.

Dan bila wartawan ni jenis hati kering, takde la dia mudah terpengaruh dengan sentimen-sentimen luar yang mungkin akan menggagu-gugat berita atau artikel yang dia bakal buat. Dan tak la dia mudah tergoyah iman dan terasa hati kalo wartawan dari media lain pandang serong kat dia bila dia buat berita pelik-pelik hot sikit dari diorang.

Ohhooo... Susah gak nak jadi wartawan berjaya. Sebab tu la kot saya ni duk kat meja editor aje dari dulu.


P/S: Baru ku sedar kita sama-sama bergerak dalam media (konon, padahal da lama sedar)...tapi media kita nyata berbeza haluan.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.