BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, May 31, 2012

#ST: Thank You

Picture by inspiring-pictures on tumblr


Tuesday, May 29, 2012

Kalau Da Nampak Tanda-tanda Tu...

Sasuke is sick - paperchild by *Lowra33 on deviantART

Kalau da nampak tanda-tanda nak sakit tu...

  • Relax dan tenangkan hati
  • Banyakkan selawat syifa'
  • Minta pada Allah supaya pelihara kesejahteraan diri
  • Tido awal dari biasa
  • Rehat secukupnya
  • Makan ikut masa yang tetap
  • Minum air kosong banyak-banyak
  • Mandi lebih banyak kali dari biasa
  • Makan ubat yang sepatutnya
  • Rehat sebentar dari aktiviti yang akan memudaratkan
  • Cuba ceriakan diri dengan kawan-kawan
  • Senyum dan ketawa tu terapi ^_*
  • Setkan dalam minda, tak lama lagi sihat la tu...

Sekadar memberi pesanan kepada diri sendiri yang da makin kurang imun sejak akhir-akhir ni... Nak amek tips ni untuk kamu-kamu pun boleh juga... ^_^


Monday, May 28, 2012

Bayi Menghidap Masalah Paru-paru Kritikal Perlukan Bantuan


Nama baby ni AHMAD SUFI BIN ROMI AGUS SYUMADI. Page Facebook di Tabung Ahmad Sufi.

Ahmad Sufi 6.4.2012.

Assalamualaikum... Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi... Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru-paru yang kritikal.

Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dari AUD 3000 (RM9000) SEHARI. UNTUK MAKLUMAN, AHMAD SUFI TELAH DIRAWAT DI SANA MULAI DARI 13 MAC SEHINGGA 26 APRIL.

Dan selepas itu, Ahmad Sufi telah ditransfer semula ke Canberra Hospital sehingga kini. Kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada antara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN 
14133-41-00000395-4
JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI (Ibu Saudara Ahmad Sufi)

MAYBANK 
152107010378
JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

CIMB 
14100000462201
MAYA SYUHADA BINTI SUHAIMI (Ibu saudara Ahmad Sufi)

Name : ROMI AGUS SHUMADI ROMI SUHAIMI (Ayah Ahmad Sufi)
Bank : St George Bank
Branch : 112 908
Account No. : 411178305

Mari sama-sama memberi sumbangan dan sebarkan.


Sunday, May 27, 2012

Nak Glemer Sangat Kannn!

Best kan jadi popular?

Satu Malaysia kenal kita. Kalau media up kan sikit, boleh jadi satu Asia kenal kita. Kalau media up lebih-lebih lagi, boleh jadi satu dunia kenal kita.

Bila da ramai orang kenal kita, semua benda yang kita buat jadi perhatian. Semua aktiviti kita setiap hari, semua orang nak tahu. Sampai kadang-kadang, kita takut nak buat sesuatu, sebab takut akan kata-kata orang yang memandang.

"Kalau aku tak buat macam ni, ape kata peminat nanti?"

"Kalau aku buat macam tu, ape kata wartawan nanti?"

Setiap apa yang kita nak buat, kita mesti tanya benda tu dulu pada diri kita. Risau sangat imej kita yang popular tu tercalar dek tersalah tingkah. Risau kalau tersalah tingkah, peminat akan lari, wartawan akan buat cerita sensasi, hingga terbuka aib diri. Tapi, pernah tak dalam sehari, kita tanya pada diri...

"Kalau aku tak buat macam ni, ape kata Allah nanti?"

"Kalau aku buat macam tu, ape kata Allah nanti?"

Kerana bila sudah popular dan dikenali ramai, kita mula lupa akan Allah. Naudzubillah. Sedangkan yang memberi segala nikmat tu, Allah juga. Tapi kita seolah-olah melupakanNya. Hingga kita lebih rela mencari redha manusia dalam marahnya Allah.

"Kalau aku tak ikut arahan jurugambar untuk buka tudung, nanti apa kata wartawan?"

"Kalau aku tak ikut arahan pengarah untuk peluk pelakon tu, mesti peminat bising."

Tahu tak? Sesiapa yang mencari redha Allah dalam marahnya manusia, Allah akan memberi kecukupan baginya di dunia, tetapi sesiapa yang mencari redha manusia dalam marahnya Allah, Allah akan menyerahkan nasib manusia itu ditentukan oleh manusia itu sendiri.

Nak ke Allah biarkan kita terkapai-kapai seorang diri? Mungkin kita tak sedar yang Allah murka pada kita dalam banyaknya nikmat yang Dia berikan (istidraj), tapi bila sampai satu masa Allah turunkan kepada kita ujian berupa musibah, kematian, kemiskinan, penyakit, jatuh muflis atau lain-lain, sebenarnya Allah nak kita muhasabah diri kita semula. Tidak Dia jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, melainkan ada hikmah untuk kita fikirkan.

Allah berikan kita musibah agar kita muhasabah, sebelum Dia berikan kita anugerah agar kita menjadi hamba yang lebih bersyukur.

Jom sama-sama muhasabah diri, berapa banyak hutang kita pada Allah dalam hidup ni, setelah Dia 'hidupkan' kita semula beberapa kali dari 'kematian'...

Nak glemer dan dikenali ramai tak salah, tapi raihlah glemer di kalangan penghuni langit sekali, insya'Allah hidup bahagia dunia dan akhirat~ ;)


P/S: Ini perkongsian dari Puan Catriona Ross dalam Bicara Selebriti: Cinta, Hijrah & Air Mata.


Friday, May 25, 2012

Baru Dua Hari

Regret by =WikiME on deviantART

Sedih.

Arghhhhhhhhhhhhh!!!!

Baru dua hari. Dah jadi camni. Menciknyaaaaaaaaaaa. Rupanya ni lah perasaan mereka-mereka yang mengalaminya. Patut la dia dulu pun sasau macam ni. Dia ok lagi kot, kira macam seco'et cinonet aje. EH!

Saya punya ni sampai habissssssssss tercabut satu penjuru tuuuuuuuuuuuu!!!!!

Ggggrrrr!!!!!

Sedih sedih sedih.... T____T

Mana nak gi cat balik???


P/S I: Nak nangis bole?

P/S II: Takpe la, belajar dari pengalaman. Lepas ni jangan nak 'comfort zone' sangat.

Wednesday, May 23, 2012

Cinta Itu Perlu Pada Harapan...

Benarkah pandangan orang bahawa cintailah seseorang tanpa perlu mengharapkan balasan?

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.. [Angah Jiwa]

Pada saya, cinta itu perlu akan harapan untuk dibalas kembali... Kerana kita berbuat baik adalah supaya orang lain berbuat baik pada kita... Kita sedia membantu supaya orang lain juga sedia membantu kita... Kita menyayangi kerana mahu orang lain juga menyayangi kita... Bahkan pula bila mencintai...

Dan kita mencintai Allah kerana mengharapkan Allah mencintai kita dengan segala nikmat dan keredhaanNya...

Tiada yang melakukan semua itu kerana mengharapkan sebaliknya...

Maka tidak salah untuk mencintai kerana mengharap untuk dicintai...

Cumanya... Sebagai manusia kita kena sedar, hakikatnya manusia tidak semuanya adil dengan hukum kasih sayang sesama manusia... Yang nyata Maha Adil itu hanya Allah s.w.t...

Maka serahkan cinta kepada Allah... Dia tidak akan mensia-siakan cinta kita...

Wallahua'lam...

#itulah cinta...kompleks bukan? :)


P/S: Ya, kita kena ikhlas, namun yang Maha Mengetahui akan keikhlasan kita hanyalah Allah s.w.t.


Tuesday, May 22, 2012

Hutang Emas Boleh Dibayar...

Hutang budi dibawa mati.

Ataupun, versi penuh dia...

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pantun orang lama-lama. Dulu kat sekolah, belajar pantun ni gak kan? Dah familiar sangat pantun ni dikalangan masyarakat kita.

Hutang. Sape rasa dia ada berhutang dengan sesape? Hutang kat sini dalam kategori ayat ketiga dalam pantun kat atas. Hutang duit, harta benda, emas, perak, etc yang material-material ni la. Ye la, kalau boleh kita ni rasanya tak nak lah berhutang dengan sesiapa, tapi bila tiba satu keadaan yang mendesak, bila kita sangat-sangat perlukan duit, kita terpaksa jugak berhutang. Kadang-kadang dengan kawan-kawan, kadang-kadang dengan ahli keluarga, tak kisahlah dengan sesape, dengan janji bahawa nanti kita akan bayar balik hutang tu bila dah ada duit.

Pernah dengar tak, kat akhirat kelak, orang yang berhutang dan tak melangsaikan hutangnya, akan carik pemiutang dia? Haa...bayangkan, masa semua tengah kalut nak timbang amal dan dosa, kita sibuk pulak nak carik pemiutang sebab nak langsaikan sebelum diri kita ditimbang. Pemiutang pun, tetiba terdrag masa nak lintas titian sirat sebab tetiba kena panggil oleh penghutang. Tu bayangan saya. Gambaran kejadian sebenar, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Erm...kalau kita takut susah kat akhirat nanti, usahakanlah untuk langsaikan hutang kita kat dunia. Kalau tak mampu bayar semua, bayar ansur-ansur. Bila ada duit je, bagi sikit. Lama-lama insya'Allah boleh langsai kan? Pemiutang pun, kena ingatkan penghutang untuk langsaikan hutang dia. Risau pulak hutang dibawa mati, tak dihalalkan oleh pemiutang. [Malah, kalau manusia tak maafkan kita bila kita buat salah kat diorang, Allah laaaaaagii takmo ampunkan dosa kita.] Naudzubillah.

Tu hutang dengan manusia. Hutang kita dengan Allah? Tepuk dada, tanya iman.


P/S: Hutang PTPTN pun belum langsai lagi.


Untuk Hang

Beb, hari ni umur hang da 26 ek?

Walopun, da wish by SMS tadi, tapi nak wat entri jugak lah sebab tengok diorang buat entri. Hahaha~

Em em em... Boss takkan lupa kot sampai bila-bila, macam mana kenal dengan hang. Sebermula dimasukkan ke dalam group blogger yang tak asing lagi tu, then borak-borak kat situ sampai tersentap lalu ada orang tu termerajuk sampai buat entri sentap (kan da kata, macam gegirl, sensitipppp noooo), then bermaaf-maafan lalu menjadi antara sahabat terbaik sampai sekarang ni dan insya'Allah moga sampai bila-bila.

Tak sangka kan? Allah Maha Indah menyusun semuanya jadi indah-indah. :)

Buat manusia bernama Nadzri yang da semakin meningkat dewasa hari ni, Selamat Hari Kelahiran. Moga sisa umur yang semakin berkurang kat dunia, menjadikan hang lebih dekat kepada Allah, insya'Allah. 

Cepat-cepat lerr bagi kad wangi, tak sabar dah ni. :p


Saturday, May 19, 2012

Jom Mandi~~~

Sape tak mandi lagi tu haaa?

Ish ish ish. Tau tak, mandi ni ada banyak kelebihan dia? Meh baca meh~

Gambar dari cahayacinta.com

  • Mandi boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan.
  • Dengan merendamkan kaki ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang mengganggu kesihatan diri antaranya seperti sakit kepala, selsema, hidung berdarah, sembelit dan kekurangan tidur.
  • Mandi air panas pada suhu sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot.
  • Menurut kajian saintis dari Jepun pula, apabila berendam di dalam air panas selama 10 minit, ia boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung terutama kepada golongan lelaki.
  • Kajian dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap kencing manis. Amalan ini dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13 peratus.
  • Mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.

Haaa... Nak sihat tak??? Pi mandi sekarang!!!

Sumber: RAPI 15 Mei 2012


Friday, May 18, 2012

Tak Cemburu Ke Saya? versi Sunah Sakura

Jealousy... by ~achewlim on deviantART

Erm...

Sekadar berkongsi komen pada entri Satu perjalanan #13 versi Tak Cemburu ke Saya?. Nak tau pasal ape, boleh baca dulu entri tu. Kejap je, lepas tu datang sini balik. Tak pun, tak payah datang balik. Sebab komen kat situ pun da memadai secara ringkas. #Eh

Motif la buat entri ni kalau macam tu...=.=

Ok, ok. Back to the point. "Tak cemburu ke saya kalau si dia keluar dengan kawan-kawan perempuan lain? Tak cemburu ke saya kalau si dia beramah-mesra dengan kawan-kawan perempuan lain?" Tak cemburu ke saya kalau kalau kalau...lagi.

[Iklan: Apatah lagi kalau si dia kamu tu selebriti dan ramai peminat] EH!

Erm, sape tak cemburu? Ade ke yang tak pernah rasa cemburu walaupun sikit? Mesti la ade walaupun tak terluah. Ada yang komen kat entri tu, dia da lali da dengan semua tu, da penat kepala otak memikir, katanya.

Cumanya, ada orang kata kalau sayangkan seseorang, bebaskan dia. Dia ada hidup dia. Berikan ruang untuk hidup dia. Asalkan dia tahu jaga batas pergaulan dengan kawan-kawan berlainan jantina, berikanlah kebebasan tu pada dia. Kat sini kita letakkan rasa saling percaya. Malah, benda ni lah yang menguji kepercayaan dan kesetiaan masing-masing.

Selagi belum bergelar suami isteri (untuk yang bercinta kerana berniat untuk bernikah, dan yang dah bertunang menuju pernikahan), kita masih tidak punya hak atas kehidupan dia. Apatah lagi dah berbaitul-muslim nanti. Dia masih bukan hak kita. Selamanya...bukan hak kita.

Kerana dia...selamanya milik Allah.

Maka, "cemburulah" pada Allah. Pegang tu dalam hati selalu.


Sifat Yang Harus Bagi DIA

Sifat yang harus bagi Allah.

Sifat yang harus bagi Allah hanya satu iaitu harus Allah melakukan atau meninggalkannya. Ertinya Allah itu harus melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kudratNya, tidak dipengaruhi oleh sesiapapun, Allah bebas melakukan atau menjadikan sesuatu tanpa diikut oleh sesuatu peraturan atau tidak melakukannya.

Tidak wajib bagi Allah menjadikan segala makhluk atau segala yang ada ini, dan tidak wajib juga bagi Allah hendak mentiadakannya. Dan bukan pula mustahil bagi Allah menjadikan dan mentiadakan makhluk ini. Semuanya harus sahaja bagiNya.

Harus bagiNya untuk mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau disebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya.

Allah boleh melakukan sesuatu perkara itu hanya dengan mengatakan "Jadi," maka jadilah perkara itu.

Sumber:



P/S: Mohon perkongsian dan pandangan dari sahabat yang lain juga.


Wednesday, May 16, 2012

Cinta, Hijrah, & Air Mata

Karnival Mahabbah PASTI 2012

Tajuk Bicara Selebriti pada malam tu nanti seperti tajuk entri di atas.

Ada banyak lagi aktiviti lain sepanjang hari tersebut.

Rawatan perubatan percuma tu yang takmo terlepas peluang~

Dan saya sendiri ada bukak gerai dengan kawan-kawan, insya'Allah.

Meh le datang reramai ye~ :3


Banyaknya, Tak Tau Nak Pergi Yang Mana Satu... =.=


Berderet-deret jemputan kahwin kat Facebook. Tu tak printscreen semua, ada lagi jemputan yang sebelum bulan Jun dan kat bawah-bawah gambar tu haaa...

Tarikh pulak berlapis-lapis macam kek lapis pada hari yang sama. Jadinya tak tau nak pergi walimah yang mana. Dekat-dekat pulak tu, boleh dikatakan setiap minggu dan setiap hari, eh! Mana ada setiap hari! Hahaha~

Mungkin amek peluang cuti sekolah ye tak kawan-kawan? Untuk kengkawan yang bakal bernikah dalam masa terdekat ni, moga dipermudahkan ye urusan majlis pernikahan, yang bakal bertunang pun, moga dipermudahkan jugak, yang bakal merisik punnnn moga dipermudahkan urusan semuanya~ Erk! Semua pun nak wish... =.=

Apapun, maaf kalau muka saya tak muncul kat majlis-majlis kamu nanti sebab mungkin sampai ke akhir saya tak dapat buat decision nak pergi yang mana satu. Wahaha~ Melampau kannn~! :p


Tuesday, May 15, 2012

Kenapa DP FB Berwarna Coklat dan Bertutup Mata?


‎"My current profile picture shows a prisoner. Brown is the color of clothing enforced by the Israeli prison service on the Palestinian prisoners. The logo on the right means "Shabas" and it is an abbreviation for the Israeli Prison Service. The purpose of changing this DP is to spread the awareness about our brothers and sisters' struggles being imprisoned in Israel and currently on Hunger Strike.

Changing the DP cannot help them all at once but rather to get people to notice what is happening in Palestine currently so that all muslims can make du'a for them. And, that will change something.

Do you know about this before? Well, now you know, and the change of my DP is a success."

DP Facebook

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ramai yang tukar DP kat Facebook kepada DP berpakaian coklat dan bertutup mata. Ada jugak yang tertanya-tanya, adakah DP bertutup mata menjadi trend sekarang ni? Maka, atas tu saya copy paste dari Facebook jugak, da ramai yang share. Alhamdulillah, da ramai yang sedar dan tahu tentang benda ni.

Contoh cover FB

Hari ni, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.

Sama-sama kita doakan saudara-saudara kita kat Palestin. Apa yang kita buat ni walaupun sedikit, moga Allah kira sebagai sumbangan untuk pembebasan Palestin. Insya'Allah.

Lagi gambar DP FB berwarna coklat -->  Gambar Solidariti Buat Palestin


P/S: Hari ini juga hari lahir adik bongsu saya.

P/S I: Kat twitter pun da mula bergelombang coklat.


Monday, May 14, 2012

Tadi Jumpa Doktor Nurul Lagi...

Ramainya orang kat Pusat Kesihatan UTM pagi ni tadi. Masuk-masuk je tengok penuh kerusi. Lepas register untuk amek nombor, tunggu kat depan kaunter amek ubat. Ada kerusi gak kat situ.

Masa duduk-duduk tu terfikir, nak jumpa Dr. Nurul lah kalau dia ada. Jeling-jeling nama kat pintu-pintu bilik doktor, ada nama Dr. Nurul. So, gi kaunter balik, mintak assignkan dengan Dr. Nurul. Lama jugak menunggu giliran sampai tersengguk-sengguk menunggu sengsorang diri.

"Ding dong!"

Hah! Tu nombor saya. Terus bangun, masuk bilik Dr. Nurul.

Lepas tuuuu.... Tettt!

Rahsia kerajaan Malaysia. Hahaha~

Doakan saya cepat sembuh!

Kbai~


Sunday, May 13, 2012

Hadiah Dari Melaka Untuk Diorang

Hari ni ke Melaka buat kesekian kalinya.

Ada kenduri sahabat kat Taman Peringgit Jaya. Lepas kenduri tu, driver ajak ke Zoo Melaka. Masuk RM10.00 untuk dewasa. So, dapat la jumpa beberapa haiwan eksotik seperti di bawah.


Atas ni lemur ape entah, dia sangat comel sebab tak takut orang. Boleh la beramas-mesra barang sesaat dua dengan dia sebelum dia bertindak ganas. Ahaha~ Tapi tadi dia behave aje. :)


Yang ni, biasalah kan, iguana. Cicak gergasi di kepulauan Banda. Eh, memandai aje saya ni. :p

Ada lagi haiwan lain, tapi gambar-gambar tu kat tab driver. Apapun, dua-dua haiwan dalam gambar kat atas ni, tak mampu untuk saya bawak balik ke rumah nak bagi kawan dengan Cici dan Mulan. Maka, saya pun carik la benda lain sebagai pengganti seperti di bawah.


Haa... Kan ada tu macam iguana jugak.
Cici yang da dewasa pun buat muka terpaksa excited tengok benda-benda pelik ni. =.=


Mulan pulak, da tak sabar nak main.


Cici pun macam biasalah, dengan bakat kepimpinan yang ada, mengagihkan tanggungjawab menghiburkan kengkawan baru tu.

Cici: Nah, pi main lipas ni kayyy.
Mulan: Alaaa...lipas je ke?
Cici: Nkoo kecik lagi!!!


Cici: Cicak ni biar aku main.

=.=


P/S: Tuan diorang ni pulak bawak balik hama jantan bak kata PCM. Gatal-gatal badan ni ha... T_T

Number One For Me... Yes, You Are...



i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me



Thursday, May 10, 2012

Jangan Berumah Di Tepi Pantai...

Sebuah rumah di tepi pantai | Di Sayap Kupu-Kupu Terbang

Jika takut dilambung ombak.

Jangan berani pelawa orang awam isi borang soal selidik, kalau takut kena reject. =.=

Masalahnye realiti masyarakat Malaysia memang cenggitu. Bila orang lagak rupa macam agen-agen jual barang ni datang mendekat, terus ditolak mentah-mentah tanpa dengar dulu ape yang diorang nak sampaikan. Takut kena beli ape-ape, takut kena bayar ape-ape, takut kena tipu gores dan menang pun ade gak. Ohoho~

Tapi ada jugak yang open-minded sikit, diorang dengar dulu ape yang kita nak cakap. Kalau diorang berminat, diorang tanya lebih-lebih sikit. Kalau tak berapa berminat sangat, angguk-angguk aje. Kalau tak berminat, diorang tolak elok-elok. Yang pesen terus tolak mentah-mentah seperti perenggan di atas tu mungkin sebab diorang nak cepat lah kan?

Tapi tapi tapi... Kalau yang pesen buat muka kerek dan angkuh sambil nada suara pun sombong semacam tu, memang lerr boleh menambah titik hitam di hati para peraih responden. Malah, menyebabkan semangat yang mulanya menggunung tinggi, jatuh merundum tetiba. Terus takut nak mencuba lagi, sebab takut kena reject kaw-kaw lagi dan lagi. =.=

Tapi tugas kena tetap dijalankan. Nak tak nak, hati kena kering. Target responden masih jauh lagi tu. Entah sempat ke tak, nak capai dalam dua hari lagi. Moga Allah permudahkan.


P/S II: Tugasan luar kali ni menyaksikan beg putih itu terputus tali jugak akhirnya, konfirm da kena beli baru. =.=


Tuesday, May 8, 2012

Jenjalan Dengan Diorang Lagi

Dah lamanya tak update. =.=

So, kali ni nak update pasal jenjalan carik makan hari tu bersama kengkawan blogger. Actually, datang KL sebab nak claim baucar buku PTS kat PBAKL. Plan la dengan Iffah, then ajak yang lain-lain jugak, malangnya Nadh & kak Elly je yang tak bizi pada hari Sabtu lepas.

Sampai KL tu, 2 jam jugak menunggu driver datang amek. Ye, saya tak pandai drive walaupun da ade lesen, kesiannya saya. =.= *padahal, memang datang naik bas* Bila masuk kereta MyVi purple Iffah, meluap-luap api kemarahan bila tengok benda kat bawah ni.


Mana aciii! Nadh da beli awal-awal da Sunan Musafir kulit tebal, sampai 5 bijik nkooo~ Maka sepanjang perjalanan menuju ke Stesen LRT Ampang untuk menjemput kak Elly, sumpah seranah kedengaran berpanjangan di dalam kereta. =.= Apapun, sumpah seranah akhirnya berhenti bila saya pun akhirnya dapat benda kat bawah ni.


Berbaris panjang jugak manusia-manusia kat bilik Karangkraf sebab nak amek tandatangan Ramlee Awang Murshid (RAM). Suka tengok penulis siri Laksamana Sunan ni, nampak tenang dan bersahaja. Nampak pendiam juga, tapi mudah tersenyum. Bila Nadh nak amek gambar dan PAKSA dia berdiri, RAM pun senyum dan berdiri. Bila tengok RAM, rasa macam perwatakan Laksamana Sunan tu ada dalam dia. :)

Sebelum ke Karangkraf tu, gi booth PTS dulu. Amek baucar PTS RM50. Bayangkan lerr, dalam bilik yang begitu ramai orang kat area PTS tu, nak kena carik buku untuk cukupkan RM50 dalam masa yang singkat. =.= Buku ape la nak rembat, jenuh belek-belek sambil intai-intai Iffah dengan blogger Woofer Storm yang turut datang ke PBAKL sebab nak jumpa Iffah. Eh!!! :p Akhirnya, rembat empat buah buku baru dari PTS macam kat bawah.


Lepas borong buku, kami gi Dewan Tun Razak pulak tengok exhibition sukan. Ada banyak rerobot dan kereta kat situ. Mula-mula kami yang gegirls ni melangkah dengan lemah-longlai aje masuk dewan tu. Ye lah, mesti bosan exhibition ni. Tapi bila nampak robot je, kami mula lupa daratan. Semua gambar nak amek, semua benda nak pegang, termasuklah berangan memiliki Lamborghini putih sebijik. =.=


Disebabkan da agak lewat nak berangkat pulang ke Johor dan mak dah melarang balik malam, maka saya ingat nak bermalam kat KL aje. Mula-mula mesej kengkawan, tapi suma tak respon, so decide nak duk hotel aje. Kami ke Ampang, sebab pernah duk hotel kat Ampang masa gathering raya dulu. Memula tu, just check in saya sorang, yang lain nak balik rumah masing-masing. Sob sob sob. T_T

Tapi lepas makan, Allah bagi ilham kat kawan-kawan untuk join tido sekali. Alhamdulillah, ade jugak peneman. Tu pun, dengar kata kak Elly, ada 'peneman' lain gak kat bilik sebelah malam tu. Errrr... Saya tido mati kot, tak dengar ape-ape. =.=

Esoknyee~ Ajak diorang pi Pusat Sains Negara lak, sebab ada orang tu berhajat nak tengok dinasour tapi tak kesampaian semalamnye. Kesian kat orang tu kan. Kang nanges hentak kaki lak kang. Hahaha~ Tapi pagi tu masa kol, tak excited lak dia bila kita ajak pi tengok dinasour. =.=

Mungkin sebab mamai lagi. Ermmm.


Untuk tengok dinasour dan bermain-main dengan diorang ni, tiket masuk adalah RM15 untuk orang dewasa. Untuk student yang ade ID card, bayar RM12 je. Tapi untuk kanak-kanak macam saya, saya tak ingat pulak berapa harga dia. Errr... :p

Masa mula-mula masuk tu terkejut jugak tengok kepala dinasour bergerak. Nasib baik tak pengsan. Maaf kepada yang terkena tampar bahu sebab itu tindakan refleks membawa maksud "bahaya di hadapan". =.=

Kalau nak pi tengok dinasour ni, kena bawak DSLR kayyy. Eh, kamera compact pun leh jugak. Cuma lagi best kalo pixel tinggi. Gambar kami ni guna henset aje. Huhuhu. Pameran dinasour ni sampai 31 Julai 2012. So, sape yang dekat-dekat PSN tu leh la melawat diorang. Kalo pi nanti, kemsalam kat Sunahsorus kayyy~ Eh!!!

Lepas tengok dinasour kami jenjalan sekitar PSN tu je, tengok rerama sambil shooting gambar. Sekitar kawasan PSN tu memang best amek gambar sebab landskap & view dia cantik. Leh piknik-piknik lagik~ Erk!

Apapun, terima kasih kat kengkawan yang sudi teman jenjalan walaupun plan suma last minute. Entah dah ikut perangai sape ni buat aktiviti last minute. Kihkihkih~ Maaf atas salah silap, sumpah seranah dan terlebih gurau, saya sayang semua~ ^_^


Friday, May 4, 2012

Eh, Ustazah! : Senjata Mukmin



Dah lama ustazah tak jumpa anak murid kesayangan ustazah yang sorang tu. Entah kenapa, dah tak terserempak dengan dia selalu macam dulu. Mungkin sibuk dengan exam. Tapi pagi tadi, takdir Allah, terserempak jugak dengan anak murid ustazah tu kat luar surau sekolah.

Nasri: Eh, ustazah! Assalamualaikum!

Ustazah: Wa'alaikumussalam... Nasri, lama tak nampak kamu! Dhuha ye?

Nasri: Aha. Lama jugak tak nampak ustazah. Alhamdulillah, baru selesai tadi, ustazah. Ustazah nak dhuha jugak ye?

Ustazah: Insya'Allah nak dhuha jugak ni.

Nasri: Ustazah...

Ustazah: Ye? Nape macam ade benda berat je ni?

Nasri: Ermm... Macam mana nak yakinkan orang lain untuk berdoa kepada Allah bila diuji?

Ustazah: Owhhh... Alhamdulillah, bagusnya anak murid ustazah ni, fikirkan sahabat-sahabat ye. Hurmmm... Pertama sekali, kita kena tahu kenapa kita kena berdoa.

Nasri: Tang tu kan ustazah, ada kawan ni cakap, buat apa nak berdoa, Allah dah tahu dah semua benda dalam hati kita.

Ustazah: Yup, betul apa yang dia cakap tu! Tanpa berdoa pun, Allah dah sedia tahu apa isi hati kita.


Nasri: Jadi, kenapa kita masih jugak kena berdoa?

Ustazah: Kita berdoa sebab kita hamba yang lemah lagi tidak berdaya. Doa kita sebagai tanda pengabdian diri kita kepada Allah, tanda kita hanya bergantung harap kepada Dia.


Ustazah: Allah jugak berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186...


Ustazah: Dalam berdoa kepada Allah, kita kena sedar, darjat kita sebagai pemohon. Tentulah darjat Pemberi itu lebih tinggi daripada kita. Berdoa menyedarkan kita, yang kita ni tak punya apa-apa. Dengan berdoa, kita lebih sedar akan kedudukan kita sebagai hamba yang hina dan kerdil.

Nasri: Erm... Tapi kenapa doa-doa kita ni kadang-kadang Allah masih tak makbulkan? Ada yang rasa terlalu penat berdoa, sampai hampir putus asa dengan semuanya.

Ustazah: Cuba renung diri kita, mana yang lebih kita cintai? Allah atau dunia?


Ustazah: Cepat atau lambat tu urusan Allah. Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya. Kalau kita tak dapat apa yang kita hajati, bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi pada kita buat masa sekarang.

Nasri: Walaupun diuji dengan macam-macam sampai kita rasa dah tak mampu dah nak bertahan?

Ustazah: Nasri kena ingat, semakin dekat kita dengan Allah, semakin hebat kita akan diuji. Apalah sangat ujian yang kita dapat sekarang ni, kalau nak dibandingkan dengan ujian yang Rasulullah s.a.w dan para sahabat dapat dulu.


Nasri: Astaghfirullahal'azim... Baru sedikit, ustazah... Baru sedikit... Dari yang sedikit tu pun Allah masih nak dengar kita merintih pada Dia... Allah... Allah...


Ustazah: Allah sebenarnya sangat kasih kepada kita, Nasri. DiujiNya kita dengan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan Dia. Yakinlah dengan sepenuh hati akan janji Allah. Sungguh-sungguh berserah hanya kepada Allah, Dia akan bagi kecukupan kepada kita.

Nasri: Insya'Allah... Terima kasih ustazah, saya sendiri rasa termotivasi. Alhamdulillah, rezeki saya jumpa ustazah pagi ni. Saya pergi kelas dulu ye, ustazah.

Ustazah: Alhamdulillah. Balik nanti belek tafsir surah al-Baqarah ayat 286.

Nasri: Insya'Allah. Assalamualaikum, ustazah.

Ustazah: Wa'alaikumussalam.


Kadang-kadang kita rasa penat dan lelah dengan segala macam ujian yang menimpa kita dalam hidup. Rasa seolah-olah tiada keadilan untuk kita, sedangkan Allah itu Maha Adil. Sesungguhnya ujian itu untuk menguji kesungguhan kita. Dan Allah tidak membebani kita dengan apa yang kita tidak mampu. Bersabarlah dan bertabahlah wahai jiwa-jiwa yang diuji, Allah sudah janjikan cahaya di hujung perjalanan.


Rujukan lain:


Thursday, May 3, 2012

Macam Manalah Agaknya...



Bersyukurlah... Kerana kamu masih mampu mencurahkan idea dalam penulisan...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.