BLOG ENCIK SUAMI

Friday, May 4, 2012

Eh, Ustazah! : Senjata Mukmin



Dah lama ustazah tak jumpa anak murid kesayangan ustazah yang sorang tu. Entah kenapa, dah tak terserempak dengan dia selalu macam dulu. Mungkin sibuk dengan exam. Tapi pagi tadi, takdir Allah, terserempak jugak dengan anak murid ustazah tu kat luar surau sekolah.

Nasri: Eh, ustazah! Assalamualaikum!

Ustazah: Wa'alaikumussalam... Nasri, lama tak nampak kamu! Dhuha ye?

Nasri: Aha. Lama jugak tak nampak ustazah. Alhamdulillah, baru selesai tadi, ustazah. Ustazah nak dhuha jugak ye?

Ustazah: Insya'Allah nak dhuha jugak ni.

Nasri: Ustazah...

Ustazah: Ye? Nape macam ade benda berat je ni?

Nasri: Ermm... Macam mana nak yakinkan orang lain untuk berdoa kepada Allah bila diuji?

Ustazah: Owhhh... Alhamdulillah, bagusnya anak murid ustazah ni, fikirkan sahabat-sahabat ye. Hurmmm... Pertama sekali, kita kena tahu kenapa kita kena berdoa.

Nasri: Tang tu kan ustazah, ada kawan ni cakap, buat apa nak berdoa, Allah dah tahu dah semua benda dalam hati kita.

Ustazah: Yup, betul apa yang dia cakap tu! Tanpa berdoa pun, Allah dah sedia tahu apa isi hati kita.


Nasri: Jadi, kenapa kita masih jugak kena berdoa?

Ustazah: Kita berdoa sebab kita hamba yang lemah lagi tidak berdaya. Doa kita sebagai tanda pengabdian diri kita kepada Allah, tanda kita hanya bergantung harap kepada Dia.


Ustazah: Allah jugak berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186...


Ustazah: Dalam berdoa kepada Allah, kita kena sedar, darjat kita sebagai pemohon. Tentulah darjat Pemberi itu lebih tinggi daripada kita. Berdoa menyedarkan kita, yang kita ni tak punya apa-apa. Dengan berdoa, kita lebih sedar akan kedudukan kita sebagai hamba yang hina dan kerdil.

Nasri: Erm... Tapi kenapa doa-doa kita ni kadang-kadang Allah masih tak makbulkan? Ada yang rasa terlalu penat berdoa, sampai hampir putus asa dengan semuanya.

Ustazah: Cuba renung diri kita, mana yang lebih kita cintai? Allah atau dunia?


Ustazah: Cepat atau lambat tu urusan Allah. Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya. Kalau kita tak dapat apa yang kita hajati, bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi pada kita buat masa sekarang.

Nasri: Walaupun diuji dengan macam-macam sampai kita rasa dah tak mampu dah nak bertahan?

Ustazah: Nasri kena ingat, semakin dekat kita dengan Allah, semakin hebat kita akan diuji. Apalah sangat ujian yang kita dapat sekarang ni, kalau nak dibandingkan dengan ujian yang Rasulullah s.a.w dan para sahabat dapat dulu.


Nasri: Astaghfirullahal'azim... Baru sedikit, ustazah... Baru sedikit... Dari yang sedikit tu pun Allah masih nak dengar kita merintih pada Dia... Allah... Allah...


Ustazah: Allah sebenarnya sangat kasih kepada kita, Nasri. DiujiNya kita dengan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan Dia. Yakinlah dengan sepenuh hati akan janji Allah. Sungguh-sungguh berserah hanya kepada Allah, Dia akan bagi kecukupan kepada kita.

Nasri: Insya'Allah... Terima kasih ustazah, saya sendiri rasa termotivasi. Alhamdulillah, rezeki saya jumpa ustazah pagi ni. Saya pergi kelas dulu ye, ustazah.

Ustazah: Alhamdulillah. Balik nanti belek tafsir surah al-Baqarah ayat 286.

Nasri: Insya'Allah. Assalamualaikum, ustazah.

Ustazah: Wa'alaikumussalam.


Kadang-kadang kita rasa penat dan lelah dengan segala macam ujian yang menimpa kita dalam hidup. Rasa seolah-olah tiada keadilan untuk kita, sedangkan Allah itu Maha Adil. Sesungguhnya ujian itu untuk menguji kesungguhan kita. Dan Allah tidak membebani kita dengan apa yang kita tidak mampu. Bersabarlah dan bertabahlah wahai jiwa-jiwa yang diuji, Allah sudah janjikan cahaya di hujung perjalanan.


Rujukan lain:


16 comments:

Anum said...

thanks for sharing

kura said...

yang penting, berdoa :)

sissyira said...

salam

yea..
sesekali sy juga rasa penat
tp bila sedar kita ingat Allah banyak2
semua ujian itu sebab Allah syg kita ;)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

alhamdulillah, semalam zuan sangat lost.. kawan ingatkn zuan supaya berdoa semoga diberi petunjuk dan hidayah, dan zuan berdoa, alhamdulillah harini kembali senyum :)

ir prof dr alia rosli said...

:) thanx eh ustazah..

maszull said...

assalamualaikum sunah...mekacih dgn n3 ni nice...semoga segala dugaan yg diberikan oleh Allah akan ada juga sinaran dipenghujungnya...

Iffah Afeefah said...

Xpnh ptus ase yu

Cik Pulau said...

ujian tu datang sebab Allah sayangkan kita kan..

Solihin Zubir said...

tp ada yg salah faham, dia kata Allah ada.. doa je.. tp pd msa yg sama, doa kena diiringi dgn usaha ikhtiar dan tawakkal.. takdenye duit jatuh dari langit kalau malas berusaha..

kiera'sakura said...

ujian tanda kasih sayang Allah kan kak...

aimie amalina said...

kak sunah..
ase legaaa je bile bace ni
huu

masih kak :)

Woofer Storm said...

kita berdoa kerana setiap detik,setiap nafas kita perlukan Allah..

Asyiqin Haulisah said...

terima kasih kakak. :)

Papa-NtiQ said...

berdoa itu adalah satu senjata yang kuat untuk seorang mukmin.

Munnafendy said...

kita jgn sesekali bhenti berdoa...dgn bdoa umpama ada connection antara kita dgn Allah SWT....kan?


*sunah, sy byk dpt trafik dr entry sunah yg ini...nape ye? try cr kot2 ada link xjmp pulak..

tq =)

Munnafendy said...

ohhh baru perasan...dlm bloglist rupanya....

hehe...thanks sunah =)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.