BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, June 28, 2012

Kenal Abu Bakar Syed Iskandar?


Abu Bakar dilaporkan hilang di sekitar Taman Sri Putri, Skudai, Johor. Mohon bantuan semua untuk sebarkan. Moga Allah pertemukan Abu Bakar semula dengan keluarganya.


Wednesday, June 27, 2012

Gambar Ni Comel Kannnn???

Erm...

Sempena Beauty Cutie Contest anjuran Hijabsufi hari tu, ade sorang sahabat saya yang join pertandingan ni bersama anak kesayangan beliau yang comel ittewww. Gambar yang dia hantar untuk pertandingan tu adalah seperti kat bawah ni.


Masa ni anak beliau yang bernama Zafirah tu kecik lagi, sekarang da besar sikit. Kecik-kecik tomey da pakai hijab, comel kan??? Kalau sesape rasa setuju yang gambar ni comel, moh lerr kita klik Like reramai gambar ni kat SINI. Jap jekkk. Boleh kan??

Terima kasih kepada yang dah klik Like. ^_^


P/S: Guruh berdentum kat luar...

Monday, June 25, 2012

Maaf, Kalau Ada Yang Tak Suka

Nampak tak ada benda yang baru lagi kat blog ni?

Erm..itu pun kalau kamu-kamu rajin datang blog ni la, mungkin akan perasan ada benda yang ditambah. Kalau baru hari ni jejak blog ni, tak tahu la apa yang baru tu..*ayat tak boleh blah, padahal jarang update da sekarang ni* =.=

Ok, baru tadi saya tambah satu box kat atas entri, bawah feed jiran sepagar. Erm, box tu mengandungi MixPod player yang ada 3 zikir terapi dari Hafiz Hamidun. Suka dengar zikir ni, mendamaikan dan menenangkan. Try la dengar semua dalam playlist tu, tapi ade 3 je la yang saya masukkan. Kalau rasa jiwa kacau ke, boleh la dengar eks~

Saya setkan supaya dia autoplay, so mana-mana yang tak suka blog berlagu tu bole klik Pause button kat player tu ye. ^_^


P/S: Ada orang rindu eks? Saya pun rindu awak kayyy.


Friday, June 22, 2012

Da Masuk Waktu ke Belum Ek?

Gambar dari fitrahworld

Erm... Dah lama tak buat entri Eh, Ustazah! pada hari Jumaat. Blog pun da jarang-jarang update sekarang ni kan? Bizi katanyaaa. So, hari ni nak update sesuatuuu. Ehem ehem~

Kamu-kamu semua pernah tak mengalami keadaan tak tau waktu solat da masuk ke belum, yang mana kamu sampai kat satu tempat baru, takde orang yang kamu-kamu boleh tanya, apetah lagi bila duk dalam hutan bercamping sakan, jauh sesangat dari masjid-masjid dan surau yang bila masuk waktu solat ade azan berkumandang?

Bila dalam situasi macam ni, mesti susah kan nak tau bila sebenarnya waktu solat. Haaa... Sebenarnya, ada kaedah lain untuk tahu waktu solat ni dengan menggunakan matahari. Maksudnya, ni untuk tempat yang boleh nampak matahari lerr. Itu limitasi entri ni, ok? Jangan tanya pasal bulan pulak. =.=

Ok, untuk 5 waktu solat fardhu, kedudukan matahari yang boleh kita tengok adalah semacam berikut:

Zuhur - Mula bila matahari start condong ke sebelah barat dan bayang mula condong ke sebelah timur.

Asar - Mula bila bayang lebih panjanggggg dari objek asal.

Maghrib - Mula dengan tenggelamnya semua bulatan matahari.

Isyak - Mula bila hilangnya cahaya merah kat tempat matahari terbenam.

Subuh - Terbitnya fajar, cahaya kat tempat matahari naik sedikit demi sedikit dan semakin lama semakin terang.

So, lepas ni, kalo duk tepi pantai or dalam hutan, boleh la rujuk matahari ye~ ;)


Sumber: "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab", m/s: 22


Tuesday, June 19, 2012

Pulau Kukup Memanggil...

Hari Ahad lepas, tanpa dirancang-rancang, saya dan housemates terpanggil untuk menjelajah pulau tanpa penghuni di penghujung negeri Johor. Uhuk-uhuk. Seawal 10.30 lebih pagi (awal la sangat), kami bergerak dengan Sakura Ungu yang meter dia tak sampai lagi 1000km. Motif pergi ke Pulau Kukup pun memang nak bagi meter tu naik dengan lajunya. Ohoho~

Selama sejam lebih perjalanan, macam-macam kerenah pemandu dijumpai. Cumanya, hon je yang belum terbukak hati ni nak bunyikan. Sebelum sampai ke destinasi, kami sempat jugak tersalah jalan lalu membuat U-turn sendiri untuk kembali ke pangkal jalan. =.=

Bila da sampai area jeti Kukup lak, jenuh nak mencarik tempat nak parking kereta. Penuh dengan manusia kat situ, terutamanya masyarakat Cina. Kalo nak carik tempat makan, rasanya ade satu je yang terjamin dan boleh dipercayai halal. Erm... Seterusnya, tengok gambar je la ye.

Restoran Zaiton Hussin terletak antara yang paling hampir dengan jeti

ABC RM2.50 - ok la...

Masa untuk naik bot ke Pulau Kukup, tambang pergi dan balik RM5.00

Da sampai jeti utama Pulau Kukup, mereka-mereka tengah panjat tangga besi yang licin... =.=

Nak menyeberang jambatan ni, kena bayar RM5.00 dulu kat kaunter. Kalau umur bawah 17 tahun macam saya, RM3.00 jeeee~~~

Kena lalu ikut laluan ni...tak ingat berapa ratus meter, macam 600 meter jugak lah...

Kat hujung laluan tu ada Menara Pemerhati Pulau Kukup


Kat bawah menara tu ada signboard ni. Gerun gak baca perkataan "Yang Tidak Berpenghuni..." tu. =.=

Da naik atas menara, maka wajib la menggayatkan diri dengan menengok ke bawah... =.=

Tu Sungai Ular. Nape ntah nama dia camtu. Sape nak naik bot menyusuri Sungai Ular, kena bayar RM3.00, dia hantar sampai jeti utama tadi.

Da balik dari Pulau Kukup, bot akan singgah kat tempat penternakan ikan tengah laut ni. Ada belangkas, tiram dan macam-macam jenis ikan kat sini. Ikan sumpit paling comel sebab pandai sumpit air~ Hehehe...

Balik dari Pulau Kukup, sempat la pulak menyinggah ke Tanjung Piai...=.= Cantik kan sini? ^_^

Tu je la kisah perjalanan kami. Lepas ni nak gi Desaru, Air Papan, Teluk Gorek, Air Terjun Ledang, Port Dickson, err...banyaknya tempat nak pergi. =.=


Sunday, June 17, 2012

Song for You... Yes, You...



Lately I've been noticing
I say the same things he used to say
And I even find myself
Acting the very same way

I tap my fingers on the table to the rhythm in my soul
And I jingle the car keys when I'm ready to go
And when I look in the mirror he's right there in my eyes
Starin' back at me and I realize

The older I get the more I can see
How much he loved my mother and my brother and me
And he did the best that he could
And I only hope when I have my own family
That everyday I see
A little more of my father in me

There were times I thought he was bein'
Just a little bit hard on me
But now I understand he was makin' me
Become the man he knew that I could be

In everything he ever did he always did with love
And I'm proud today to say I'm his son
When somebody says I hope I get to meet your dad
I just smile and say you already have

The older I get the more I can see
How much he loved my mother and my brother and me
And he did the best that he could
And I only hope when I have my own family
That everyday I see
A little more of my father in me

He's in my eyes my heart, my soul
My hands, my pride and when I feel alone
And I think I can't go on I hear him sayin' "Son you'll be alright
Everything is gonna be alright" Yes it is

The older I get the more I can see
That he loved my mother and my brother and me
And he did the best that he could
And I only hope when I have my own family
That everyday I see, oh I hope I see
I hope everyday I see a little more of my father in me
A little more of my father in me

I hope everyday I see in me
In me, in me
I hope everyday I see
A little more of my father in me

- Song for Dad - Keith Urban -


Saturday, June 16, 2012

Husna Budak UK

Entah kenapa aku rasa macam nak buat entri ni.

Husna.

Aku kenal ramai sangat Husna. Husna anak sedara Pak Cik Mat Gebu, kak Husna geng Nisa' Gelang Patah, dan Husna budak UK. Tapi aku teringin nak cerita pasal Husna budak UK ni. Nape aku gelar dia budak UK? Sebab dulu dia duk UK belajar kat sana, sekarang da balik Malaysia ni berkhidmat kat negara sendiri.

Ape yang buat aku nak cerita pasal dia? Aku nak mengumpat ni sebenarnya. Ecewah. Sentap pulak budak UK tu baca kang. Sebenarnya aku rasa banyak persamaan dari segi pandangan kalau aku duk bercakap dengan dia ni. Malah kalau berbual dengan reramai kawan pun, walau aku duk diam mendengar (sebab aku malas nak bercakap), tapi dalam hati aku mengiyakan ape yang dia duk hujahkan dengan kawan lain tu.

Banyak woo yang budak UK tu kongsi ngan kitorang sepanjang jalan tadi. Aku rasa terisi jugakla masa atas jalan raya yang berjam-jam tu walaupun ada masanya aku tertidur sebab penat sangat. Tapi pasal Sultan Johor, pasal orang Singapore, pasal orang Malaysia, semua tu bukak mata aku bila dengar dia bercakap. Buat aku berfikir jauh ke depan jugak bila berdepan dengan bermacam-macam jenis latar belakang punya manusia.

Betul la kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah ilmu pengetahuan.

Aku guna aku kali ni, rasa selesa pulak.


P/S: Bila berjalan jauh tadi, tengok pemandangan hijau tepi jalan, tengok suasana kampung yang aku lalu, buat aku teringat pada kampung yang aku jejak dua minggu lepas. Da seminggu ye aku balik? Makin terasa rindu pulak.


Tuesday, June 12, 2012

Muak

When the sun goes down by ~april182 on deviantART

Dari dulu lagi...

Kenapa baru sekarang rasa macam ni? Rasa tak faham dengan semuanya. Kenapa kena bergelumang dengan benda yang langsung tak difahami? Sedangkan benda lain yang diminati, benda lain pula yang diterokai.

Kadang-kadang rasa nak berhenti dan lupakan semuanya. Lari dari segalanya yang membebankan akal fikiran. Yang dihadap setiap hari namun sampai sekarang masih buntu tak ketemu jawapan. Dah terlalu lama, tapi sampai sekarang masih macam ni. Dah tak banyak masa yang tinggal, tapi masih lagi di tempat yang sama.

Penat, lelah dengan semua ni. Muak.

Cemburu dengan orang-orang sekeliling yang laluannya mudah dan sudah sedia punya kemahiran masing-masing. Sedar diri dengan kelemahan sendiri yang ilmunya tak setinggi mana. Sedar sangat diri ni tak punya apa-apa berbanding dengan yang lain. Sedar sangat-sangat diri ni tak sehebat mereka.

Rasa menyusahkan orang-orang yang meletakkan harapan pada diri.

Maaf...

Petang ini semangat diri hilang lagi.

Allah... Allah... Allah...


Jom Join Beauty Cutie Contest by Hijabsufi

Disebar-luaskan daripada: Hijabsufi



Mana-mana yang ada adik-adik comel macam Aisyah dengan Puteri tu, boleh la join pertandingan ni ye~ Kalo takde, gi mintak adik-adik perempuan tepi-tepi jalan tu bergambar dengan kamu... Yang penting, kamu bukan lelaki kayyy...=.=


Monday, June 11, 2012

Sehari Semalam di Rumah Blogger Kakakecik

Kat Kedah hari tu, sempat bermalam kat rumah blogger kakakecik Shida. Hari Isnin petang, Hanisah yang hantar sebelum dia balik ke Johor. Rumah kakakecik nun jauh di Pendang, Kedah Darul Aman. Masuk area rumah beliau da nampak bendang kat kiri kanan jalan. Suasana kampung da mula terasa.

Benda yang saya takleh lupa masa duk rumah kakakecik ni, masa borak-borak dengan family kakakecik malam tu, boleh pulak mak kakakecik sentuh kaki saya. Terkejut saya dibuatnya. Kakakecik pun terkejut jugak sambil tarik tangan mak dia. Hahaha~ Sebab apa dia sentuh, sebab nak rasa kulit orang Sarawak. =.=

Ros kaler pink & cekelat... Saja nak tengok ok ke kalo tema cekelat... Eh!

Kat rumah kakakecik, mak kakakecik ajar buat bunga getah. Bunga-bunga spesies hantaran kawen tu banyak kat rumah diorang. Cantik-cantik semuanya. Cekap pulak tu mak kakakecik buat sekuntum-sekuntum. Dan saya pun dapat sejambak bawak balik Johor. Ekeke. Sape-sape yang berhasrat nak tempah bunga telur untuk hantaran, boleh la jenguk blog rasmi Koleksi Hevea kat SINI.

Kek Karamel Sakura

Tak ketinggalan jugak, kakakecik ajar buat kek karamel yang sedap tu. Da expert da kakakecik ni. Moga cepat la kakakecik kawen. Ameen... *doa takde kena-mengena*

Apapun, terima kasih buat kakakecik sekeluarga sebab sudi tumpangkan musafir ni. Moga Allah limpahkan rahmat dan kesejahteraan buat kakaecik sekeluarga. Ameen...


P/S I: Turut sama menumpangkan musafir ni sepanjang kat Kedah adalah dua lagi rakan blogger, kiera'sakura dan Cahaya Wany. Moga Allah balas jasa kalian. Ameen.

P/S II: Berpeluang jugak berjumpa dengan blogger Cik GKSB, Syafinaz Ramli, Pakcu Sofi, adik Nadzli Azlan, dan Nadh (jugak). Terima kasih memperkenalkan Kedah.

P/S III: Terlalu banyak sebenarnya yang berlaku di sana hingga tidak terluah oleh kata-kata. Terima kasih Allah untuk pengalaman berharga.

P/S IV: Terlalu banyak hendak dikongsi hingga tidak mampu untuk menyusun ayat-ayat yang indah. Akhirnya semua jadi draft. Sekian.


Dia dan Dia Sudah Selesai...

Alhamdulillah.

Seminggu yang lepas, sahabat baik masa degree dulu dah selesai mendirikan masjid pada 1 Jun 2012. Saya dan beberapa orang sahabat bertolak dari Johor ke Alor Setar pada Khamis malam Jumaat. Masa perjalanan 12 jam. So, sampai sana pagi Jumaat la~ Duk kat rumah kawan kat Alor Setar, Hanisah, sebelum ke Sg. Petani esoknya. Sahabat yang comel tu, Asma Abdul Ghani, selamat diijabkabulkan dengan pasangan dia, senior kolej kami jugak, akhi Nazrulazlan, pada petang Jumaat yang HIJAU di Kedah~ #Eh!

Walimah Asma & akhi Nazrulazlan pada hari Sabtu di Sg. Petani, Kedah

Dan pada Sabtu malam Ahad pulak, saya dan kawan-kawan ke Kota Bharu, Kelantan. Gi naik bas lepas bersungguh-sungguh mencari tiket. Bayangkan lerr masa cuti sekolah camtu, banyak tiket da habis. Tu la, beli lagi last minute. =.=

Perjalanan ke Kota Bharu amek masa 7 hingga 8 jam jugak. Lalu Grik, dan driver sangat berhati-hati memandu sepanjang jalan yang berliku-liku. Rasa macam naik bas kat Sarawak pun ada sebab asyik belok-belok aje. Saya sendiri rasa tak senang nak tidur dalam keadaan macam tu sebab risau jadi ape-ape, naudzubillah. Alhamdulillah sampai juga kat Kota Bharu dan Subuh pertama kat negeri Serambi Mekah sebelum bakal pengantin menjemput kami kat Stesen Bas Kota Bharu.

Majlis akad nikah kak Azlieyna dan pasangan, akhi Fazli di masjid, 3 Jun 2012.

Dan malam tu, terus balik Sg. Petani pulak (tiket ke Alor Setar da habis). Pergi Kota Bharu reramai's, balik sengsorang~ Wuwuwu. Dan masa nak balik tu, entah dari mana entah adik Jiji Yu moncol kat Stesen Bas Kota Bharu, nak hantar kakak dia yang comel ni balik Sg. Petani. Jiji kata, "kuat nkoo ni, pagi tadi datang dari Kedah sampai Kelantan, malam ni dari Kelantan nak balik Kedah pulak...malam ni dinner kat Kota Bharu, pagi sok breakfast kat Kedah..." (banyak membebel la budak ni... =.=")

Apapun, tahniah buat Asma dan kak Azlieyna yang dah selesai mendirikan baitul muslim. Moga keberkatan Allah memayungi hidup dengan keluarga baru lepas ni. Ameen...


P/S: Tahniah juga buat blogger sis Laily Qaisyirah dan kak Niena Muhammad yang sudah selesai mendirikan masjid. :)


Friday, June 8, 2012

Tiada Yang Lebih Indah...

Kampung Paya, Pokok Sena, Kedah

Kadang-kadang...

Malah, selalunya... Kita merancang untuk sesuatu, dan mengharapkan segalanya mengikut apa yang kita rancangkan. Kita rasa, perancangan kita sudah cukup baik, dengan penuh keyakinan bahawa semuanya akan berlalu dengan baik. Kita minta pada Allah agar dipermudahkan segalanya yang telah kita rancangkan. Moga-moga kelak Allah akan bantu kita dalam rancangan kita.

Namun, tidak semua yang kita rancangkan akan mengikut apa yang kita susun. Mungkin di saat-saat akhir, Allah jadikan sesuatu yang tidak kita jangka-jangka. Yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita, malah tidak pernah termasuk dalam Plan B atau Plan C. Lalu kita menjadi terkedu seketika. Malah mungkin ada yang terus tersadung jatuh tidak mampu untuk bangun lagi.

Bagi mereka yang beriman akan Qada' dan Qadar Allah, seharusnya mereka menjadi hamba yang redha akan segala ketentuanNya. Kerana dari redha itu, barulah akan terlihat keindahan susunan Allah atas apa yang telah kita rancangkan. Bukankah di dalam doa yang dipinta, kita mahu rancangan kita selari dengan rancangan Allah? Maka dengan itulah, Allah mempermudahkan segalanya. Dengan cara yang paling Dia sukai. Subhanallah.

Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui...


P/S: Sudah terlalu banyak peristiwa berlaku dalam seminggu lebih blog tak diupdate. Dari yang banyak itu, Allah memberikan peluang kepada diri untuk berfikir. Alhamdulillah.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.