Husna Budak UK

Entah kenapa aku rasa macam nak buat entri ni.

Husna.

Aku kenal ramai sangat Husna. Husna anak sedara Pak Cik Mat Gebu, kak Husna geng Nisa' Gelang Patah, dan Husna budak UK. Tapi aku teringin nak cerita pasal Husna budak UK ni. Nape aku gelar dia budak UK? Sebab dulu dia duk UK belajar kat sana, sekarang da balik Malaysia ni berkhidmat kat negara sendiri.

Ape yang buat aku nak cerita pasal dia? Aku nak mengumpat ni sebenarnya. Ecewah. Sentap pulak budak UK tu baca kang. Sebenarnya aku rasa banyak persamaan dari segi pandangan kalau aku duk bercakap dengan dia ni. Malah kalau berbual dengan reramai kawan pun, walau aku duk diam mendengar (sebab aku malas nak bercakap), tapi dalam hati aku mengiyakan ape yang dia duk hujahkan dengan kawan lain tu.

Banyak woo yang budak UK tu kongsi ngan kitorang sepanjang jalan tadi. Aku rasa terisi jugakla masa atas jalan raya yang berjam-jam tu walaupun ada masanya aku tertidur sebab penat sangat. Tapi pasal Sultan Johor, pasal orang Singapore, pasal orang Malaysia, semua tu bukak mata aku bila dengar dia bercakap. Buat aku berfikir jauh ke depan jugak bila berdepan dengan bermacam-macam jenis latar belakang punya manusia.

Betul la kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah ilmu pengetahuan.

Aku guna aku kali ni, rasa selesa pulak.


P/S: Bila berjalan jauh tadi, tengok pemandangan hijau tepi jalan, tengok suasana kampung yang aku lalu, buat aku teringat pada kampung yang aku jejak dua minggu lepas. Da seminggu ye aku balik? Makin terasa rindu pulak.

8 comments:

  1. dia bila dari hati tu feel lebih sikit nak menulis, bila 'aku' tu memang tulus mulus dari hati, dia macam monolog, tapi tapi tapi, pelik gak la memul atadi baca.hehehehe ngahh bila nak jumpaaa ni...

    ReplyDelete
  2. sunah..akak pun pg teringat yang kamu dah cukup seminggu balik dr sini...terasa cpat nya masa berlalu rasa mcm baru je lagi awak dtg sini

    betul tu jauh perjalanan luas pemandangan...lebih pengetahuan

    ReplyDelete
  3. kannnn.. jauh perjalanan.. luas pemandangan.. banyak pengetahuan..

    hehehe..

    ReplyDelete
  4. erk pelik yu sebut aku

    ce menelan tp gagal

    sile gne saya kembali
    #paksa wakaka

    ReplyDelete
  5. rindu kg kubang lerek la tue.. errr btol ke tue nama kampung nye? huhuhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.