BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, July 31, 2012

Menu Berbuka Hari Ni...


Housemate: Waaaaaaaaaa...hepi besday to you...hepi besday to you...sape bagi tu?

Saya: Bagi ape?

Housemate: Kek tu laa...

Saya: Buat sendiri...

Housemate: Akak buat sendiri???

Ha'ah... Tak percaya ke? Pi SANA tengok cane nak buat.


P/S: Masih menanti...walaupun harapan seperti sangat tipis...sangat sedih...sob sob sob...


Monday, July 30, 2012

Alhamdulillah... 25 Tahun Sudah


Alhamdulillah...

Allah bagi 25 tahun sudah.

Berapa lama lagi yang tinggal, hanya Allah yang tahu.

Moga Allah ampuni dosa-dosa saya yang lalu dan berkati sisa usia saya di dunia.

Terima kasih kepada semua yang turut sama mendoakan.

Salam hari lahir juga buat kembar-kembar blogger berlainan tahun...



P/S: Terima kasih kepada IR dan Pakcu yang berjaya capture gambar kat atas. :)


Dapat Benda Pink


Alhamdulillah.

Terima kasih kepada beliau untuk benda pink itu~ Belum habis explore lagi~ ^_^

Lepas ni boleh la amek gambo masak-masak macam dulu-dulu lagi~ Hehehe...

Terima kasih sekali lagi~

Moga Allah permudahkan urusan beliau~ Ameen... :)


Friday, July 27, 2012

Sampai Berjujuran Air Mata

Ibu Gebu yang kata.

Komen dia kat entri NI menceritakan macam tu. Saya pun pelik kenapa sampai berjujuran air mata Ibu Gebu bila baca ayat kat note TU. Err.. Hanya Ibu Gebu yang mampu menjawab persoalan tu.

Berbalik kepada hal malam ni.

Entah nape la semua benda yang saya buat malam ni tak berapa nak menjadi. Kesian betul apam polkadot yang baru dibuat tadi. Yang first dengan second round, alhamdulillah ok. Start yang ketiga dan seterusnya, mula la berlobang-lobang. Banyak ruang udara yang pecah masa proses mengukus. Lepas tu, ingat macam ok la kot, tak teruk sangat lubangnya housemate cakap. So, nak susun masuk dalam tupperware. Tengah duk menyusun, tetiba je talam tempat kumpulkan apam polkadot tu terbalik. Tumpah semua yang baki dalam tu. Allah... Memang menguji kesabaran betul. Saya berhenti mengukus dan mengisi cup. Saya tahu, cup yang selepas-selepas ni, hasilnya takkan seperti first and second round, mesti akan berlubang-lubang. Akan buat penat saje kalau teruskan. Maka, saya fikir buat balik esok pagi je la.

Termasuklah kek karamel yang tak berapa menjadi.

Dah la customer nak esok. Huhuhu. Entah sempat ke tidak nak buatnya.

Bila fikir-fikir balik, mesti ada yang Allah nak tegur saya dalam amalan-amalan saya seharian. Mungkin ada lompang dalam perniagaan yang saya buat. Tambah-tambah bulan puasa ni. Allah... Allah... Dia sudah tentu sedang menguji kesabaran saya. Malah, juga menegur saya kat mana-mana yang tak betul.

Masa untuk muhasabah diri sebelum tidur.

Ya Allah... Permudahkanlah urusan hambaMu ini pada esok hari dan hari-hari akan datang.

Ameen.


Tuesday, July 24, 2012

Tak Menyempat

Hadoiii...

Tak menyempat konon. Ye ye aje. Patutnya bulan Ramadhan macam ni la lagi sempat, sebab da skip waktu sarapan, lunch dan tea time (macam la dulu ada tea time). So, lagi banyak masa untuk betul-betul fokus kat lab.

Tapi tapi tapi... Nape ntah susah bebenor nak fokusnyeee. Haiyooo...

Baca sikit je journal dan paper, baru beberapa ayat, satu-dua perenggan, dah rasa boring lalu carik benda lain nak buat. Adoiii... Tahu tak, masa kat lab je la masa nak fokusnyeee. Balik rumah petang da kena masak, berbuka, terawih, balik malam da penat. Mana la sempat nak study cik Sunah Sakura oiii~

So, please laaaa berusaha untuk fokus!!! Fokus, fokus!!!

Tapiiii...hurmmm... Hari tu kat rumah, baca lepas jam 12.30 malam, boleh pulak fokus. =.="

Rasanya kena carik masa yang sesuai jugak ni. Orang kata, masa berkualiti.

Tambah lagi, kena tampal note kat depan skrin desktop ni, dengan ayat berbunyi... "Ko nak kawen ke tak? Cepat habiskan master!!!"

Erk!


P/S: Petang ni nak berbuka ape ekkkk...tengokkkkkkkkkkk! Sempat pulakkk!!!


Saturday, July 21, 2012

Yang Mudah Pun Ok...

reading Quran al Karim by ~islamicwallpers on deviantArt
"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri (solat) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Qur'an. Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah; dan orang-orang yang lain lagi yang berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Qur'an dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh (balasan) nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

[Orang yang berselimut: Ayat terakhir]

Ramadhan ini, apa kata kalau sebelum ini kita jarang-jarang bermanja dengan kitab Allah, kita perdekatkan lagi diri dengannya. Mulakan dengan yang mudah-mudah, bukan untuk cepat khatam, tapi untuk mengajar diri istiqomah membudayakan al-Qur'an. Mulakan dengan sedikit-sedikit, lama-lama tambahkan berdikit-dikit, insya'Allah ada kebaikan di penghujungnya.

Jom! :)


Friday, July 20, 2012

Setem Gambar Sunah Sakura?

Lambatnya bukak netbook hari ni.

Mengemas rumah sekejap, bersihkan kipas siling yang semakin berat, esok da nak puasa, ada tetamu akan tumpang bermalam. Kesian pulak kalo kipas tak berfungsi dengan baik.

Dah siap kemas semua, baru boleh bukak berita belek-belek Harian Metro online. Ade satu berita yang macam menarik sikit. Hikhik. Pasal SetemKu yang Pos Malaysia Berhad nak perkenalkan. SetemKu akan gunakan gambar milik pengguna kat setem tu. Tujuan dia nak tarik semula minat pengguna untuk kumpul setem. Nampak sangat lerr budak-budak zaman sekarang tak minat kumpul setem. =.=

Teringat masa kecik-kecik dulu. Entah macam mana la saya boleh ada hobi mengumpul setem ni. Mungkin disebabkan pengaruh contoh karangan "Hobi saya..." dalam subjek Bahasa Melayu kat sekolah rendah. Atau mungkin jugak pengaruh cara-cara menanggalkan setem dari sampul surat dalam subjek Sains. Eh, Sains ke? =.=

Kecik-kecik dulu rajin tulis-tulis surat kat kengkawan pena yang jauh di mata dekat di hati, so dapat la kumpul setem dari sampul-sampul surat diorang. Bapak pun selalu dapat surat dan poskad dari pakcik sedara yang duk study luar negara masa tu, haaa...huntunglaaa kan, dapat setem luar negara pulakkkk. Ada la dua album setem masa kecik-kecik dulu, satu untuk luar negara punya setem, satu untuk setem dalam negara. Mana ntah album-album tu sekarang ni. =.=

Bila Pos Malaysia nak buat program SetemKu ni, macam best lak kan? Kalo start bulan puasa ni pakai setem muka sendiri, syok la nak hantar kad raya. Wakaka~

Ni setem gambar Sunah Sakura.


Ade yang nak??? :p


Thursday, July 19, 2012

Soooo Malaysian!: Salah Hon

Erm. Al-kisahnye...

Situasi 1

Tempat: Simpang empat lampu isyarat tiga arah.
Masa: Lampu hijau ke kanan, lampu merah ke hadapan dan ke kiri.

Saya memandu kereta berlabel P menghampiri simpang lampu isyarat, mengambil line kanan. Ya, saya memilih line ini untuk membuat U-turn ke kanan.

Namun...

Ada kereta di hadapan sedang berhenti dengan tenang dan tanpa rasa bersalah. Sebab dia bukan nak ke kanan, tapi nak ke hadapan.

Saya biarkan saja, nak hon, rasa kesian, kang paksa dia gerak, dia kena langgar lak dengan kereta dari arah lain. Kawan sebelah dah mula 'panas'.

Situasi 2

Tempat: Simpang empat lampu isyarat tiga arah.
Masa: Lampu sedang merah untuk semua arah.

Saya masih di line kanan. Lampu bertukar hijau untuk laluan ke hadapan dan ke kiri. Kereta di hadapan mula bergerak. Maka, saya ke hadapan sedikit.

Oh, apakah??? Kereta di belakang mula membunyikan hon tak henti-henti.

Kawan sebelah: Ehhhh, dia tak nampak ke lampu isyarat tu???

Saya: Dia salah line la tu, nak gerak ke?

Kawan: Tak payah, kau da bagi signal kan? Dan ni line ke kanan. Dia yang salah.

Hon masih berbunyi bertalu-talu. Saya... Saya... Ye, saya tahu saya ada label P pada kereta saya... Tapi saya biarkan saja hon berbunyi sambil terus menunggu lampu isyarat ke kanan menjadi hijau.

Pemandu kereta belakang?

Dia membelok ke kiri bila tiada kenderaan dan menderum laju ke hadapan.



Oh, sooooooooo Malaysiannnn!


Sunday, July 15, 2012

Buat Benda Gila

Beberapa hari ni rasa macam gila.

Bukan, bukan saya gila. Tapi buat benda yang paling gila dalam hidup. Pertamanya, pergi kenduri orang hebat yang tak bagi kita kad jemputan pun. Just kawan gitau nak gi kenduri dia melalui inbox FB kat pengantin. Pengantin kata, kad jemputan da habis, datang je la, sambil bagi alamat rumah. Bila da sampai harinya, iaitu semalam, maka kami pun menebalkan muka datang ke kenduri.

Semua muka tak dikenali. =.=

Bila jumpa pengantin, pengantin da lupa da dia inbox dengan sape, tapi dia kata "takpelah...da makan da?" =.= Bila bersalaman dengan isteri dia, muka isteri dia yang sangat blurr tu tak dapat saya lupakan sampai sekarang... =.=

Kedua, agak mendebarkan. Bawak kereta orang lain buat pertama kalinya setelah ada kereta sendiri. Bawak  naik highway pulak tu (buat pertama kalinya), dari Sedenak ke Skudai. Dalam hujan yang sangat lebat. Dan pemilik sebenar kenderaan tidur di kerusi co-pilot. =.=

Alhamdulillah. Allah masih pelihara.

Belajar dari pengalaman kan?

Terima kasih semua.


P/S: Tak lama lagi Ramadhan... Rindu...


Tuesday, July 10, 2012

Trauma

Belajar dari pengalaman.

Kerana kadang-kadang pengalaman itu menghadirkan rasa trauma. Trauma yang menyebabkan kita rasa mahu sentiasa berwaspada. Bimbang pengalaman yang tak diingini berulang lagi untuk ke sekian kalinya.

Pengalaman telefon bimbit dan beg berisi duit dicuri menyebabkan saya kadang-kadang rasa takut tiba-tiba bila berjalan seorang diri membawa beg tangan keluar dari bank. Rasa takut itu lah yang menyebabkan saya lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Entah kenapa-- Bukan. Tanpa perlu dipersoal, takdir Allah menentukan kejadian tu berlaku pada saya dan kawan-kawan lain, tentu saja ada hikmah di sebaliknya. Selalunya benda-benda macam ni berlaku pada kawan-kawan kita, pada orang sekeliling kita. Namun bila musibah macam ni jatuh pada diri sendiri, baru lah rasa apa yang orang lain sebelum ni pernah rasa.

Alhamdulillah, Allah masih lagi terlalu baik pada saya. Bak kata kawan-kawan, bila Allah ambil sesuatu dari kita atau bila kita kehilangan sesuatu, insya'Allah DIA akan gantikan dengan yang lebih baik kerana DIA Maha Mengetahui. Bagi saya, pengalaman ini lah yang lebih baik dari segala-galanya, yang buat saya terfikir tentang banyak perkara.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.


P/S: Nombor saya dah boleh dihubungi. Dah dapatkan semula nombor telefon lama. Cuma, saya dah kehilangan semua nombor telefon kawan-kawan. Mohon yang masih sudi berhubung dengan saya untuk SMS nama masing-masing. Moga Allah permudahkan urusan kamu. Ameen.


Sunday, July 8, 2012

Handphone Saya Telah Dicuri

Tak tau nak gambarkan perasaan macam mana sekarang ni.

Macam tau-tau aje, semalam saya buat proses mengemaskini memory card henset, transfer gambar-gambar dalam tu ke dalam laptop.

Dan hari ni, petang tadi lepas Asar, telefon bimbit saya dah bukan jadi milik saya lagi. Buat masa ni, nombor saya tak dapat dihubungi.

Untuk pengetahuan semua jugak, kalo kat rumah, saya tak dapat bukak Facebook melalui netbook untuk maklumkan pada semua kawan-kawan tentang kehilangan henset ni. Sangat-sangat menyedihkan. Maka, mohon sebarkan.

Sekian terima kasih.


P/S: Henset lagi dua orang kawan pun sama-sama dicuri. Dan...orang tu turut mencuri benda lain dari saya. Moga Allah bagi hidayah pada dia.


Saturday, July 7, 2012

Berbaloi Ke???


Penat dan lelah.

Terlalu.

'Kehidupan baru' bermula lagi apabila saya mula membuka perniagaan secara kecil-kecilan di rumah. Menerima tempahan kek karamel, apam polkadot dan kek lapis sarawak dari kawan-kawan dan teman-teman kepada housemate hampir setiap hari mengubah serba sedikit jadual hidup harian saya.

Siang di lab, balik rumah sahaja, saya segera memulakan operasi mengasingkan telur, menyukat gula dan tepung untuk dipukul bagi membuat kek karamel. Ya, kek karamel saya menerima tempahan hampir setiap hari. Maka, saya tidak punya masa untuk bersantai lama kerana setiap hari, paling kurang pun dua biji kek karamel perlu disiapkan. Hari ini, alhamdulillah lima kek karamel sampai ke tangan pelanggan.

Kalau buat kek lapis atau apam polkadot, ada yang siap lewat malam. Bila terlalu penat, kadang-kadang saya akan sambung tidur balik lepas solat Subuh dan sarapan. Buruknya perangai. =.=

Alhamdulillah ada housemates yang baik hati membantu malam-malam. Saya tak minta mereka membantu saya, sebab saya tahu mereka pun penat juga balik dari bekerja dan lab. Tapi saya pun tak mampu juga nak tahan keterujaan mereka untuk belajar membuat kek dan apam polkadot. Hehehe. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan mencari tempahan. :)

Dari berniaga kecil-kecilan ni, alhamdulillah saya belajar macam mana orang berniaga. Bila kadang-kadang stok bahan tak cukup, terus teringat mak kat rumah yang setiap hari sibuk buat kuih untuk dijual. Setiap hari lah mak fikir pasal stok yang da habis. Diduga dengan gula yang da habis, telur tak cukup, tepung dan pewarna pun habis, malah sampai bateri penimbang kong, baru lah saya tahu macam mana rasanya orang berniaga.

Alhamdulillah, penat dan lelah ini akan berbaloi akhirnya nanti. Insya'Allah...

Maka bertabahlah...


Wednesday, July 4, 2012

Rabu Yang Bisu: Nak Kek Lapis Sarawak?


Klik SINI untuk maklumat lanjut


Tuesday, July 3, 2012

Tak Sangka Dia Pergi Dulu... Al-Fatihah

Nampak status Iffah kat Facebook.

Terkedu. Nama tu...betul ke dia? Then nampak entri abang Ben. Subhanallah. Betullah dia.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

Takziah buat keluarga almarhumah blogger Lieynanilaz atas pemergiannya kerana penyakit darah tinggi dan paru-paru berair. Sedih dan masih terkejut. Lieynanilaz antara blogger yang rajin datang dan komen kat blog ni. Rasa macam bermimpi bila tahu dia da pergi dulu menghadap Illahi.

"Buat pengetahuan teman-teman....arwah memang ada mengadu pada saya dia kena darah tinggi last week ...bacaannya sangat tinggi....hingga dia sakit kepala yang teruk dan tertidur di surau tempat dia bekerja di Langkawi...semalam saya dapat tahu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam surau itu dalam keadaan bertelekung dan dalam tidur sebab dia masih demam...Ya Allah..." - Herba Tihara

Al-Fatihah untuk arwah. Moga Allah tempatkan arwah bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa. Ameen...

Mati itu pasti.


Bertudung Tapi Takut Bela Rambut Panjang?

Gambar sekadar hiasan. Sumber: wanzulfadliART

Sesetengah wanita yang bertudung, takut untuk memelihara rambut panjang kerana penjagaannya yang rumit dan perlukan perhatian lebih berbanding rambut pendek. Kat sini, ada beberapa tips dari e-Petua untuk wanita yang masih nak simpan rambut panjang walaupun bertudung. Boleh la amalkan petua ni untuk pastikan kesihatan dan kesegaran rambut kamu-kamu yang panjang tu ye~ ;)

Petua Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

1: Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

2: Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Jangan gosok rambut anda dengan kasar.

3: Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

4: Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

5: Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

6: Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.

7: Untuk rambut yang berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

8: Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

9: Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.

10: Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.


Untuk keterangan lebih lanjut, boleh jenguk fanpage e-Petua kat Facebook tu ye~


Sunday, July 1, 2012

Jangan Salahkan Cermin Bila Tudung Senget

Gambar sekadar hiasan. Model: Nisa Kay

Tak kisah perempuan ke lelaki ke...

Semua mesti tengok cermin kalau nak bersiap-siap kan? Ye, memang perempuan rata-ratanya lebih lama berdepan dengan cermin berbanding lelaki kalau bab-bab menghias diri. Tapi ada jugak tau lelaki yang 'bersolek' lagi lama daripada perempuan. Tu tak kisah lah kan~

Bagi yang perempuan, bila pakai tudung depan cermin, mesti nak tengok sama ada tudung tu senget atau tak kan? Kalau senget sikit, mesti nak betulkan. Malu la kalau keluar jenjalan dengan tudung senget. Lelaki pun camtu gak, kot ada zip seluar terlupa nak tarik ke, malu kotttt orang luar tegur zip tak tarik haaa. Erk!

Selalu kalau tudung tak betul, zip tak tarik, butang tersilap pasang, kita mesti betulkan kan? Depan-depan cermin tu jugak kita betulkan. Ade tak orang yang bila tudung dia senget, zip tak tarik, butang tersilap pasang, dia salahkan cermin? Punya marah dengan cermin, gi amek tukul, pecahkan cermin tu. Sebab ape? Sebab fikir cermin tu yang salah. Gila ke ape, cermin elok aje orang lain tengok *untuk cermin tak rosak kayyy*.

Macam tu jugak la kita dengan orang lain sepatutnya. Bila rasa ada yang tak kena dengan hubungan sesama manusia, cuba tengok diri sendiri dulu. Koreksi dan muhasabah, mana yang tak betul pada diri kita. Betulkan dulu diri kita sebelum menyalahkan orang lain atas apa yang jadi pada kita. Mungkin ada nilai yang tertinggal dalam diri kita hingga hubungan sesama manusia jadi tak berapa ok. Hubungan kita dengan Pencipta mungkin???

Prof. Dr. Muhaya kata, siapa yang dapat kasih sayang Allah, akan dapat kasih sayang semuaaaaa manusia~ Fikir-fikirkan~ ;)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.