BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, July 7, 2012

Berbaloi Ke???


Penat dan lelah.

Terlalu.

'Kehidupan baru' bermula lagi apabila saya mula membuka perniagaan secara kecil-kecilan di rumah. Menerima tempahan kek karamel, apam polkadot dan kek lapis sarawak dari kawan-kawan dan teman-teman kepada housemate hampir setiap hari mengubah serba sedikit jadual hidup harian saya.

Siang di lab, balik rumah sahaja, saya segera memulakan operasi mengasingkan telur, menyukat gula dan tepung untuk dipukul bagi membuat kek karamel. Ya, kek karamel saya menerima tempahan hampir setiap hari. Maka, saya tidak punya masa untuk bersantai lama kerana setiap hari, paling kurang pun dua biji kek karamel perlu disiapkan. Hari ini, alhamdulillah lima kek karamel sampai ke tangan pelanggan.

Kalau buat kek lapis atau apam polkadot, ada yang siap lewat malam. Bila terlalu penat, kadang-kadang saya akan sambung tidur balik lepas solat Subuh dan sarapan. Buruknya perangai. =.=

Alhamdulillah ada housemates yang baik hati membantu malam-malam. Saya tak minta mereka membantu saya, sebab saya tahu mereka pun penat juga balik dari bekerja dan lab. Tapi saya pun tak mampu juga nak tahan keterujaan mereka untuk belajar membuat kek dan apam polkadot. Hehehe. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan mencari tempahan. :)

Dari berniaga kecil-kecilan ni, alhamdulillah saya belajar macam mana orang berniaga. Bila kadang-kadang stok bahan tak cukup, terus teringat mak kat rumah yang setiap hari sibuk buat kuih untuk dijual. Setiap hari lah mak fikir pasal stok yang da habis. Diduga dengan gula yang da habis, telur tak cukup, tepung dan pewarna pun habis, malah sampai bateri penimbang kong, baru lah saya tahu macam mana rasanya orang berniaga.

Alhamdulillah, penat dan lelah ini akan berbaloi akhirnya nanti. Insya'Allah...

Maka bertabahlah...


10 comments:

Mrs. Abi said...

waaaaaa bisnes women lah!! ada delivery tak? ekekekekke

Ardini Humaira said...

bestnye dapat jual kek... dni tak buat2 lagi ni hubby asik tanya :D

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

wah sunah, bt business plak. alhamdulillah, step by step...kdg2 teringin jgk nk wat cam ni, tp belum termampu. huhu

maszull said...

assalamualaikum sunah....tahniah bermula dr bawah...semoga akan berjaya hendaknya...;)

Aku Ibu Muda said...

gud luck...bisnes ni byk cabarannya...tp hidup ni, xde cabaran x mencabar la kan...hihiii

Iffah Afeefah said...

Smoge u kuat. Penat kan? Tp hasil air tgn tu berbaloi2

IBU GEBU said...

waaa... dah start amek oder eh?

keep it up sayang, kakak yakin awak boleh

kepuasan kita bila dapat hasilkan tempahan yg memuaskan hati pelanggan...sukar nak dgambar dgn kata2... penat pun tak rasa

hanya mereka yg melalui akan mengerti perasaan itu

kiera'sakura said...

kek akak sedap and berbaloi beli sbb tue org suka... nt nk try buat kek lapis akak.. kena cari masa yg sesuai nk tgu depan oven tue..ihihi

tamlegend said...

nak tempah juga leh?

aDisH.sHidA said...

tahniah sunah...semoga terus berkembang

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.