Setem Gambar Sunah Sakura?

July 20, 2012

Lambatnya bukak netbook hari ni.

Mengemas rumah sekejap, bersihkan kipas siling yang semakin berat, esok da nak puasa, ada tetamu akan tumpang bermalam. Kesian pulak kalo kipas tak berfungsi dengan baik.

Dah siap kemas semua, baru boleh bukak berita belek-belek Harian Metro online. Ade satu berita yang macam menarik sikit. Hikhik. Pasal SetemKu yang Pos Malaysia Berhad nak perkenalkan. SetemKu akan gunakan gambar milik pengguna kat setem tu. Tujuan dia nak tarik semula minat pengguna untuk kumpul setem. Nampak sangat lerr budak-budak zaman sekarang tak minat kumpul setem. =.=

Teringat masa kecik-kecik dulu. Entah macam mana la saya boleh ada hobi mengumpul setem ni. Mungkin disebabkan pengaruh contoh karangan "Hobi saya..." dalam subjek Bahasa Melayu kat sekolah rendah. Atau mungkin jugak pengaruh cara-cara menanggalkan setem dari sampul surat dalam subjek Sains. Eh, Sains ke? =.=

Kecik-kecik dulu rajin tulis-tulis surat kat kengkawan pena yang jauh di mata dekat di hati, so dapat la kumpul setem dari sampul-sampul surat diorang. Bapak pun selalu dapat surat dan poskad dari pakcik sedara yang duk study luar negara masa tu, haaa...huntunglaaa kan, dapat setem luar negara pulakkkk. Ada la dua album setem masa kecik-kecik dulu, satu untuk luar negara punya setem, satu untuk setem dalam negara. Mana ntah album-album tu sekarang ni. =.=

Bila Pos Malaysia nak buat program SetemKu ni, macam best lak kan? Kalo start bulan puasa ni pakai setem muka sendiri, syok la nak hantar kad raya. Wakaka~

Ni setem gambar Sunah Sakura.


Ade yang nak??? :p

You Might Also Like

11 Comments

  1. Pcm nak buat setem gambar tiffin biru...ok tak?

    ReplyDelete
  2. waahhh..bestnye! efa nakkk!!

    akk anta kad raye setem gambar akak..hehehe :D

    ReplyDelete
  3. Wah! Menarik nih.. Lepas nih berderet ler orang pakat anta surat guna setem muka sendiri.. Hikhik! ^^,

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut bulan ramadan & selamat berpuase...

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa sis~ Nanti jangan lupa kirm setem tu 1. Hihi :P

    ReplyDelete
  6. eii..xnak la..nnti org koyak pulak setem gmbr kite 2..hehe..kalu smpn xpe la jgk kn..

    salam ramadhan..selamat berpuasa ^^

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum sunah...bestnya mama pun nak satu boleh la kirimkn ek hehehehe...:)

    ReplyDelete
  8. klu dh kawen nak letak buat setem gmbr ngn pakcik imam la hikhik :p

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com