Soooo Malaysian!: Salah Hon - Sunah Suka Sakura dot com

Post Top Ad

Thursday, July 19, 2012

Soooo Malaysian!: Salah Hon

Erm. Al-kisahnye...

Situasi 1

Tempat: Simpang empat lampu isyarat tiga arah.
Masa: Lampu hijau ke kanan, lampu merah ke hadapan dan ke kiri.

Saya memandu kereta berlabel P menghampiri simpang lampu isyarat, mengambil line kanan. Ya, saya memilih line ini untuk membuat U-turn ke kanan.

Namun...

Ada kereta di hadapan sedang berhenti dengan tenang dan tanpa rasa bersalah. Sebab dia bukan nak ke kanan, tapi nak ke hadapan.

Saya biarkan saja, nak hon, rasa kesian, kang paksa dia gerak, dia kena langgar lak dengan kereta dari arah lain. Kawan sebelah dah mula 'panas'.

Situasi 2

Tempat: Simpang empat lampu isyarat tiga arah.
Masa: Lampu sedang merah untuk semua arah.

Saya masih di line kanan. Lampu bertukar hijau untuk laluan ke hadapan dan ke kiri. Kereta di hadapan mula bergerak. Maka, saya ke hadapan sedikit.

Oh, apakah??? Kereta di belakang mula membunyikan hon tak henti-henti.

Kawan sebelah: Ehhhh, dia tak nampak ke lampu isyarat tu???

Saya: Dia salah line la tu, nak gerak ke?

Kawan: Tak payah, kau da bagi signal kan? Dan ni line ke kanan. Dia yang salah.

Hon masih berbunyi bertalu-talu. Saya... Saya... Ye, saya tahu saya ada label P pada kereta saya... Tapi saya biarkan saja hon berbunyi sambil terus menunggu lampu isyarat ke kanan menjadi hijau.

Pemandu kereta belakang?

Dia membelok ke kiri bila tiada kenderaan dan menderum laju ke hadapan.



Oh, sooooooooo Malaysiannnn!

8 comments:

  1. erm..kalau akak di situasi 2..akak akan bg je signal kiri xperlu la nak hon bagai dah salah kita kan...

    apa yang sunah wat betul...

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Tak faham sebab belum belajar undang2 jalan raya..

    ReplyDelete
  3. kalau situasi 1 tu kadang2 ada jgk yg bkn sngaja nk duk line tu..kdg2 kita xbiasa dgn kwsan tu, xpernah lalu pun jadi xtau sistem trafik dia jenis camana..kalau duk line kanan trafik light xsama dgn line2 lain..prnh trjadi gak cmni..

    ReplyDelete
  4. Orang Malaysia sekarang ni mudah sangat panas baran.. kadang silap sendiri, tapi masih nak cari salah orang.. Ish2.. Sabar jelah..

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi? Terima kasih sebab tinggalkan komen~ ;)

Post Bottom Ad