BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, August 30, 2012

Last Minute...

deadline by `autumnights on deviantART

Bila semuanya datang last minute, memang rasa bingung.

Kalau bingung saje, takpe jugak. Ini bingung tambah tension. Memang lerr kannn, sape tak rasa tertekan bila ditekan. Nak kena siapkan sesuatu yang banyak dalam masa yang singkat. Dengan benda-benda yang tak berapa nak cukup pulak. Lagi la rasa stress. Ada jugak yang tak buat semua kang haa...

(Jangan…... Tu cara Allah nak limpahkan rezeki kepada hambaNya kan?)

Tambah lagi kalo da ade planning sendiri untuk satu-satu masa yang da ditetapkan. Hancur la planning tu, terpaksa drag untuk benda lain yang datang tiba-tiba tanpa kita jangka. Berjangkit kehancuran tu pada kerja-kerja sampingan lain yang tak kurang urgentnya.

(Kan da terjejas progress slide QoS mapping ni haaa...)

Sebab tu, da banyak kali orang duk ingatkan, tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada. Bila kita ada masa senggang, buat la apa yang sangat-sangat perlu kita buat masa tu, sebab kita tak tau ape yang akan muncul pada masa-masa akan datang. Seboleh-bolehnya bagi siap sume benda urgent dan tak urgent supaya ada lebihan masa untuk benda yang ad hoc di kemudian hari.

(Yang lain pun, plan la betul-betul masa korang, pleaseee fikirkan masa orang lain juga...)

Takde la jadi tension & haru-biru camni... =.=


P/S: Eh, merdeka eh esok? Jangan lupa tepati janji... =.="


Wednesday, August 29, 2012

Dia Yang Telah Pergi Dulu...

heaven's dead by ~jyoujo on deviantART

Tiada siapa tahu bila, di mana dan bagaimana.

Malah tidak mengira orang biasa mahupun orang luar biasa.

Jika Allah percepatkan, atau Dia berkehendak untuk dipanjangkan, segalanya hanya dalam satu masa yang tak terjangka.

Dan apabila semuanya telah berlalu, tiada lagi yang boleh diulang. Hanya mampu bermain dengan rasa kesal. Yang lama-lama akan turut hilang seiring dengan masa yang semakin merangkak pergi.

Tinggal yang masih teguh berdiri, sama ada mahu terus ditinggalkan pada sorotan masa paling belakang, atau mengambil peringatan, lalu berusaha menggapai sinar pada cahaya masa hadapan.

Kerana tidak semua yang ditinggalkan mampu memulakan langkah, melainkan dengan daya dan upaya dari Yang Memiliki Sekalian Jiwa.

Semoga semua yang ditinggalkan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari mendatang.


P/S: Al-Fatihah untuk arwah Tamjis bin Aspiah (6 Syawal, 6.50 pm) dan Prof. Datuk Dr. Marzuki Khalid (9 Syawal, 7.44 pm). Juga untuk sekalian muslimin dan muslimat yang telah meninggalkan kita.


Tuesday, August 28, 2012

Akhirnya Saya Bertukar Juga...

Dah lama nak buat, tapi takut banyak masa yang diambil.

Tapi alhamdulillah... Petang ni tadi, ada masa sikit, buat secepat yang boleh, akhirnya template blog ni berhasil juga ditukar. Daripada merah jambu yang dulu-dulu kepada hijau limau. Ermmm... Simple je... Tak canggih mana aihhh... Malas nak edit lelebih... Kang jadi haru biru lak~

So, lepas ni kalau tak berupdate jugak entri, tak tau lahhh~


P/S: Saja pilih hijau, sebab dia pilih coklat...


Wednesday, August 22, 2012

Masih Ingat Lagi... Setahun Yang Lepas...

Saya masih ingat lagi.

Entah rakan-rakan blogger yang sezaman dengan saya, masih ingat lagi atau tak. Setahun yang lepas, pada masa-masa macam ni lah, seorang demi seorang blogger mula menyepikan diri. Satu persatu blog mula menjadi sawang. Erk!

Hehehe...

Sebelum Syawal, sepanjang Ramadhan, masing-masing rajin menghapdet blog dengan perkongsian ilmu, alhamdulillah. Bila da raya, semua mula sibuk beramah-mesra dengan saudara mara dan sahabat handai. Masa untuk blog dah semakin kurang. Yang membaca entri sepanjang hari raya pun sama kurangnya. Sebab tu, kalau buat entri pada hari raya, kurang sikit pembacanya. Orang kata laaaa~~~

Bila semua da habis cuti raya dan kembali bekerja, semangat menghapdet blog tu da merundum jatuh. Entah nape, semua kengkawan blog pun mengalami penyakit berjangkit tersebut. Aktiviti 'tak menghapdet blog di hari raya' terbawa-bawa sampai selepas raya. Maka, jadilah blog bersawang seperti yang disebut di atas. Err...

Macam tu lah sejarahnyeeee~~~

Tapi ada jugak kengkawan blog yang masih rajin menghapdet sampai skang ni... Tahniah untuk diorang yang komited dengan blog. Yang da kurang tu, mungkin ada komitmen masing-masing yang lebih penting kan~ Kalau da malas pun, nak buat macam mana. Hehehe...

Ok ok...nak tunggu kengkawan datang ke rumah lak~

Selamat hari raya~ Maaf zahir batin~


P/S: Setahun yang lepas juga.......



Friday, August 17, 2012

Dah Ada Dua... Boleh Guna Raya Tahun Depan...


Gulpppp!

Terkejut bila van poslaju sampai rumah. Tapi bila tengok kotak tu, da boleh agak dah ape yang sampai dan sape yang hantar. Tak terjangka pulak, sebab Along kata mungkin boleh sampai hanya lepas raya. Tiba-tiba baru je tadi, kotak ni da sampai dah...

Alhamdulillah... Rasa lega sikit dah...

Akhirnya da ada dua langsir sebab mak da beli langsir baru semalam... =.=

Langsir ni boleh guna raya tahun depan la ye, tak pun masa majlis sape-sape ke nanti kannnnn... Errr...

Thanks semua yang memberi kata-kata semangat... Sayang semua~ Selamat hari raya~


P/S: Mak tak balik rumah lagi, kang terkejut dia tengok...


Wednesday, August 15, 2012

Dah Sampai Sarawak, Tapi Berbuka Waktu KL... =.=

Alhamdulillah.

Sampai juga ke Sarawak setelah terkocoh-kocoh mengejar waktu berlepas kat LCCT petang tadi. Sampai depan kaunter drop baggage jam 4.15. Flite 4.20 petang. Encik AirAsia kat kaunter buat muka bingung bila tengok boarding pass sambil sebut "haaa???"

Saya tanya, "dah tak boleh drop ye?"

Dia geleng, "tak boleh," sambil tengok beg saya. "Beg pun besar sangat ni, boleh boarding saje."

Saya hampa. Sama-sama bingung macam Encik AirAsia tu. Tak tahu nak buat apa. Kol labmate. Tanya pendapat. Dia suggest, tinggalkan ape-ape yang tak perlu. Try jugak bawak masuk bagasi yang beratnya 14 kg lebih tadi. Saya bingung, tak tahu nak tinggalkan apa.

"Tinggalkan langsir."

Terkedu. Terbayang wajah mak. Arghhh!!!

Terpaksa membuka bagasi kat depan boarding gate. Keluarkan langsir yang memenuhi hampir 80% ruang beg. Terus menimbang semula berat beg. 7.80 kg. Kali ini penjaga di boarding gate membenarkan masuk.

Tak sempat ucap apa-apa pada labmate, terus masuk boarding hall, pergi ke gate P9. Dah takde manusia yang berbaris. Mungkin sayalah orang terakhir. Alhamdulillah Allah takdirkan flite delay sebab cuaca kurang memberangsangkan. Naik flite bersama beg besar, duduk di kerusi kedua dari belakang, tak mampu nak duduk di kerusi yang sepatutnya kat depan sikit.

Duduk saja di seat tersebut, badan da terlalu lemah, berpeluh-peluh dan kepanasan. Mengantuk juga. Flite masih tak bergerak. Beberapa kali terlelap, akhirnya bila mata terbuka, nampak awan putih. Banyak kali juga flite bergegar menerobos awan tebal. Hinggalah Encik Pilot mengumumkan flite akan landing jam 7.10 malam. Waktu berbuka katanya 6.50 malam. Tak tahu waktu tu pukul berapa, tapi dengar juga orang duk tanya-tanya FA, FA cakap da lebih 6.50. Ok, tak bawak apa-apa untuk berbuka. So, tunggu je lah, mood nak berbuka pun da takde.

Bila da landing (terima kasih kepada Encik Penumpang yang tolong turunkan beg besar dari ruang atas seat), turun dari flite, jumpa family. Masa tu azan kat TV berkumandang. Waktu berbuka di KL. Susahnya dan beratnya hati nak bagitahu, tapi terpaksa juga bagitahu.

"Ade berita buruk, langsir ditinggalkan."

Wajah mak berubah. Allah...sedihnya hati saya. Tak tau nak kata apa. Sepanjang perjalanan dalam kereta pun mak banyak diam. Besar harapan mak nak tengok langsir baru, tak kesampaian pula. Maafkan saya, mak.....sebab dah kecewakan mak.

Masuk dalam kereta, berbuka dengan seteguk susu yang adik bawa. Lepas tu terus diam dan diam......dengan sedikit rasa terkilan dalam hati. Entah lah...

Apapun, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Ada benda yang Allah nak bagitahu, saya yakin dan percaya itu. Banyak benda yang saya belajar hari ni. Tak semua yang kita rancang, akan mampu tertunai kalau bukan dengan izin Allah. Dan kadang-kadang Allah tunaikan, tapi dengan cara yang tidak kita jangka-jangka.

Alhamdulillah...


P/S I: Terima kasih kepada labmate dan juga blogger Along Usop yang telah bertungkus-lumus memecut Sakura Ungu sampai ke LCCT. Rasa macam berlakon dalam movie KL Drift, Tokyo Drift gituuuu...=.=

P/S II: Kalau ada yang nak pulang ke Bintulu dari KL esok, gitau ye... Masih mahu berusaha...



Monday, August 13, 2012

Mungkin Entri Terakhir

Mungkin ni entri terakhir sebelum balik bercuti beberapa hari  lagi.

Kat rumah tak tau sempat ke tidak nak bukak laptop dah. Facebook pun semakin sunyi sebab internet kat rumah tak dapat menampung akaun Facebook saya yang beratnya entah berapa Mbps...=.=

Hari ni jumpa Dr, bincang sikit tentang perjalanan research. Dalam hujung bulan 11, thesis da nak kena submit. Jadi, ada tiga bulan lebih saje lagi untuk saya bergelumang dan bergelut jiwa raga dengan research saya yang em em em...susah nak describe. =.=

Hurmmm... Sedar tak sedar, tinggal berapa hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Wuwuwu... Rasa macam tak cukup lagi amal ibadah yang saya buat bulan Ramadhan ni, da nak raya dah... Saya is sedih sangat-sangat.... T____T

Apapun, kalo tak sempat untuk saya beronline lagi lepas ni, mohon maaf zahir dan batin atas salah silap secara sedar mahupun tidak kepada semua pembaca blog samada yang bising ataupun senyap, penumpang lalu sekejap, penstalker, pen hitam, pen biru..eh...! Harap dimaafkan...

Selamat memperbaiki amal pada hari-hari terakhir Ramadhan dan salam Aidlifitri kepada semua... Moga Allah terima amalan kamu dan amalan kita semua... Ameen...


P/S: Dr cakap, kena banyak Qiamullail lagi di penghujung Ramadhan ni...saya cakap, Qiamullail buat kek lapis, Dr? Err...


Thursday, August 9, 2012

Sakit Tekak?

Gambar: RAPI 1 Ogos 2012
Bulan-bulan puasa ni mesti ramai yang sakit tekak kan? Ermmm...untuk melegakan sakit tekak tu, elok lah kalo sejukkan kerongkong dengan benda-benda sejuk macam ais krim Mat Gebu yang enak dipandang, sedap dimakan ni...=.=

Gambar: PASTRY POCKET ICE CREAM
Tapiiiiiiiiiii jangan buat tekak tu terkejut sangat pulakkkk gi berbuka dengan aiskrim Baskin Robbins. =.= Makin sakit jadinya kang haa...buat pelan-pelan kayyy...ikut sunnah Rasulullah s.a.w, berbuka dengan kurma atau benda manis...*aiskrim manis peee* Bagi tekak sesuaikan diri jap, baru telan ais krim sebijik dua. Ehehe...

Ehhhhhhhhhhh, stop, stop!!! Awal lagi ni! Tunggu Maghrib kang!


P/S: Maka, percayalah...aiskrim boleh merawat sakit tekak dengan sekelip mata.


Benda Paling . . . Bila Ada Lebih Dari Satu


Benda paling tak tau nak describe apa perasaannya, bila kamu ada lebih dari satu blog...

Adalah bila kamu publish entri yang sepatutnya kat blog ni, tapi terpublish kat blog lagi satu pulakkkkkkkkkk. =.=

Contohnya entri yang INI...

Patutnya saya publish kat blog ni. Tapi terpublish kat sana pulak. Tu maksudnya da mengantuk sangat la tu sampai tak cek tengah taip new post kat blog mana satu. Main upload, taip, publish ajeeee. Kan da salah blog... =.=

Da jadi gitu, tak reti-reti lagi nak tido ke?

Errr...baiklah.

Selamat pukul 2.44 pagi dan selamat bersahur semua.


Thursday, August 2, 2012

Jom Iftar KFC Sabtu Ni!

Nisa' GP

Moh lerrr...sesambil bertadarus tunggu masa berbuka, boleh kita berkasih sayang antara satu sama lainnn...

Gegurlsss only kayyy~ ^_^


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.