BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, September 30, 2012

Akukah Itu?

Teyramisu



Friday, September 28, 2012

Ape Maksudnye Tu?

Dashboard Sakura Ungu

Cermin depan Sakura Ungu

Ape maksudnye tu?

Faham-faham je le...=.="


Tuesday, September 25, 2012

Silence...

tumblr



Tuesday, September 18, 2012

Bila Teringin...

Sejak akhir-akhir ni banyak teringinkan sesuatu.

Teringin nak ada car modulator. Teringin nak ada smartphone macam HTC One X. Tengok housemate tukar henset dia dengan adik dia dan sekarang ni tengah pakai blackberry, teringin pulak nak ada blackberry sebiji. Senang sikit nak online di mana-mana kononnya.

Kekadang timbul rasa teringin nak jenjalan jumpa kengkawan jauh nun di sana. Teringin nak bawak adik jenjalan sekali. Belom pernah lagi bawak dia jenjalan nek Sakura Ungu sejak dipetik ujung bulan Mei yang lalu. Petik bunga 'Sakura Ungu' la, bukan petik pinang-pinang tu. =.=

Malah teringin nak pasang spoiler kete pun ade jugak.

Banyak benor teringinnya.

Semua pun yang teringin tu kena guna duit. Haiyoo... Bila fikir-fikir balik, semua yang teringin tu bukan la keperluan sangat pun. Kehendak je banyak. So, bila terdetik aje rasa teringin tu, terus geleng-geleng kepala lelaju..."hishhh, tak payahhh duluuuu."

Ade benda lain yang lebih perlu pada duit tu.

Kan?


Monday, September 17, 2012

Kerana Hati Ini Punya Rasa...

Orang kata...

Hati halus wanita punya daya firasat yang sangat tinggi. Boleh rasa kalau ada something yang tak berapa nak kena. Tak kisah lah, pada orang yang rapat dengan mereka atau pada diri mereka sendiri. Kadang-kadang apa yang diteka-teki dalam hati rupanya petunjuk Allah tentang sesuatu.

Pernah satu ketika dulu, daya firasat dalam hati itulah yang membuka mata hati saya tentang sesuatu. Satu rasa seperti dipermain-mainkan dan diperbodohkan, seperti ada sesuatu yang disembunyikan dan rasa seperti saya sedang ditipu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan yang membuat tipu daya.

Dan Allah mengurniakan para sahabat yang thiqah. Yang boleh memberi kata pandangan dan nasihat. Yang berkongsi buah fikiran untuk kita mula berfikir dalam-dalam. Lalu kemudiannya segala kekusutan telah terlerai atas keyakinan yang tinggi dalam hati. Tanpa dijangka atau memang seperti dijangka, apa yang bermain dalam hati itu rupa-rupanya benar belaka.

"Dan mereka membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." [al-Imran: 54]

Kerana sifat itu, seorang ibu boleh merasa apabila anaknya dalam kesusahan di kejauhan.

Namun, Allah jugalah Tuhan yang Maha Mengetahui akan segala yang ada di langit dan di bumi. Moga kita semua diberi petunjuk untuk memilih mana yang terbaik menurutNya dalam hidup kita...

Moga semuanya juga dalam lindungan Allah selalu...


Thursday, September 13, 2012

Eh, Dia Tak Buat Apa Yang Aku Buat!

Orang cakap jangan bodoh sombong.

Dah la tak tau ape-ape, sombong pulak tu, taknak bertanya pada yang lebih tahu. Ish ish ish. Lama-lama hanyut sendiri sebab tak pernah tahu.

Memang la tak semua orang tahu ape yang kita nak tahu. Dan tak semua benda yang kita tahu, orang lain tahu. Selagi kita tak bersuara dan tak bertanya, sampai bila-bila pun kita tak akan tahu ape yang kita nak tahu sesangat tu! *Jangan pening dulu*

Yup, bidang semua orang berbeza-beza. Apetah lagi kalau da makin panjang gading gajah yang nak dicapai. Makin la kecik skop bidangnye. Jadi was-was la nak bertanya sebab rasa macam "eh, dia bukan buat ape yang aku buat, mesti dia tak tahu!"

Ohohoi~

Cer tanya dulu, in case la kan tetiba tempat bertanya tu ada cabang-cabang dan cawangan lain (eh, kawan-kawan maksudnya...bukan cawangan nombor 1 sampai 4 tu). Tetiba lak kan, bukan tetiba sayang oii~ Tapi dengan takdir Allah, ade kengkawan dia buat benda yang sama, paling kurang pun ada 0.0000001% sama dengan ape yang kita buat, haaaaa~

Kan boleh tolong tuuu... Kalo tak sama sangat pun, ada ilmu sikit-sikit pasal something yang kita nak tahu, terbaca kat mana-mana ke, boleh la diorang tolong kita kan. Tu baru namanya berkongsi ilmu. Berkongsi ilmu tu dapat pahalaaaa.

Sharing is caring what!


P/S: Baru tahu, rupanya banyak lagi benda pasal WiMAX yang saya tak tahu. =.=


Tuesday, September 11, 2012

Aik, Peliknya...

Pelik sesungguh sejak sebulan dua ni.

Disebabkan da kurang update blog, takde la banyak pengunjung yang datang ke blog. Makin lama pun makin suram semacam aje blognye. Tapi ada jugak la kan pengunjung, alhamdulillah. Bila scroll ke bawah nak tengok entri mana yang selalu dibaca tu, gulppp~ Awat la entri cerpen tu tetiba ramai yang baca? =.=


Cek statistik, takde pulak backlink or referral individu. Tapi nampak kat bahagian keywords: cerpen cinta.

Ooooooooooo...ramai jugak ye yang suka baca cerpen secara online. Kalo dulu-dulu, kita beli buku antalogi cerpen, koleksi-koleksi cerpen kat kedai buku. Sekarang, teknologi kat hujung kuku jari membolehkan peminat-peminat cerpen menggoogle saje jenis-jenis cerpen yang diorang nak. Tak payah da berabis duit kat kedai. Cuma perlu berabis duit untuk internet saje. Hohoho~

Tapi tapi tapi...kalo cerpen kat internet saje ni, jangan la expect ia sebaik cerpen yang da diterbitkan kat buku-buku. Sebab yang kat internet ni takde penyunting mahupun penerbit. So, kalo macam tak best, susunan plot semacam aje, then banyak typo tu biasa la kannn. Kuikuikui.

Apepun, ade ramai gak rakan blogger yang terer bab-bab cerpen ni. Kalo nak pi jenguk, boleh belek-belek archive or sidebar diorang ni~ ^_^



Wednesday, September 5, 2012

Hodgkin’s Lymphoma... Lagi Ilmu Baru...

Siti Hajar Hassan & Zainulfaqar Yaacob

Maklumat lanjut di Facebook

Apa itu limfoma?

Limfoma merujuk kepada barah dihasilkan daripada sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali kelenjar limfa), timus, limpa, tonsil, adenoids (pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung) dan sum-sum tulang (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan. Dalam limfoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik meningkat tanpa kawalan.


Jenis limfoma

Ada dua jenis, bergantung kepada bentuk sel barah (malignan). Ia dikenali sebagai Hodgkin’s Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan Non-Hodgkin Lymphoma (NHL).

  • Hodgkin’s Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, pelajar dan pakar perubatan pertama menerangkan penyakit itu pada 1832. Jenis ini biasa ditemui pada kanak-kanak dewasa atau remaja. Lymphoma jenis ini didefinisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ terbabit.
  • Non-Hodgkin’s Lymphoma. Gelaran ini digunakan terhadap semua jenis Lymphoma. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat kanak-kanak meningkat remaja. Dalam non-Hodgkin’s Lymphoma, ada peningkatan jenis limfosit yang spesifik (iaitu sejenis sel darah putih di kelenjar limfa).

Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti barah darah leukemia, kadangkala menyukarkan untuk mengenal pasti antara limfoma dan leukemia di kalangan kanak-kanak.

Pada amnya, pesakit yang menghidap limfoma tidak membabitkan sum-sum tulang atau sedikit saja, manakala pesakit leukemia pula membabitkan sum-sum tulang secara menyeluruh.

Walaupun kedua-dua jenis ini terjadi daripada sistem limfa, ia membabitkan bahagian badan berlainan, merebak secara berlainan juga bertindak terhadap rawatan secara berlainan.


Simptom limfoma

  • Cepat letih
  • Hilang berat badan
  • Demam
  • Kesukaran untuk menelan
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Pembengkakan nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan kembung dan ketidakselesaan yang menyekat saluran najis dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah.
  • Pembesaran timus atau noda limfa di dada yang mengakibatkan penekanan saluran udara, menyebabkan pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran bernafas.
  • Kegatalan kulit dalam kes-kes Hodgkin’s Lymphoma
  • Noda limfa yang terletak di permukaan biasanya tidak sakit, oleh itu ia terus membesar tanpa disedari.

Bagaimana mahu mengenal pasti limfoma?

Sambung SINI


Monday, September 3, 2012

Tak Sempat Nak Malu

Disebabkan tempat cuci kereta penuh, saya berniat untuk mengepam angin tayar.

Maka, saya pergi stesen minyak macam biasa. Bukan belum pernah buat sebelum ni, da buat berkali-kali. Tapi tak sampai lima kali. Macam selalu, set kan angin dan bukak tudung-ape-ke-nama-ntah tayar depan kereta. Cucuk juga macam selalu.

Tapi hasilnya tak macam selalu.

Tayar tak semakin berisi, tapi semakin kempis. Pancit. Saya dan housemate dah gelabah. Kenapa jadi macam ni pula? Selalu ok aje. Duhhhh! Saya cuba pakai pam sebelah pula. Masih sama. Arghhh!!! Macam mana nak balik kalau macam ni?

Saya pandang housemate, dia pandang saya balik. Saya baca notis pada mesin pam angin.

'Sila hubungi stesen jika perlukan bantuan.'

"Hubungi macam mana ni???"

Housemate gelak. Sempat pula buat lawak time macam ni.

"Nak panggil abang tu lahhh!!!"

Bila abang tu datang, dia try guna mesin pam depan kereta saya. Aik, rosak ke? Bila dia try pam sebelah sana, baru la ok. Akhirnya tayar pun kembang balik. Terima kasih abanggg~ (Tapi saya rasa dia adik lagi lah... =.=")

Tu la, orang kata jangan malu bertanya, nanti sesat jalan. Saya ni tak sempat nak malu, dah sesat jalan dah. Eh, betul ke ayat saya ni? =.=

Ape-ape je la.


P/S: Orang kata better pam kat bengkel daripada pam kat stesen minyak, betul ke?


Sunday, September 2, 2012

Mulan Suka Pashmina Purple Ni... =.=

Siyes!

Budak Mulan ni suka giler dengan pashmina purple yang baruuuuuuu lagi ni haaa. Masa kita tengah bersiap-siap depan cermin, pusing belakang nak amek pashmina yang saja bentang atas karpet, tengok-tengok dia dah alahaiiiiii...........


Sedap bebenorrrr tido atas pashmina kita yeeeee~~~


Tengok tu, orang amek gambar curik pun tak sedarrr!


Siap pusing alih posisi pulak dahhhh!


Opps opssss!!! Dia dah sedar wehhh!


Mulan: Hahhh...tuan aku da nak keluar ke?


Mulan: Takmo bagi! Pura-pura tido balik.

Kekurangan kasih sayang agaknya si Mulan ni, tu yang pi baring atas pashmina... Takmo bagi tuan dia keluar... =.="


P/S: Best cite The Expandables 2... Worth watching... *Orang lain da lama tengok*

Saturday, September 1, 2012

Seperti Daun Yang Gugur...


Mari!



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.