Kerana Hati Ini Punya Rasa... - Sunah Suka Sakura dot com

Post Top Ad

Monday, September 17, 2012

Kerana Hati Ini Punya Rasa...

Orang kata...

Hati halus wanita punya daya firasat yang sangat tinggi. Boleh rasa kalau ada something yang tak berapa nak kena. Tak kisah lah, pada orang yang rapat dengan mereka atau pada diri mereka sendiri. Kadang-kadang apa yang diteka-teki dalam hati rupanya petunjuk Allah tentang sesuatu.

Pernah satu ketika dulu, daya firasat dalam hati itulah yang membuka mata hati saya tentang sesuatu. Satu rasa seperti dipermain-mainkan dan diperbodohkan, seperti ada sesuatu yang disembunyikan dan rasa seperti saya sedang ditipu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan yang membuat tipu daya.

Dan Allah mengurniakan para sahabat yang thiqah. Yang boleh memberi kata pandangan dan nasihat. Yang berkongsi buah fikiran untuk kita mula berfikir dalam-dalam. Lalu kemudiannya segala kekusutan telah terlerai atas keyakinan yang tinggi dalam hati. Tanpa dijangka atau memang seperti dijangka, apa yang bermain dalam hati itu rupa-rupanya benar belaka.

"Dan mereka membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." [al-Imran: 54]

Kerana sifat itu, seorang ibu boleh merasa apabila anaknya dalam kesusahan di kejauhan.

Namun, Allah jugalah Tuhan yang Maha Mengetahui akan segala yang ada di langit dan di bumi. Moga kita semua diberi petunjuk untuk memilih mana yang terbaik menurutNya dalam hidup kita...

Moga semuanya juga dalam lindungan Allah selalu...

6 comments:

  1. sebab tue bila ada rasa dalam hati kena selidik dlu menda tue betol atau tak kan, kena mohon petunjuk Allah sebab kdang kita sendiri tatau tue hasutan syaitan atau ape kan kak

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi? Terima kasih sebab tinggalkan komen~ ;)

Post Bottom Ad