Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Sempat Nak Malu

Disebabkan tempat cuci kereta penuh, saya berniat untuk mengepam angin tayar.

Maka, saya pergi stesen minyak macam biasa. Bukan belum pernah buat sebelum ni, da buat berkali-kali. Tapi tak sampai lima kali. Macam selalu, set kan angin dan bukak tudung-ape-ke-nama-ntah tayar depan kereta. Cucuk juga macam selalu.

Tapi hasilnya tak macam selalu.

Tayar tak semakin berisi, tapi semakin kempis. Pancit. Saya dan housemate dah gelabah. Kenapa jadi macam ni pula? Selalu ok aje. Duhhhh! Saya cuba pakai pam sebelah pula. Masih sama. Arghhh!!! Macam mana nak balik kalau macam ni?

Saya pandang housemate, dia pandang saya balik. Saya baca notis pada mesin pam angin.

'Sila hubungi stesen jika perlukan bantuan.'

"Hubungi macam mana ni???"

Housemate gelak. Sempat pula buat lawak time macam ni.

"Nak panggil abang tu lahhh!!!"

Bila abang tu datang, dia try guna mesin pam depan kereta saya. Aik, rosak ke? Bila dia try pam sebelah sana, baru la ok. Akhirnya tayar pun kembang balik. Terima kasih abanggg~ (Tapi saya rasa dia adik lagi lah... =.=")

Tu la, orang kata jangan malu bertanya, nanti sesat jalan. Saya ni tak sempat nak malu, dah sesat jalan dah. Eh, betul ke ayat saya ni? =.=

Ape-ape je la.


P/S: Orang kata better pam kat bengkel daripada pam kat stesen minyak, betul ke?

Post a Comment

10 Comments

  1. xdela

    ai rase kat bengkel die ske tpu

    pdahal xkne bayar pon

    ReplyDelete
  2. akak mmg fail bab pam angin. baik keter hingga ke basikal.
    hahaaaa

    ReplyDelete
  3. pernah jugak jadi macam ni....trauma rasa nak pam tayar.haha

    ReplyDelete
  4. akak pernah jadi mcm ni.tp tayar motor..huhu..lepas tu dah x berani pam sendiri..selalu nya g bengkel je

    ReplyDelete
  5. hehe tak penah pam sendiri, tak pandai. bawak g bengkel je sunah. =)

    ReplyDelete
  6. apa yg salah nya akak x tnye adik tue? huuu besa la kak lama2 nt ok la tue kira dlu pun cm tue gak pestime pam tayar suh along ajarkan hihihi

    ReplyDelete
  7. haah...rasanya pam kat bengkel lagi senang...sebab pam kat stesen minyak ni mcm mabuk2 sikit...pernah gak jadi jd mcm Sunah ni...

    ReplyDelete
  8. sy tak reti pun..
    hishh. kalo da ada kete nanti macam mana la agaknya. huu~

    ReplyDelete
  9. women! wakakaka.. ;-p

    better bawak pi bengkel ja.. ada org tolong pam kan.. hehehe..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com