BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, October 25, 2012

Aku Yang Berdosa...

cherry blossoms. by ~pixelstitched on deviantART

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan-Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

- Shahir - Aku Yang Berdosa -


Pengorbanan dalam Islam adalah memberikan segala sesuatu yang paling kita sayang demi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Semoga apa sahaja yang kita korbankan untuk agamaNya, dengan niat atas namaNya, diterima olehNya dan ada nilainya walau hanya sebesar zarah pada pandanganNya...

Ameen...

Salam Aidil Adha buat semua...


Kerna Tidak Sempurna

Cherry Blossom by ~Jez92 on deviantART

Menyorot kisah di sebalik kata-kata dia, membuatkan air mata menitis.

Kerna diri juga begitu. Kadang-kadang hadir rasa benci tanpa sebab. Benci hingga sosok tubuh yang melintas pun langsung tidak mahu dilihat, apatah lagi pada wajah yang langsung tidak mahu ditatap. Benci yang kadang-kadang menyebabkan kasih sayang terbahagi-bahagi tidak sama rata.

Mungkinkah kerana tingkah dan laku yang kurang disenangi, atau mungkinkah kerana laluan perjalanan yang tidak sama, atau mungkinkah tanpa sebab, benci itu hadir tanpa diminta.

Benci itu kadang-kadang membuatkan diri berfikir panjang. Kenapa sampai begini sekali rasa benci hadir? Kenapa hanya pada sesetengah manusia, benci ini meluap-luap hingga kadang-kadang rasa berat untuk melayan kata-kata?

Kala duduk berteleku sendiri, muhasabah menginsafi diri, terdetik rasa belas dan kasihan pada yang dibenci-benci. Teringat akan kisah hamba Allah yang ditanya di akhirat tentang saudaranya yang tidak sempat mendapat hidayah. Sedang dia yang faham dan sentiasa bersama saudaranya, tidak pula pernah berusaha untuk mendekati dan membawanya bersama-sama ke jalan yang benar. Membiarkan saudaranya terus terkontang-kanting dalam kegelapan, dan akhirnya menemui Tuhan tanpa sempat mendapat keampunan. 

Naudzubillah!

Tidak mahu lagi membenci, mohon jauhkan dan hapuskan terus segala perasaan itu.

Kerna diri ini tidak sempurna, dan sedang berusaha menjadi yang terbaik.

Maafkan... Maafkan...


Tuesday, October 23, 2012

Untuk Tiga Hari...

FKAB, versi lama... Sekarang da ada perkataan "DAN ALAM BINA" kat nama tu...

Dah tiga hari kat sini.

Dari hari Ahad hari tu. Ahad tu, sampai aje UKM Bangi, terus gi Dewan Gemilang, cari adik kecintaan yang sedang bertugas menjaga booth Occupational Therapy. Berpusing dua kali jugak sebab terlajak tempat nak parking. Tak biasa kat tempat tu kan, nak buat macam mana...=.="

Lepas jumpa adik, jumpa pulak adik blogger Along Usop. Dia la yang tolong sewakan bilik hostel kat Za'ba. Bersusah-payah tu dia dapatkan bayaran terendah. Maka, haruslah saya belanja dia makan malam tu bersama-sama adik saya. Kikiki. So, sesapa yang teringin nak cari bilik hostel kat UKM lenkali boleh berunding dengan Along Usop kayyy~

Lepas makan, kami pergi ke kolej, tengok bilik. Adik ikut sekali. Ok, saya ada roomate, dan dia adalah junior kepada blogger Azlini Mustofa a.k.a Cik Pulau. Hewhewhew. Dia ada kat sini sebab konvo. Oh ye, dia konvo hari ni! Tahniah Farah! Moga lebih sukses dan jadi cikgu berwibawa lepas ni! ^_^

Bila da dapat tengok bilik dan kenal roomate, masa untuk hantar adik balik ke Dewan Gemilang. Masa ni, Along Usop da takde, da menghilang tanpa jejak. Bhahaha. Ape lagi, redah aje laaaa jalan mencarik dewannye. Alhamdulillah, senang nak jumpa. Berpisah dengan adik, gerak pulak balik ke kolej. Haaa, salah jalan lagi nkoo! Tapi jumpa jugak lepas tu. Thanks GPS! :p

Hari kedua la saya da kena terus mendaftar untuk bengkel Network Simulator 2. Ke FKAB jam 8 pagi, sebab dalam poster tulis registration kul 8 pagi. Sampai depan Bilik Mesyuarat Fakulti, eik, takde sape punnn. Kat situ jugak la saya bukak netbook, carik contact number organizer bengkel tu. Mr. Ibrahim cakap, "you can come at 8.30 for registration."

Owhhh, ada rupanya. Ingatkan batal. =.="

Sementara menunggu jam 8.30 pagi, saya pun merayau-rayau kejap kat area berdekatan, survey surau wanita kat mana, lif kat mana, tempat leh duduk lepak kat mana, dan sebagainya. Then, saya gi Bilik Mesyuarat Fakulti balik, da ada orang punnn~ Alhamdulillah, dapat register dan bayar yuran RM50 dengan adanya keahlian IEEE.

Hari pertama banyak bercakap pasal introduction untuk Network Simulator 2. Dan sebenarnya, bengkel ni lebih kepada untuk beginner yang masih tak tau sama ada nak guna software mana untuk research diorang (so, untuk yang da guna Network Simulator 2 tu, bukan takleh datang, cuma jangan kecewa kalo tak sampai apa yang korang nak). Suka part Prof. Dr. Mahamod Ismail bercakap, dia kongsi pasal kes-kes student masa viva. Ramai guna Network Simulator 2, tapi hanya keluarkan graf. Dari mana dan macam mana graf tu keluar, diorang tak tahu. Itu la mashaalahnyeeeewww~ =.="

Student PhD beliau, Mr. Ghassan A. Abed pulak awal-awal da pesan, sebelum amek keputusan nak guna NS2, fikir masak-masak dulu dan cuba cari alternatif lain. Kalau betul-betul da terdesak nak guna, bersedialah untuk sentiasa berada dalam kekeliruan yang berpanjangan. Hambekk nkoo~ Down beb dengar dia cakap camtu! T_T

Tapi down tak lama, sebab lepas Zohor, jumpe kengkawan yang buat benda hampir sama ngan kita. Walaupun diorang tak guna NS2, (ada gak yang guna) diorang share la apa yang diorang buat, dan suggest ape yang patut kita buat. Kita rasa bersemangat la kan nak buat yang terbaik macam diorang, insya'Allah~ Hari kedua ni jugak lah saya belajar install NS2 dalam Windows 7. Sebelum ni tak pernah tahu pun boleh install NS2 directly, hanya pernah tahu buat dual boot OS atau pun guna virtual box untuk install benda alah tu. =.="

Hari ketiga, banyak buat exercise dengan tutorial. Yang ni da pernah explore sendiri dulu-dulu. Bila ulang balik ape yang pernah dibuat dulu, terdetik pulak ape yang patut saya buat lepas ni untuk master saya. Alhamdulillah Allah bagi ilham, cuma kena lebih berusaha kannn~ Da terlalu-lalu-lalu-lalu-laluuuuuu suntuk masa sekarang ni haaa! >_<

Hari ni jugak, saya dapat simpulkan, ada beza antara berbahas dengan penuh kelembutan dan berbahas dengan emosi. Kalau kita nak bagi pendapat kita kat orang, dan andai bercanggah sekali pun, kalau terlalu ikutkan emosi dan tertegang urat leher, orang lain susah nak faham apa kita nak. Tapi bila kita explain dengan lemah lembut dan berhemah, berdessuuupppp masuk ke dalam dada, terus fahammmm dan dapat ilmu baruuu! Fuhhh~ Tapi saya dengar je la diorang bertukar-tukar pendapat, nak menyampuk terkelu lidah, nkoo!

Apepun, macam tu jugak la kan, dalam pergaulan kita seharian dengan orang lain di sekeliling kita. Bercakap dengan emosi dan bercakap dengan ilmu tu berbeza, k? ;)

Untuk tiga hari ni, tu la yang boleh saya kongsi. Panjang pulak kan entri saya akhir-akhir ni, tu sebab da jarang update, sekali update panjang berjelaaaa. Takmo baca, sudah!

Bila keluar dari tempurung, baru kita sedar, ada orang lain yang lagi tak tahu apa-apa dari kita...#Muhasabah


P/S: Hari ni saya dapat roomate baru pulak, kakak keja pejabat polis, dia amek master psikologi wooo~~~


Saturday, October 20, 2012

Dari Samurai Untuk Sakura

Cherry Blossom by ~glarbinator on deviantART

Memang bukan mudah untuk melihat sakura berkembang mekar.

Menjadi sebatang pokok yang betul-betul tegap berdiri pun mengambil masa yang begitu lama sebelum akhirnya berbunga setelah tiba musimnya. Bukan dalam sekelip mata.

Yang menanam pokok sakura di halaman rumahnya, tentu sentiasa menunggu saat ia berbunga. Ternampak sahaja kudupnya terbentuk di hujung-hujung musim sejuk, pasti hati empunya pokok rasa berbunga terlebih dahulu. Subhanallah, menjadi juga yang ditanam, bibir memuji-muji Illahi atas nikmatNya biarpun pokok sakura belum betul-betul berbunga mekar.

Kala ia masih dalam kudup-kudup itu, risau si empunya jika kudupnya tidak memekar indah. Kerna kadang-kadang kumbang perosak akan datang mengusik. Sedang sang burung dan rama-rama pun tidak mampu menjaga pokok sakura dengan baik, kerna Yang Menciptanya lebih kuat dari segalanya di dunia, maka empunya pokok tidak putus-putus meminta setiap ketika.

Tuhan, berikan sakura peluang untuk memekar indah. Titipkan walau setitis kasihmu pada kudup-kudup sakura itu. Dengan sebaiknya ia berusaha membentuk, memelihara, dan menjaga dirinya sehingga saat ini. Maka lindungilah dari kumbang perosak. Andai bergoyang ditiup angin lembut sekalipun, biar ia seketika cuma. Jangan ia goyah lalu gugur terus, kerna dunia di hadapan yang menanti lebih banyak ranjau dan duri.

Itu doaku untuk sakuraku sentiasa.

Ameen.

Dulu, aku selalu berada dalam diri sakura. Di sini biar aku bertukar tempat menjadi samurai.


P/S: Alhamdulillah. Sungguh saya bersyukur. Moga Allah tetapkan hati awak agar istiqamah menyusuri jalan yang awak pilih.


Friday, October 12, 2012

Akhirnya Taip Jugak...


Tak tahu nak pergi ke tak.

Tak dapat nak memilih. Ya, memang bagus bengkel ni untuk saya yang tak tahu apa-apa tentang NS2, tapi di penghujung-penghujung study macam ni terpaksa bergelumang dengan benda ni.

Kalau bukan kerana ada benda lain yang nak dibuat pada minggu tu, memang da terus klik daftar online tanpa berfikir panjang lagi. Tapi disebabkan minggu tu adalah minggu terakhir sebelum raya Aidil Adha, berfikir banyak kali juga sama ada nak pergi atau tak.

Kerana saya da merancang awal dan simpan tarikh 23-24hb untuk urusan tempahan kek, 25hb dah nak gerak ke KL untuk jumpa adik kat sana, jadi pertindihan jadual pulak kat situ. Tapi, tak salah juga kalau saya terus stay kat KL sampai hari raya Aidil Adha.

Cumanya...saya risaukan tempahan kek. Kalau pelanggan ok dengan tarikh yang lebih awal, dan terjamin kek diorang tak rosak (ada pelanggan yang takde peti ais) kalau dapat lebih awal dari yang dijanjikan, ok la kan?

Dan akhirnya saya lah yang akan kelam kabut kat situ nak siapkan segala benda, sebab da tentu la saya kena gerak 21hb. Hurmmm.

Kalau saya pergi bengkel tu pulak, nak duduk kat mana dua hari tu dan hari-hari seterusnya sebelum jumpa adik? Dengar katanya, UKM ni ketat sikit peraturan dia, tak bagi orang luar menumpang, apatah lagi kalo kereta tanpa sticker UKM masuk dalam. *Huk aloh, macam tak pernah buat sebelum ni!*

Ada jugak terdetik di fikiran, gi bengkel ni, then balik JB terus, jumpa adik kejap aje, tak payah nak balik raya ke ape. Tapi...

Mungkin saya perlu menambah lagi bicara dengan Allah, hingga dapat jawapan untuk dilema ni.


P/S: Dan kadang-kadang mungkin kita perlu masa untuk diri sendiri apabila semuanya semakin serabut, segera menyisih kerana bimbang akan ada yang tanpa sengaja dilukai tanpa sebab. Maaf, rasa nak marah membuak-buak.


Sunday, October 7, 2012

Ustaz Sharhan Kongsi Tanda-tanda Terkena Sihir, Saka dan Gangguan Jin

Ceramah Membongkar Rahsia Saka dan Jin

Tajuk macam berita pun ada kan?

Tak kisah lah. Yang penting, nak share banyak benda menarik yang Ustaz Sharhan dan Ustaz Rifki (ganti Ustaz Ismail) kongsi masa ceramah malam tadi.

Bermula dengan sedikit mukaddimah dari Ustaz Sharhan, semua hadirin yang dengar ceramah belajar cara-cara nak scan kalau-kalau ada gangguan. Ustaz kata, selalunya makhluk halus ni duduk antara tulang belikat kita. Tulang belikat tu dekat belakang kita ni ha. So, kalau nak tau orang tu ada gangguan atau tak, ustaz ajar genggam tangan kanan dan baca satu ayat yang sangat mudah ni.

"Bismillahirrahmannirrahim... Bismillahi Masya Allah..."

Tiup dalam genggaman tangan kanan tadi, then tepuk kat antara tulang belikat orang yang disyaki kena gangguan (jangan tiru aksi ini di rumah tanpa ilmu, kang sape nak tolong 'pegang' yang terkeluar].

Subhanallah. Ayat yang pendek dan ringkas tu, kalau kena dengan caranya dan dengan izin Allah, masa tu jugak Allah tunjukkan tanda-tandanya. Macam malam tadi, ada dua orang yang terus tunjuk tanda-tanda ada gangguan lepas kawan diorang tepuk belakang dengan ayat tu. Alhamdulillah, ustaz memang prepare krew dia awal-awal in case kalau jadi camni.

Then, ustaz share tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga. Antaranya:

Dalam tidur:-

  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
  • Mimpi benda-benda tajam.
  • Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
  • Mimpi salib.
  • Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
  • Susah tidur malam.
  • Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
  • Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
  • Mimpi binatang.
  • Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.


Dalam jaga:-

  • Berdebar tanpa sebab.
  • Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
  • Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
  • Sakit belakang, rasa berat belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mengantuk dalam majlis ilmu.

Ustaz pesan, kalau ada tanda-tanda kat atas ni, cepat-cepat lah tangani. Dan untuk mimpi-mimpi tu, hendaklah berlaku dalam 3 tahun kebelakangan ni, kalau berlaku masa tadika, mimpi tu tak sah. =.="

Ustaz Rifki pulak berkongsi tentang orang yang hantar sihir melalui Facebook. Haa...ada jugak ke??? Maksud ustaz kat sini, ada kes sebelum ni, isteri orang tu terkena buatan orang, tetiba tersuka dengan duda yang dia kenal kat Facebook padahal dia da bersuami da pun dan ada tiga orang anak. Sampai dah nak tinggalkan keluarga dia untuk ikut duda tu, lalu suami dia ajak dia berubat. Kalau betul isteri dia rebah masa berubat, sah lah kena buatan orang. Dan masa berubat tu, isteri dia rebah. Ustaz buangkan, then isteri dia sedar lalu peluk suami dia. Dalam dia kena buatan duda tu, dia sampai tahap failkan mintak cerai dah pun. Tapi dia tak ingat langsung dia pernah buat! Hurmm...

Bila ditanya-tanya, sebab kat Facebook dia ada letak gambar diri dia, Ustaz Rifki bagi soklan kat Ustaz Sharhan, boleh ke sihir dihantar sebab letak gambar kat Facebook?

Ustaz Sharhan cakap, ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Dengan gambar kat Facebook, orang yang nak hantar sihir tu boleh bagi gambar tu kat bomoh. Then jin belaan bomoh tu boleh bayangkan wajah orang yang nak disihir. Naudzubillah. Maka sebab itulah, ustaz pesan, berpada-padalah nak berFacebook, hati-hati bila letak gambar diri sendiri (housemate saya kongsi, kalau nak letak, jangan letak gambar penuh dari atas sampai bawah, then kalau nak letak jugak, kaki kiri biar depan dari kaki kanan. Hurmm?)

Ada jugak yang tanya macam mana saka boleh diwariskan? Ustaz kata, saka ni boleh diwariskan dalam 7 keturunan, berdasarkan MoU nenek moyang kita dengan iblis. Saka boleh diwariskan dengan mengambil barang-barang si mati, sebab tu kalau orang da meninggal dunia, barang-barang dia elok diasingkan (ustaz buat lawak pasal kedai bundle pulak lepas tu). Dan antara tanda orang tu ada saka, dia akan pilih antara ramai-ramai cucu yang ada, sorang je yang dia nak tinggal dengan dia. Haa...jaga-jaga lah ek kot-kot nenek nak pindahkan saka. Err...

Apepun, ilmu lain yang ustaz bagi, adalah ayat benteng untuk diri dan keluarga, elok untuk diamalkan setiap selepas solat. Ayat ke 57 surah Hud. Baca la untuk memohon perlindungan dari Allah. Untuk penyakit-penyakit hospital macam darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, amalkan baca surah al-Anbiya', ayat 83, bacakan dalam air dan minum.

Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang diperoleh malam tadi. Banyak sebenarnya hikmah Allah turunkan al-Quran ni, ayat-ayat Allah juga lah yang benar dan nyata. Insya'Allah.


Saturday, October 6, 2012

Apam Polkadot Last Minute


Semalam (masa menaip ni da 12.48 tengah malam), pagi-pagi dapat tempahan apam polkadot.

200 biji. Dan perlu deliver dalam jam 10 malam tadi. Teragak-agak juga nak menerima. Sebab tempahan last minute, dan saya pula bukan lah suri rumah sepenuh masa. Tambahan pula, pagi Jumaat semalam saya ada sedikit tugasan key in data dengan kawan-kawan research. Berpusing-pusing kepala fikir nak terima ke tak, dan kalau terima, nak start buat pukul berapa.

Last-last, saya terima juga. Cadangnya tengahari saya balik untuk mula mengapam.

Bila da tengahari, data masih banyak lagi nak key in. Alahai, hati da resah gelisah. Pukul berapa agaknya nak start mengapam ni? Huhuhu. Alhamdulillah, lepas solat Jumaat, dalam kul 2 macam tu saya da gerak ke Taman U untuk mengisi minyak kereta, dan membeli bahan-bahan yang kurang.

Sampai rumah dalam jam 3 lebih. Bukak laptop jap nak revise balik resepi apam polkadot. Haa, tengok! Saya pun tak ingat resepi, tiap kali mesti nak cek balik takut tersilap, apatah lagi kalau apam polkadot ni. Sebab tak selalu buat, yang selalu buat tu Kek Karamel. Kali ni saya terus salin senarai bahan dia masuk dalam buku tempahan kek. Senang nak rujuk bila perlu nanti.

Akhirnya, kul 4 jugak saya start mengapam. Baru 1 sesi mengukus, saya solat Asar dan kena keluar rumah semula. Ambil housemate yang praktikal ikut office hour. Setengah jam juga masa yang saya ambil sebab jalan jammed, kan orang balik kerja kul 5 tu. Balik rumah baru la start mengukus semula. Hampir Maghrib, saya start mix adunan kedua.

Biasanya, 1 adunan saya dapat dalam average 72 biji apam, cup saiz kecik tu. Jadi, untuk dapatkan 200 biji, saya kena buat 3 adunan. 1 adunan, kena 6 kali kukus, sebab saya guna acuan loyang cup cake yang ade 12 lubang. 6 x 12 = 72 kan? 1 kali kukus ambil masa 15 minit. Bayangkan, saya nak dapatkan 200 biji apam polkadot, berapa jam tu?

Risau jugak kalau terlambat siap, customer tunggu lama. Lagi-lagi kalau customer ni yang first sekali dapat capaian ke blog kita melalui google sebab nak carik penjual apam polkadot. Saya contact customer tu, takpe ke kalau tunggu? Sebab rumah dia dengan rumah saya, ambil masa dalam setengah jam juga kalau saya nak deliver apam tu. Alhamdulillah, adik tu cakap, boleh je.

Dalam pukul 10.05 malam, baru apam polkadot siap dikukus sebanyak 200 biji (tolak yang tak cukup dot dot). Terus bersiap dan start enjin kereta. Berpandukan GPS, gi la cari rumah adik tu kat Taman Johor Jaya. Alhamdulillah ada teman-teman housemates yang rajin berjalan malam, semuaaaaaaaaaaa nak ikut gi hantar apam polkadot. Hehehe. Riuh pulak Sakura Ungu memalam camni. ^_^

Apepun, alhamdulillah atas nikmat yang Allah bagi, dipermudahkan olehNya segala urusan pada hari semalam. Biarpun mulanya hati rasa susah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai penjual, rasa macam tak mampu je nak penuhi permintaan pelanggan sebab kekangan masa, tapi dengan izin Allah, semua urusan jual beli selesai dengan baik.

Sebab kadang-kadang kita rasa da merancang semuanya dengan cukup baik, tapi hanya Allah yang tahu apa akan terjadi dengan rancangan-rancangan kita. Kadang-kadang Dia jadikan sesuatu dalam titian rancangan kita, yang mungkin menjadi halangan atau melambatkan kita mencapai apa yang kita nak. Namun pada akhirnya, Dia akan berikan juga kepada kita kalau kita sebagai hamba, tetap terus bergantung hanya kepada Dia.

Cuma cara laluannya saja yang mungkin sedikit berbeza dari apa yang kita bayangkan.

Kerna setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya, bukan saja sebagai ujian untuk  menguji kesabaran kita, malah sebagai anugerah kerana kita adalah yang terpilih untuk melaluinya.

Dah pukul 1.26 pagi. Selamat malam.


P/S: Saya percaya, awak kuat dengan kekuatan yang Allah bagi untuk menghadapi ujian tu.


Monday, October 1, 2012

Dear Me: Two Months Left

Cherry Blossom b 4-5-2009 by ~TTM77 on devianART

It is October.

I wonder what would happen in these last two months left. Can I complete my thesis writing together with my programming project? Too many things have not been done, but the time is just as how it should be, running and ticking without waiting even if I ask it to stop.

Everyone is rushing, so am I. But it would not be too smooth for me, I am really aware of that. I am not that good in programming, and even I did not learn C++ during my degree. Perhaps the only thing that I have related to programming is the basic C Programming, which I learned in my first year degree.

Actually, I did some programming in my final year degree project. With help from my classmate (he is now pursuing a PhD in the same faculty but different department), thanks to him it was over. But only Allah knows, He destines my life afterwards with another programming related project. Yup, I have to learn it myself then, with Google as my main teacher.

Now working with Network Simulator 2, I swear it would be fun if you already have the basic understanding of OTcl and C++ language. And it would be much easier if you are familiar with broadband network. But whether you are familiar or not with all those things mentioned above, that is what we call research - self study of all the new things.

Sometimes, you would have to get in touch with other researchers (e.g. via email), but you must be aware that most of them have their other commitments. That is the main reason for you never getting a reply when you ask them anything - the most frustrated thing for a "lost" research student.

Things get more difficult when you do not have any income. That is why you should try your very best to complete your thesis the most earlier you can in order to avoid any financial problem afterwards. Doing a part time job is an option, but you also need most of your time to complete your research.

But guys, I need a part time job right now. Is there anyone who would like to hire me?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.