BLOG ENCIK SUAMI

Friday, December 28, 2012

Antibiotik Hati???

Sumber: Aina Punye Belog



Wednesday, December 26, 2012

Cari Dengan Mata, Bukan Dengan Mulut!

Senario time nak lunch untuk renungan bersama.

Anak: Mak, nak masak asam pedas la.
Mak: Masak la...
(Anak menuju ke dapur untuk mula memasak)

Beberapa minit kemudian...
Anak: Mak, garam mana?
Mak: Ada kat atas para tuuu... (tanpa perlu ke dapur)
Anak: OK...eh, mak, asam jawa mana?
Mak: Cuba tengok sebelah botol minyak tu...
Anak: Manaaa...botol minyak mana, mak?
(Mak menuju ke dapur...)

Mak: Ni, depan mata ni je haaa...tu la kalau da jarang masuk dapur~
Anak: Ala mak niii...tak nampak la tadi...
Mak: Lenkali cari guna mata, bukan guna mulut~

Sesetengah orang bertanya details, tapi tak mencari details...

Bak kata seorang ibu kepada kawan, cari dengan mata, bukan dengan mulut...!


Tuesday, December 25, 2012

Cari Tudung Labuh Bidang 60"?


Sebelum ni da pernah jual tudung labuh dari Mesir saiz 60" tu. Cepat betul habis!

Kali ni, tudung labuh bidang 60" datang lagi dengan lebih banyak pilihan warna yang cukup menarik bagi saya.

Fabrik tudung ni agak lembut, tetapi berat dan jatuh bila dipakai (tak mudah terbang, jadi tak senang tersingkap, insya'Allah aurat akan terpelihara). Corak petak-petak tudung ni ringkas dan sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana busana atau baju yang kamu pakai~ Serius, saya sendiri cukup berpuas hati dengan tudung ni! Alhamdulillah~ ^_^

Tudung Mesir bidang 60" untuk dijual

Kamu-kamu yang tengah baca ni, ada nak cari tudung labuh macam ni? Atau ada kawan-kawan yang nak tudung labuh? Mungkin ada yang nak hadiahkan kat kawan-kawan jugak? Meh jenguk kat Facebook saya untuk tengok sendiri betapa cantiknya tudung Mesir ni~ ;)

Klik SINI untuk pilih warna kegemaran kamu kayyy~


Monday, December 24, 2012

Dan Akhirnya Along Sayang Juga...


Alhamdulillah.

Akhirnya, along kesayangan juga telah selamat mendirikan masjid pada 23 Disember 2012. Semalam je.

Macam mimpi. Plan dari awal dulu nak ke Pahang dengan salah seorang Irdinians, akhirnya terlaksana juga dan bertambah passengers dalam Sakura Ungu. Ya, rasanya itu tempat paling jauh pernah Sakura Ungu pergi setakat ni, Kampung Cherok Paloh, Pekan, Pahang (rasanya kampung ni kat sempadan Kuantan dan Pekan).

Kampung yang aman, damai, tenang dan cantik. Suka Pantai Sepat yang mendamaikan. Seronoknya dan beruntungnya along sayang ada kampung yang dekat dengan pantai. Dan, bertambah-tambah lagi gembira bila ada gerombolan lembu yang nak mengajar kita erti sabar menunggu diorang melintas jalan. Hikhik. Bebiri kat sini pun bulusss diorang da kaler ceklat da, sebab selalu main lumpur kot. Comel~ Haha~

Eh! Ni cakap pasal lembu n bebiri ke cakap pasal walimah along ni? =.="

Ok ok.

Alhamdulillah. Tahniah buat along dan suami yang da melengkapkan separuh agama. Terharu dan tersentuh hati bila menyaksikan saat-saat kalian menyarung cincin di jari. Mungkin inilah hikmah yang Allah berikan kepada mereka yang menjaga diri dengan sebaik-baiknya dalam batas pergaulan seharian. Melihat along takut-takut menghulurkan jari manis untuk disarung cincin oleh akhi Firdaus, hingga dua tiga kali menarik balik huluran jari, membuat seisi masjid tergelak bahagia. Dan nampak dengan jelas sekali bagaimana ketarnya tangan suami along apabila along pula hendak menyarung cincin di jarinya, buat kami semua tersenyum manis.


Manis.

Ya, kerana manisnya cinta selepas nikah itu turut terpindah rasanya ke dalam hati kami. Subhanallah~

Along sayang,

Selama kita menjadi along dan angah, terima kasih untuk segalanya yang angah terima dari along. Dari segala kata-kata nasihat, pandangan hidup, ingatan peribadi dan tidak terkira lagi mutiara bernilai yang along hulurkan, alhamdulillah. Terima kasih kerana along banyak meluangkan masa mendengar rintihan hati dan turut bersama-sama merungkaikan segala kekusutan yang pernah angah alami. Dari itu, mohon ampun dan maaf atas serba sedikit kesusahan angah yang terpindah ke pundak along. Moga nanti Allah balas kebaikan along dengan segala kebaikan di dunia serta akhirat. Insya'Allah.

Along sayang dan suami,

Tiada kata yang mampu angah titipkan buat along dan suami untuk menjalani kehidupan baru setelah bergelar suami isteri. Kerna kalian adalah antara sahabat-sahabat terhebat yang pernah angah kenal. Yang insya'Allah hari-hari yang berlalu dalam kehidupan kalian, tidak pernah kalian tinggalkan Allah di belakang. Dengan itu, doa angah, moga dalam hidup kalian yang akan datang, Allah akan terus berada di hadapan dan membimbing kalian menuju ke syurgaNya. Insya'Allah.

Di akhirnya, terima kasih untuk semuanya semasa kami berada di kampung along. Moga Allah limpahi keberkatan ke atas keluarga along dan semuanya atas penghargaan yang diberi. Ameen.


Semoga mutiara bernilai yang tersimpan rapi akan terus berkilau setelah ada teman baru di sisi.


Friday, December 21, 2012

Jangan Dikejar Bayang-bayang...


“Jangan dikejar bayang – bayang, kerana bayang – bayang boleh hilang dalam malam. Jangan dipuji pelangi di awan, kerana serinya akan hilang tanpa sebarang pamitan. Dan jangan dikejar cinta yang telah dibuang, kerana ianya tak akan pulang seperti yang kita mahukan..” - Kathy Tuah.

Mula-mula nampak dia post kat satu group e-novel kat Facebook.

Nice sangat ayat kat atas ni. Ayat yang ada dalam cerpen terbarunya di blog. Terus tergerak hati nak baca cerpen yang dimaksudkan.

Apa yang boleh saya katakan, penuh dengan kejutan, ada banyak benda tersirat, ada macam-macam mesej yang dia nak sampaikan...pendek kata, sesuatuuu sangat!

Nak try masuk dalam plot cerita? Jom baca kat SANA.


Facebook Bakal Upgrade Lagi Dengan Antara Muka Baru

Tu dia tajuk.

Macam blog teknologi la pulak rasanya. Hehe.

Sebenarnya nak kongsikan interface baru Facebook yang sedang diupgrade sikit-sikit secara berperingkat. Berperingkat sebab bila saya update status pasal Facebook da bertukar, yang lain duk tanya, bertukar macam mana? 

Err...bila tengok dari Facebook housemate, "owhhhhh, aku je ke yang bertukar?" Mungkin sebab saya antara pengguna awal Facebook, atau Mark pilih yang konon-konon aktif kat Facebook dulu (yeke?).

Bertukar macam mana tu? Meh tengok dua gambar ni.


Mohon klik untuk bagi jelas.

Kalau tengok kat bahagian Timeline (gambar kiri):

  1. Nama Facebook user da naik kat Facebook Cover.
  2. Sedikit info kita terletak sebelah Facebook Default Picture dan betul-betul bawah Facebook Cover.
  3. Aha, yang ni yang paling saya suka. Tabs untuk Timeline, About, Friends, Photos, dan lain-lain da jadi lebih kemas dan menarik.
  4. Activity Log masih ada, dan kat bawah tu ade tunjuk berapa Followers Facebook user tu. Da tak guna perkataan Subscribers da.
  5. Segala Facebook update dari status, link, gambar terletak dalam column sebelah kiri. Tak lagi 2 column macam sebelum ni.
  6. Column sebelah kanan pulak penuh dengan Recent Activity, Friends, Photos, Likes, Maps, Events dan lain-lain.

Dan bila kita klik kat tab atas tu, contohnya tab About (gambar kanan), rupanya akan jadi macam tu lerr. Lebih luas ruang yang diambil.

Nampak lebih kemas dan tak serabut kan?

Mohon jeles.

Tunggu la korang punya bertukar pulak!


Thursday, December 20, 2012

Dah Mengandung Ke?


Selalu je konfius kalo kucing da mengandung ke tak.

Macam Cici dulu, kita ingat da bunting, rupanya sampai sekarang tak menjadi pun dia. Ntah nape tak tau. Chiko je dulu yang betul-betul nampak perot dia boyot. Mulan lak sekarang tengah on heat. Asyik keluar bersenyawa dengan jantan kat luar nun sampai naik geram kita dibuatnya. Si Tinny lak tuan dia gitau, macam da mengandung. Hurm. Nak tau jugak betul da jadi ke tak hasil persenyawaan diorang tu. Kuikuikui.

Kat sini ada beberapa tanda kucing mengandung yang saya amek dari page Dunia Kucing. Best gak info ni untuk para pemelihara kucing kat luar nun~ Hehehe... Meh tengok meh~

Tanda-tanda kucing mengandung:

1. Kucing anda terlebih mesra
Sikap kucing memang manja. Namun, kucing bunting mahukan perhatian yang lebih dari biasa. Kucing bunting akan minta diurut, didukung, digosok badan dan tengkuknya, dimain hidungnya dan sebagainya. Kucing juga akan lebih kerap menggesel-gesel badannya ke arah anda.

2. Kucing lebih banyak berada di rumah
Kucing bunting tidak suka berlegar-legar di luar rumah. Kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur atau berehat di dalam rumah. Kucing juga tidak berminat lagi untuk 'mencari' kucing jantan.

3. Putingnya bertukar warna dan bengkak
Puting kucing bunting akan berubah warna dari merah jambu ke warna kemerahan. Putingnya juga akan sedikit membengkak dan lebih besar dari biasa.

4. Berat badan kucing bertambah
Kucing anda nampak gemuk dari biasa. Ini adalah kerana kucing bunting bertambah berat badan dari hari ke hari. Perutnya mungkin makin membonyot dalam satu malam!

5. Kucing sentiasa lapar
Kucing bunting akan sentiasa berselera untuk makan. Kucing akan meminta makanan dengan lebih kerap. Anda perlu menambah makanan kucing lebih dari biasa bagi menampung peningkatan selera makan kucing bunting anda dan memastikannya cukup vitamin. Selera makannya akan berkurangan seiring pertambahan tempoh mengandung.

Tapi perlu diingatkan bukan semua tanda-tanda ini mengesahkan kucing anda bunting kerana adakalanya kucing anda tidak mengandung walaupun mempunyai beberapa tanda kucing bunting. Kucing mengambil masa sehingga 3 minggu untuk menampakkan tanda yang jelas bahawa ia sedang mengandung.

Kucing bunting berapa lama? Berapa bulan? Berapa minggu?
Purata tempoh bunting kucing adalah adalah selama 9 minggu atau sekitar 63-65 hari.


Wednesday, December 19, 2012

Rabu Bergambar: Penghadang Semasa Solat

Sumber: Kolum Imam Makmum oleh Dr. Mohd Sukki Othman dalam Majalah Fardu Ain edisi 17



Tuesday, December 18, 2012

Tak Sama Rupanya...

Alhamdulillah.

Da kembali dari sana. Ade banyak benda baru yang saya dapat tahu. Ye la, sebelum ni duk Sarawak kan budaya tak berapa nak sama walaupun ada yang iras-iras macam nak sama.

Kalau kat sana, kenduri jarang-jarang orang buat dua kali (belah perempuan dan belah lelaki). Walaupun Sarawak tu besar, kenduri tetap sekali aje kat belah perempuan. So, bila Kiera'Sakura buat sekali je belah perempuan hari tu, tak rasa hairan sangat kalau saya masih baru-baru lagi datang ke Semenanjung. Tapi sebab da hampir 6 tahun saya duk sini, jadi heran la jugak sebab kat sini la saya baru kenal budaya walimah tu diraikan kat kedua-dua belah rumah perempuan dan lelaki.

Kalau kat Sarawak, disebabkan budaya dia walimah hanya diraikan kat rumah sebelah pengantin perempuan, maka suami akan duduk rumah isteri. Kan takde majlis umah lelaki? Hewhewhew. So bila semalam kat Kedah keluarga pengantin perempuan balik, Wany cakap, "ehhh mana ada, isteri kena stay umah suami~" Erk! Saya jadi pelik. Ooo~ Tak sama ek~?? Hehehe.

Tu la, orang cakap, jauh berjalan, luas pemandangan. Tengok budaya dan cara hidup orang.

Kan da belajar banyak benda baru!

Alhamdulillah.

Moga musafir kali ini ada manfaatnya.


P/S: Terima kasih kepada semua-semua kesayangan saya yang hantar saya balik malam tadi~ Rinduuuuu sudah! :')


Monday, December 17, 2012

Antara Yang Mudah dan Yang Payah...

"jangan dituruti rasa marah yang sementara,
dengan lafaz kata-kata yang mengguris jiwa...
jangan kerana amarah yang sementara dan sekejap cuma,
kita meninggalkan kesan luka yang dalam dan lama di hati orang lain...
sabar itu memang tak mudah,
tapi percayalah bahawa,
mengubat hati yang telah terluka itu jauh lebih payah..."

[tersenyum-melihat-langit.tumblr.com]


P/S: Masih di Bumi Jelapang Padi... Tunggu aku jejak kamu kembali...


Friday, December 14, 2012

For this Poem... Thank You...

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest, if you must, but don't you quit.

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow--
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup,
And he learned too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out--
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit--
It's when things seem worst that you must not quit.

- Anonymous -


Thanks, Dr...


Jom Join Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!

Err...

Tetiba je nak join contest ni... :p

Banner contest untuk di'Klik'.

Masa mula-mula baca kat blog Cikgu Areef hari tu da mula terdetik kat hati nak join. Tapi masa tu belum ada masa lagi nak godek-godek gambar. Hari ni, godek blog Kakakecik, nampak dia pun join jugak, so terus teringat pasal contest ni.

Terus godek-godek gambar.

Terus jumpa satu gambar tu.

Terus tertarik hati nak edit sikit buh watermark.

Terus upload dalam entri ni.

Wajah-wajah ceria setelah berjaya menawan kaki Gunung Jerai. Dalam penat-penat, masih mampu tersenyum lebar. Rasa tak manisnya?

Gambar oleh: Adik Nadzli Azlan yang rambut afro tu
Best tak gambar kami?

Jangan jeles nooo tengok keceriaan kami~~~

Untuk tau lebih lanjut macam mana nak join, boleh klik SINI. ^_^

Thursday, December 13, 2012

Kamu Rasa, Kamu Ingin, Tapi...

cherry flower by ~julkusiowa on deviantART

Manusia memang punya macam-macam perasaan.

Perasaan yang melahirkan macam-macam keinginan. Kadang-kadang keinginan dicapai dengan usaha, kadang-kadang juga keinginan dibiarkan berlalu sepi.

Yang mampu mencapai kerana dia punya keyakinan, yang tidak mampu mencapai juga kerana dia punya keyakinan. Cuma yakinnya dalam konteks berbeza.

Yang berjaya itu yakin sepenuh hati bahawa impian boleh direalisasikan jika bersungguh. Yang tidak mampu itu pula yakin bahawa keinginan itu memang tidak akan berjaya digapai walau berusaha sekuat mana pun.

Tapi benarkah?

Atau kata-kata itu hanya filosofi ilusi.

Hakikatnya semua terletak pada diri. Jika mahu sampai ke seberang sungai, harus ditongkah arusnya, bukan hanya berdiri di gigi air melihat pada sungai yang mengalir.

Angkat kaki, cecahlah dasar sungai, teruskan menongkah arus sambil yakin bahawa janji Allah itu pasti benar.


P/S: Kalau tak pandai berenang, pergi belajar berenang.


Monday, December 10, 2012

Nikmat Allah Semua Indah

Benarkah?

Berfikir lagi. Mencari-cari lagi di mana lompang. Menerobos segenap ruang masa yang pernah dilalui. Menghitung-hitung kalau-kalau ada yang menyakitkan.

Nikmat hidup, nikmat rasa, nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat berjalan, nikmat berfikir, nikmat ilmu, nikmat kebijaksanaan, nikmat kerjaya, nikmat harta.

Mengorek-ngorek lagi.

Nikmat kawan, nikmat sahabat, nikmat cinta, nikmat keluarga, nikmat anak-anak, nikmat masa, nikmat lapang, nikmat usia, nikmat sihat.

Mustahil tidak ada yang tidak indah.

Mustahil!

Mungkin...

Nikmat yang ditarik balik.

Ya, nikmat itu yang tidak indah.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [ar-Rahman]


P/S: Jadilah kita hamba yang bersyukur, sebelum Dia menarik nikmat terbesar dalam hidup seorang Muslim, nikmat iman dan Islam.


Saturday, December 8, 2012

Memang Susah, Tapi Kalau Tak Cuba, Tak Tahu!

Saya setuju.

Bak kata Haris Khairuddin, memang susah nak tinggalkan maksiat kalau da terbiasa buat apatah lagi kalau yang baru-baru nak ketagih bermaksiat.

Tapi sebenarnya semua benda tu dengan izin Allah insya'Allah boleh kita handle.

Satu benda je yang paling penting bila nak jauhkan diri dari maksiat ni. Kena cari apa punca kita buat maksiat tu. Kenapa kita boleh 'terbuat' maksiat tu? Bahkan bagi yang tahu maksiat tu maksiat (maksudnya dah tahu, buat maksiat tu Allah marah, beb! Bila Allah marah, dapat apa?), kenapa terus jugak buat maksiat yang dimaksudkan? Apa sebabnya sampai kita 'ketagih' nak buat maksiat lagi pada masa akan datang?

Bila da tau punca, jauhkan punca tu dulu. Memang susah. Tapi kena berusaha kalau betul-betul nak Allah redha kita hidup kat dunia (kan ke memang tujuan hidup kita adalah untuk dapat redha Allah kat dunia?). Awal-awal memang rasa macam keberatan dan cuba nak cipta macam-macam alasan, tapi try la tahan diri tu. Tau tak, orang yang paling baik adalah yang paling mampu menahan dirinya dari nafsu yang membuak-buak?

Paksa la diri jauhi punca maksiat untuk menjauhi maksiat.

Tak kisah la maksiat apa pun yang korang buat.

Dan jangan buat hangat-hangat tahi ayam lak, usaha untuk kekal berterusan.

Tak cuba, tak usaha, tak tahu kan?


P/S: Maksiat itu adalah segala perbuatan yang melanggar suruhan Allah s.w.t.


Friday, December 7, 2012

Sunyi. Sepi. Sendiri.


Rasa sunyi. Rasa sepi. Rasa sendiri.

Bila kawan da pergi, kawan yang kita rasa senang dengannya, yang tak sama dengan kawan-kawan lain. Walau ada kawan-kawan lain di sekeliling, tetap tak rasa terisi dengan kehadiran mereka.

Bukan tak pernah ditinggalkan sendiri, malah pengalaman-pengalaman lalu banyak berlaku secara bersendirian. Mungkin kerana sejak kawan itu hadir, baru rasa ada yang satu kepala, rasa ada yang boleh masuk serasi dengan kita.

Hingga dia pergi, lalu rasa sunyi datang menyapa.

Rasa pelik bila rasa sepi itu hadir. Tertanya-tanya kenapa rasa kehilangan dan rasa tak ada sesiapa. Tercari-cari tempat untuk meluah rasa. Tiada. Tercari-cari punca. Hingga bila mengagak-agak sebabnya, hati rasa sakit dan kepala rasa berdenyut.

Tiba-tiba dalam keharuan ditegur pula satu suara lain.

"Kau rasa sepi sebab manusia? Dan kau cari selain Tuhan untuk meluahkan rasa? Kenapa kau ni? Kau lebih bergantung harap pada benda lain!!!"

Tersentak dan menangis.

Muhasabah diri.

Allah selalu ada.

Aku hanya ada DIA. 

Astaghfirullahal'azim.


Thursday, December 6, 2012

Pembeli Makanan dan Kakak Cashier

Situasi: Sedang membayar harga makanan.
Tempat: Arked Kolej 9, UTM JB.
Masa: Lunch hour.


Kakak cashier: Awak amek master keee...?

Pembeli makanan: (Mengangkat muka sedikit terkejut) Aha... (senyum) Ingat eh?

Kakak cashier: Ingaaat... Da sem ke berapa ni?

Pembeli makanan: Sem last dah ni, insya'Allah...

Kakak cashier: Ooo... Sem ni da tak ramai da yang pakai tudung labuh.

Pembeli makanan: (Terkedu sebentar) Owh... Ye ke?

Kakak cashier: Aha, zaman-zaman awak dulu yang ramai pakai tudung labuh macam ni... (sambil menunjuk ke arah tudung si pembeli makanan)

Pembeli makanan: Haa.. Tu la... (senyum dan minta diri kerana speechless)


Wednesday, December 5, 2012

Apa Nak Takut? Mati Sekali Jewwww~!

Memang mati sekali je.
Sampai kau rasa lebih elok kau tamatkan riwayat hidup kau.
Sebab kau rasa kau da bosan dengan hidup.
Sebab kau dah tak ada kawan.
Semua sebab kau kemurungan.

Kalau kau rasa kau tak ada kawan,
Kenapa kau terus bermurung?
Kenapa kau tak tolak jauh-jauh semua kemurungan kau?
Kenapa kau tak cari kawan untuk kau hilangkan bosan?
Kenapa kau nak amek jalan singkat dengan bunuh diri?

Kau cakap kau tak takut.
Sebab mati sekali aje.
Kau tahu tak kau mati sekali aje tu kat dunia semata?
Sedangkan kat akhirat kau akan mati berkali-kali?
Sebab dosa kau membunuh diri tu hukumnya kau akan dimatikan berkali-kali!
Kau tak tahu atau mungkin kau lupa.
Kau hanya fikir dunia.
Kau lupa fikir tentang akhirat.

Cara kau bercakap macam kau tak takut Tuhan.
Sedangkan Tuhan tu dekat.
Dekat sangat dari urat kat batang leher kau!
Kalau kau dah tak ada kawan sangat.
Kenapa kau tak berkawan dengan Tuhan?
Aku yakin, bosan kau akan hilang!

Rabu Dengan Sedikit Kata-kata: Rindu

Original Picture: Blossom Fire by *sabinefischer on deviantART
Original Quote: Tia Setiawati Priatna by matahary on tumblr



Sunday, December 2, 2012

Kepada Enti Yang Ana Sayang...


Kepada enti yang ana sayang,

Tahniah atas baitul muslim yang telah dibina. Seronok ana tengok senyuman enti pada hari bahagia enti. Rasa gembira, rasa terharu, rasa sebak, dan segala rasa bercampur-campur dalam jiwa melihat enti telah pun selamat menjadi seorang isteri. Bahagia yang enti rasa turut berpindah ke dalam hati ana bila melihat enti sudah punya tangan untuk dipeluk dan sepasang kaki lain yang mengiringi dalam kehidupan akan datang... :')

Enti yang ana sayang,

Tak menipu kalau ana bagitau, tak dapat ana menahan air mata yang mengalir bila abang ipar enti amek turn untuk menepung tawar. Melihat dia menyampaikan pesan pada suami enti, untuk menjaga enti sebaik-baiknya, dan memeluk suami enti lepas tu, buat ana rasa terlalu sebak. Abang ipar enti yang menjaga enti sekeluarga setelah pemergian ayah, tentunya sangat besar rasa berat untuk dia melepaskan enti kepada seorang lelaki yang baru dalam keluarga. Ana nampak enti juga menitiskan air mata setelah dia menepuk bahu enti sebagai tanda sokongan kepada enti untuk melaksanakan tanggungjawab dalam dunia baru enti. Subhanallah.

Enti yang ana kasihi,

Sungguh ana bersyukur mengenali enti dan keluarga enti. Sungguh ana rasa dihargai apabila mereka mengenali ana dan menyambut baik kedatangan ana sebaik nampak kelibat ana di majlis enti. Biarpun hanya beberapa kali ana datang berkunjung berkongsi bantal dan melihat bumbung yang sama bersama mereka, alhamdulillah sepertinya enti banyak bercerita yang baik-baik tentang ana kepada mereka. Semoga ahli keluarga ana juga akan menghargai enti sebagaimana mereka menghargai ana. Insya'Allah.

Enti ni,

Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas rasa sayang, kasih dan cinta enti kepada ana selama ana bergelar sahabat kepada enti. Enti yang selalu ada bila ana rasa perlu. Enti yang ada di situ bila ana mahu meluahkan rasa dalam hati. Yang sentiasa sedia menerima kunjungan ana dari jauh dalam kesibukan hari enti sebagai seorang yang berkerjaya. Tidak terhitung kemaafan atas 1001 kesusahan yang ana timbulkan.

Enti yang ana cintai,

Akhir kata dari ana, terima kasih atas doa yang enti titipkan buat semua sahabat terutamanya Irdinians pada detik-detik perpisahan semalam. Doa dari ana juga buat enti, semoga dipermudahkan urusan enti selepas ini, diberkati masjid yang dibina, dilimpahi rahmat dan kesejahteraan olehNya hingga ke syurga.

Insya'Allah.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.