BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, December 5, 2012

Apa Nak Takut? Mati Sekali Jewwww~!

Memang mati sekali je.
Sampai kau rasa lebih elok kau tamatkan riwayat hidup kau.
Sebab kau rasa kau da bosan dengan hidup.
Sebab kau dah tak ada kawan.
Semua sebab kau kemurungan.

Kalau kau rasa kau tak ada kawan,
Kenapa kau terus bermurung?
Kenapa kau tak tolak jauh-jauh semua kemurungan kau?
Kenapa kau tak cari kawan untuk kau hilangkan bosan?
Kenapa kau nak amek jalan singkat dengan bunuh diri?

Kau cakap kau tak takut.
Sebab mati sekali aje.
Kau tahu tak kau mati sekali aje tu kat dunia semata?
Sedangkan kat akhirat kau akan mati berkali-kali?
Sebab dosa kau membunuh diri tu hukumnya kau akan dimatikan berkali-kali!
Kau tak tahu atau mungkin kau lupa.
Kau hanya fikir dunia.
Kau lupa fikir tentang akhirat.

Cara kau bercakap macam kau tak takut Tuhan.
Sedangkan Tuhan tu dekat.
Dekat sangat dari urat kat batang leher kau!
Kalau kau dah tak ada kawan sangat.
Kenapa kau tak berkawan dengan Tuhan?
Aku yakin, bosan kau akan hilang!

8 comments:

Iffah Afeefah said...

erm semua berani cakap

bila da masa, msing2 takut

nabila azmi said...

nice!!..thanks for the reminder..suke ending tu...brkwn dgn tuhn,bosan akn hilg..

Anum said...

terima kasih atas peringatan itu

kiera'sakura said...

sebab tue kena persiapkan diri sekemasnya agar tak takut menuju ke arah tue kan.

Allah tue dekat sbb tue tak boleh terus kecewa bila sesuatu yg dipohon tak diberikan kan kak

Mas Zull said...

assalamualaikum sunah....mati itu pasti...;)

Haris Khairuddin said...

cakap pasal bunuh diri.. aku mesti teringat kat orang yang mati terjun bangunan. sebabnya... dorang akan buat benda yang sama dalam neraka nanti kan? so bayangkan dorang asyik terjun bangunan.. mesti macam2 gaya dorang buat. kalau nak compare to cara lain bunuh diri.. kan? haha.. ok, just joking. ;P

kalau orang bukan Islam nak bunuh diri, memang aku tak heran sangat. tapi yang mengaku Islam pon sanggup nak bunuh diri tu kenapa pulak? kadang2 alasan yang diberikan x logik sungguh.

محمد رازيق said...

bila tiba masanya, maka nyawanya itu bernoktah di dunia sementara.

Mira Amirudin said...

hurmmm tak sangka.ada jugak org yang macam ni.semoga dia dapat petunjuk Allah sebelum terlambat.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.