Kepada Enti Yang Ana Sayang...

December 02, 2012


Kepada enti yang ana sayang,

Tahniah atas baitul muslim yang telah dibina. Seronok ana tengok senyuman enti pada hari bahagia enti. Rasa gembira, rasa terharu, rasa sebak, dan segala rasa bercampur-campur dalam jiwa melihat enti telah pun selamat menjadi seorang isteri. Bahagia yang enti rasa turut berpindah ke dalam hati ana bila melihat enti sudah punya tangan untuk dipeluk dan sepasang kaki lain yang mengiringi dalam kehidupan akan datang... :')

Enti yang ana sayang,

Tak menipu kalau ana bagitau, tak dapat ana menahan air mata yang mengalir bila abang ipar enti amek turn untuk menepung tawar. Melihat dia menyampaikan pesan pada suami enti, untuk menjaga enti sebaik-baiknya, dan memeluk suami enti lepas tu, buat ana rasa terlalu sebak. Abang ipar enti yang menjaga enti sekeluarga setelah pemergian ayah, tentunya sangat besar rasa berat untuk dia melepaskan enti kepada seorang lelaki yang baru dalam keluarga. Ana nampak enti juga menitiskan air mata setelah dia menepuk bahu enti sebagai tanda sokongan kepada enti untuk melaksanakan tanggungjawab dalam dunia baru enti. Subhanallah.

Enti yang ana kasihi,

Sungguh ana bersyukur mengenali enti dan keluarga enti. Sungguh ana rasa dihargai apabila mereka mengenali ana dan menyambut baik kedatangan ana sebaik nampak kelibat ana di majlis enti. Biarpun hanya beberapa kali ana datang berkunjung berkongsi bantal dan melihat bumbung yang sama bersama mereka, alhamdulillah sepertinya enti banyak bercerita yang baik-baik tentang ana kepada mereka. Semoga ahli keluarga ana juga akan menghargai enti sebagaimana mereka menghargai ana. Insya'Allah.

Enti ni,

Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas rasa sayang, kasih dan cinta enti kepada ana selama ana bergelar sahabat kepada enti. Enti yang selalu ada bila ana rasa perlu. Enti yang ada di situ bila ana mahu meluahkan rasa dalam hati. Yang sentiasa sedia menerima kunjungan ana dari jauh dalam kesibukan hari enti sebagai seorang yang berkerjaya. Tidak terhitung kemaafan atas 1001 kesusahan yang ana timbulkan.

Enti yang ana cintai,

Akhir kata dari ana, terima kasih atas doa yang enti titipkan buat semua sahabat terutamanya Irdinians pada detik-detik perpisahan semalam. Doa dari ana juga buat enti, semoga dipermudahkan urusan enti selepas ini, diberkati masjid yang dibina, dilimpahi rahmat dan kesejahteraan olehNya hingga ke syurga.

Insya'Allah.

You Might Also Like

7 Comments

  1. sedih pulak bile bace entry ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. nanti ai kawen buat entry cmni

    nak terharu same

    ehh

    ReplyDelete
  3. musim kawen kan ~ seronok ble dpt kawan mcm ni ^^

    ReplyDelete
  4. Wahhhh semua pun dah kawennnn :')

    Tahniah moga bahagia sampai ke syurga

    ReplyDelete
  5. kita bergembira dalam sebak dan terharu. nikmat diatas sebuah ikatan ukhwah yang saya percaya masing2 tidak mahu ia terlerai. semoga Allah memberkati saya dan anda-anda semua yang saya sayang.
    luv u k.sunah!~

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com