Memang Susah, Tapi Kalau Tak Cuba, Tak Tahu!

December 08, 2012

Saya setuju.

Bak kata Haris Khairuddin, memang susah nak tinggalkan maksiat kalau da terbiasa buat apatah lagi kalau yang baru-baru nak ketagih bermaksiat.

Tapi sebenarnya semua benda tu dengan izin Allah insya'Allah boleh kita handle.

Satu benda je yang paling penting bila nak jauhkan diri dari maksiat ni. Kena cari apa punca kita buat maksiat tu. Kenapa kita boleh 'terbuat' maksiat tu? Bahkan bagi yang tahu maksiat tu maksiat (maksudnya dah tahu, buat maksiat tu Allah marah, beb! Bila Allah marah, dapat apa?), kenapa terus jugak buat maksiat yang dimaksudkan? Apa sebabnya sampai kita 'ketagih' nak buat maksiat lagi pada masa akan datang?

Bila da tau punca, jauhkan punca tu dulu. Memang susah. Tapi kena berusaha kalau betul-betul nak Allah redha kita hidup kat dunia (kan ke memang tujuan hidup kita adalah untuk dapat redha Allah kat dunia?). Awal-awal memang rasa macam keberatan dan cuba nak cipta macam-macam alasan, tapi try la tahan diri tu. Tau tak, orang yang paling baik adalah yang paling mampu menahan dirinya dari nafsu yang membuak-buak?

Paksa la diri jauhi punca maksiat untuk menjauhi maksiat.

Tak kisah la maksiat apa pun yang korang buat.

Dan jangan buat hangat-hangat tahi ayam lak, usaha untuk kekal berterusan.

Tak cuba, tak usaha, tak tahu kan?


P/S: Maksiat itu adalah segala perbuatan yang melanggar suruhan Allah s.w.t.

You Might Also Like

11 Comments

  1. semuanye kite kene berusaha,,kalau x berusaha memang x kan berjaya..harap2 kite semua dijauhkan dari maksiat kan..amin.

    ReplyDelete
  2. lamenya tak singgah blog ni. sesungguhnya melawan nafsu itu adalah sebesar-besar jihad.

    ReplyDelete
  3. aha.. terima kasih atas maklum balas.
    kadang2 benda2 ni kita semua dah tau, tapi masih nak bagi alasan lagi.. to justify our action.

    ReplyDelete
  4. saya sangat setuju ~! peringatan untuk diri sendiri jugak. :)

    ReplyDelete
  5. Betul tu kak. Usaha kena konsisten.

    Nota: FJ dah kembali memblog :)

    dunia-fj.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. setiap sesuatu masalah mmg kena kenalpasti punca dan alihkannya sunah...sakit pun mcm tu juga....

    ReplyDelete
  7. yang penting usaha dulu kan kak..? hehe

    ReplyDelete
  8. Yup setuju,
    kalau sampai kne putuskan silaturraham dgn punca maksiat tu pun
    tak apa, kena istiqamah.. chaiyuk2 !

    ReplyDelete
  9. eh akak sunah ni makin rjin menulis

    ape rasienye kah3

    ReplyDelete
  10. nampak macam susah tapi tak mustahil kan kak? ;)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com