BLOG ENCIK SUAMI

Friday, December 7, 2012

Sunyi. Sepi. Sendiri.


Rasa sunyi. Rasa sepi. Rasa sendiri.

Bila kawan da pergi, kawan yang kita rasa senang dengannya, yang tak sama dengan kawan-kawan lain. Walau ada kawan-kawan lain di sekeliling, tetap tak rasa terisi dengan kehadiran mereka.

Bukan tak pernah ditinggalkan sendiri, malah pengalaman-pengalaman lalu banyak berlaku secara bersendirian. Mungkin kerana sejak kawan itu hadir, baru rasa ada yang satu kepala, rasa ada yang boleh masuk serasi dengan kita.

Hingga dia pergi, lalu rasa sunyi datang menyapa.

Rasa pelik bila rasa sepi itu hadir. Tertanya-tanya kenapa rasa kehilangan dan rasa tak ada sesiapa. Tercari-cari tempat untuk meluah rasa. Tiada. Tercari-cari punca. Hingga bila mengagak-agak sebabnya, hati rasa sakit dan kepala rasa berdenyut.

Tiba-tiba dalam keharuan ditegur pula satu suara lain.

"Kau rasa sepi sebab manusia? Dan kau cari selain Tuhan untuk meluahkan rasa? Kenapa kau ni? Kau lebih bergantung harap pada benda lain!!!"

Tersentak dan menangis.

Muhasabah diri.

Allah selalu ada.

Aku hanya ada DIA. 

Astaghfirullahal'azim.


19 comments:

Mat Gebu said...

"CUKUPLAH ALLAH ADA, DIA ADA UNTUK KU" - ILUS oleh Melur Jelita...

Sunah Sakura said...

@Mat Gebu

terima kasih pcm... :)

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

DIA tetap ada di waktu kita susah dan senang, jgn pernah lupakannya. Sentiasa mengingatiNya, InsyaAllah 'rasa' tu akan hilang.. :)

Iffah Afeefah said...

erm sunah, kalau yu rse mcm tu semua orng de rase cmtu

tapi tpulang cmne die uruskan rase tu

dan the end nya ialah Allah ada..

mudah kata, susah nak wat. ai tau yu mudah nk buat

✿ Cik Nisa ✿ said...

Allah sentiasa disamping kite :)

Sunah Sakura said...

@Syarifah Nornazrah Al Yahya

thanks naz...insya'Allah... :)

Sunah Sakura said...

@Iffah Afeefah

Allah ada...luahkan semuanya pada Allah kan...kalo tengah donat stroberi, mesti rasa lagi sedih.... :(

Sunah Sakura said...

@✿ Cik Nisa ✿

:)

Ayu azmir said...

harap awak tabah....

Sunah Sakura said...

@Ayu azmir

insya'Allah...ameen...

Rozuan Ismail said...

kawan memang ramai sekeliling kita. tapi yang benar-benar sahabt memang satu dalam beribu

RedRose said...

insyaallah, org yg sentiasa muhasabah diri ni terjaga akhlaknya. ^__^

Mrs. Abi said...

astaghfirullahalazim :(

nabila azmi said...

huhu...=(...

Haris Khairuddin said...

mungkin kadang2 itu cara Allah nak bagitau hambaNYA yang kita dah jauh dari DIA?? kita lebih sayangkan makhluk berbanding Pencipta. makhluk buleh tinggalkan kita, sedangkan DIA always di samping kita.

*bercakap melalui experience.. ;)

ahsfantasy24 said...

satu tak sama dengan satu yang lain,
tapi kita perlu belajar menerima dan menghargai :)

Hafizin Jamil said...

sepi itu lumrah. menangis itu fitrah. pergantungan kepada Allah itu wajib.

Mas Zull said...

assalamualaikum sunah...betul tu jgn sedih2 yer Allah ada disamping kita...;)

kiera'sakura said...

kakak saya kuat!!! awal nie mungkin payah sikit tp insyaAllah lama2 nt sepi akak mesti terubat ;)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.