Ticker

6/recent/ticker-posts

Sunyi. Sepi. Sendiri.


Rasa sunyi. Rasa sepi. Rasa sendiri.

Bila kawan da pergi, kawan yang kita rasa senang dengannya, yang tak sama dengan kawan-kawan lain. Walau ada kawan-kawan lain di sekeliling, tetap tak rasa terisi dengan kehadiran mereka.

Bukan tak pernah ditinggalkan sendiri, malah pengalaman-pengalaman lalu banyak berlaku secara bersendirian. Mungkin kerana sejak kawan itu hadir, baru rasa ada yang satu kepala, rasa ada yang boleh masuk serasi dengan kita.

Hingga dia pergi, lalu rasa sunyi datang menyapa.

Rasa pelik bila rasa sepi itu hadir. Tertanya-tanya kenapa rasa kehilangan dan rasa tak ada sesiapa. Tercari-cari tempat untuk meluah rasa. Tiada. Tercari-cari punca. Hingga bila mengagak-agak sebabnya, hati rasa sakit dan kepala rasa berdenyut.

Tiba-tiba dalam keharuan ditegur pula satu suara lain.

"Kau rasa sepi sebab manusia? Dan kau cari selain Tuhan untuk meluahkan rasa? Kenapa kau ni? Kau lebih bergantung harap pada benda lain!!!"

Tersentak dan menangis.

Muhasabah diri.

Allah selalu ada.

Aku hanya ada DIA. 

Astaghfirullahal'azim.

Post a Comment

19 Comments

  1. "CUKUPLAH ALLAH ADA, DIA ADA UNTUK KU" - ILUS oleh Melur Jelita...

    ReplyDelete
  2. DIA tetap ada di waktu kita susah dan senang, jgn pernah lupakannya. Sentiasa mengingatiNya, InsyaAllah 'rasa' tu akan hilang.. :)

    ReplyDelete
  3. erm sunah, kalau yu rse mcm tu semua orng de rase cmtu

    tapi tpulang cmne die uruskan rase tu

    dan the end nya ialah Allah ada..

    mudah kata, susah nak wat. ai tau yu mudah nk buat

    ReplyDelete
  4. @Iffah Afeefah

    Allah ada...luahkan semuanya pada Allah kan...kalo tengah donat stroberi, mesti rasa lagi sedih.... :(

    ReplyDelete
  5. kawan memang ramai sekeliling kita. tapi yang benar-benar sahabt memang satu dalam beribu

    ReplyDelete
  6. insyaallah, org yg sentiasa muhasabah diri ni terjaga akhlaknya. ^__^

    ReplyDelete
  7. mungkin kadang2 itu cara Allah nak bagitau hambaNYA yang kita dah jauh dari DIA?? kita lebih sayangkan makhluk berbanding Pencipta. makhluk buleh tinggalkan kita, sedangkan DIA always di samping kita.

    *bercakap melalui experience.. ;)

    ReplyDelete
  8. satu tak sama dengan satu yang lain,
    tapi kita perlu belajar menerima dan menghargai :)

    ReplyDelete
  9. sepi itu lumrah. menangis itu fitrah. pergantungan kepada Allah itu wajib.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum sunah...betul tu jgn sedih2 yer Allah ada disamping kita...;)

    ReplyDelete
  11. kakak saya kuat!!! awal nie mungkin payah sikit tp insyaAllah lama2 nt sepi akak mesti terubat ;)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com