Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Sama Rupanya...

Alhamdulillah.

Da kembali dari sana. Ade banyak benda baru yang saya dapat tahu. Ye la, sebelum ni duk Sarawak kan budaya tak berapa nak sama walaupun ada yang iras-iras macam nak sama.

Kalau kat sana, kenduri jarang-jarang orang buat dua kali (belah perempuan dan belah lelaki). Walaupun Sarawak tu besar, kenduri tetap sekali aje kat belah perempuan. So, bila Kiera'Sakura buat sekali je belah perempuan hari tu, tak rasa hairan sangat kalau saya masih baru-baru lagi datang ke Semenanjung. Tapi sebab da hampir 6 tahun saya duk sini, jadi heran la jugak sebab kat sini la saya baru kenal budaya walimah tu diraikan kat kedua-dua belah rumah perempuan dan lelaki.

Kalau kat Sarawak, disebabkan budaya dia walimah hanya diraikan kat rumah sebelah pengantin perempuan, maka suami akan duduk rumah isteri. Kan takde majlis umah lelaki? Hewhewhew. So bila semalam kat Kedah keluarga pengantin perempuan balik, Wany cakap, "ehhh mana ada, isteri kena stay umah suami~" Erk! Saya jadi pelik. Ooo~ Tak sama ek~?? Hehehe.

Tu la, orang cakap, jauh berjalan, luas pemandangan. Tengok budaya dan cara hidup orang.

Kan da belajar banyak benda baru!

Alhamdulillah.

Moga musafir kali ini ada manfaatnya.


P/S: Terima kasih kepada semua-semua kesayangan saya yang hantar saya balik malam tadi~ Rinduuuuu sudah! :')

Post a Comment

10 Comments

  1. ooh kalau kata sana lelaki stay umah perempuan ye...kat sini pompuan akan bermalam umah lelaki dan dulu2 kena ada peneman...lepas kenduri keesokan nya pengantin lelaki akan anta pengantin pompuan dan dia akan stay la kat sana beberapa hari dan balik semula ke umah pengantin lelaki untuk ziarah keluarga sedara semua..

    tapi skrg nie peneman dah xperlu..dan ada jugak yang lepas majlis belah pempuan..lelaki akan stay 1 malam dan baru balik umah nya utk persiapan majlis di belah pihak dia...

    rindu kamu jugak...muka sebek je mlm tadi masa dlm bas...dah tu sanggup halau kami balik ye..kamu sedih la tu

    ReplyDelete
  2. Di Sarawak, Majlis kawin bukan hanya dibuat di sebelah pihak perempuan.. tetapi selalunya di lakukan serentak sebelah perempuan dan lelaki pada hari yang sama (untuk pengantin yang berasal dari daerah yang sama)..
    sekiranya pengantin berasal dari daerah yang berlainan (contoh; Kuching dan Miri), majlis di rumah pengantin lelaki tetap akan di buat pada hari yang berlainan tetapi tidak semeriah majlis di rumah pengantin perempuan.. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sunah...betul tu lain tempat lain caranya kot...;)

    ReplyDelete
  4. haha.tak pe.benda baru boleh belajar

    ReplyDelete
  5. kita mcm byk menda nak cerita kat akak pasal nie. tapi kita malas betol nak menaip huuuu...

    kenduri belah lelaki tue lazimnya disebut kenduri sambut menantu(perempaun) tujuannya pun untuk bagitau jiran sedara mara yang anak teruna dia dah ada isteri. takde la org yg tatau kata anak dia buat pangai jahat hihihi..

    buat dua kenduri sbb kdang kenduri belah pmpuan tue dah ramai sedara mara yg dtang mungkin nt terlampau sesak tak cukup tmpt nk mkn. lagi pun sesama besan akan rasa segan sikit la kalau nak panggil reramai nie... eh nanti la kita sambung kat entry kita sendiri pulak :p

    ReplyDelete
  6. hehhee..
    tu la adat tak sama di banyak tempat :)

    ReplyDelete
  7. yu g kenduri spe

    npe ai xtau ni kah3

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com