BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, January 5, 2012

Sebenarnya Saya...


Terkena jangkitan...

Ia bermula Jumaat lepas, 30 Disember 2011. Masa tu, kalau dikira kitaran haid yang normal, saya tak sepatutnya uzur lagi. Tapi saya syak, saya kencing berdarah. Antara tanda-tanda jangkitan pundi kencing. Petang tu saya ke klinik, dan doktor bagi ubat tahan sakit, ubat pecah batu karang, ubat sakit perut (saya tak faham kenapa dia bagi ubat ni), dan antibiotik.

Esok malamnya, saya demam panas. Suhu badan 38.5 'C. Pembantu perubatan yang rekodkan data saya ke dalam buku cakap, kalau saya makan antibiotik yang diberi tu, tak mungkin saya demam. Ya, saya makan. Tapi saya demam. Dia minta saya datang semula esok pagi untuk jumpa doktor, tak kira demam atau tak.

Esok pagi (Ahad), saya ke klinik UTM semula. Saya bagitahu saya demam dan tentang jangkitan pundi kencing. Tentang darah yang masih keluar. Dia semak database, kemudian suruh habiskan dulu antibiotik. Dia bagi ubat batuk, ubat selsema dan paracetamol. Hurmmm...

Isnin, saya makan ubat macam biasa dan petang tu demam panas datang balik. Sebelah malamnya pulak, saya rasa sejuk sampai menggigil macam dalam ais. Selasa, darah dah tak keluar. Alhamdulillah. Maksudnya pundi kencing da bersih dari bakteria. Tapi malamnya saya demam panas semula. Dalam jam 12.35 pagi, saya ke poliklinik dengan kawan.

Doktor tanya ubat-ubat yang saya ambil. Saya cerita satu-satu. Dan saya gitau tentang darah yang dah takde. Tapi batuk saya sangat teruk. Makin teruk hari ke hari. Doktor amek lampu picit, suh saya bukak mulut. Ada jangkitan pada tonsil saya pulak. Doktor tulis notis untuk doktor UTM supaya bagi antibiotik Augmentin yang boleh cover semua sekali, tak macam antibiotik sebelum ni yang hanya cover pundi kencing sahaja.

Malam tu jugak, pertama kali saya masuk air dalam badan. Dan dari situ, saya dapat tahu, saya perlukan jarum hijau kalau nak cucuk vein sebab urat saya sangat halus dan bengkak-bengkok (doktor cakap, susah nak bersalin ni nanti T_T). 4 kali cucuk jarum biru (hanya itu yang paling kecil kat poliklinik tu), yang keempat baru masuk pada vein tangan kiri. 2 jam kami tunggu air habis. Doktor pun ada bagitau, salah satu lagi yang dia risau adalah jangkitan demam denggi. Bayangkan apa yang saya rasa masa tu.

Esoknya, saya ke klinik UTM lagi. Iaitu semalam, Rabu, 4 Januari 2012 (see, kan setahun saya demam). Macam biasa, doktor akan persoalkan kenapa gi klinik luar, tak gi klinik UTM dulu. Jenuh nak jawab, kalau gi klinik UTM malam-malam gi Kecemasan, siyes takde doktor. Buat ape? Rasanya tak dapat nak tahan da kot kalau nak kene tunggu esoknya pulak.

Ok, lepas tu doktor suh buat urine test, blood test dengan masuk air dua botol. Sekali lagi, guna jarum biru sebab tu je yang paling kecik kat klinik UTM. Dan sekali lagi saya dicucuk di sana-sini sebab tak jumpa urat (oh, susahnya saya ni!). Dan semalam, cucukkan yang kelima baru la jadi oleh seorang abang yang baik tu. Yang sebelum tu semua tak jadi oleh seorang kakak yang baik jugak tu.

Masa tu, sepatutnya amek darah sekali untuk blood test, tapi darah tak keluar pulak. So kena cucuk kat belah lain lak untuk amek darah. So jumlah semuanya adalah 10 'love bites' kat dua lengan saya. Fuhhh! Lepas ni takmo sakit dah!!! Bila da boleh masuk air, kakak yang baik tu cucuk syringe antibiotik dengan ubat tahan muntah. Masa cucuk ubat tahan muntah tu saya tak boleh bukak mata langsung. Denyutan nadi jadi sangat-sangat laju. Tanda saya alergi dengan ubat tu. Tak lama lepas tu baru ok balik.

4 jam juga kami tunggu dua botol air habis dimasukkan ke dalam badan. Nak tido memang tak berdaya sebab batuk sepanjang masa. Dah habis tu, jumpa doktor balik. Alhamdulillah, rasa sangat bersyukur masa dengar doktor cakap takde denggi, semua ok, cuma virus biasa saje. Balik tu, mak kol dan saya menangis kat luar klinik UTM tu jugak sebab mak marah tak gitau dia malam tadi gi poliklinik dan kena masuk air. T_T

Balik rumah. Makan ubat, tido lagi. Bangun petang, rasa segar je. Mandi, solat, online Facebook kejap, update blog entri WW semalam, then tunggu jam 12 untuk makan ubat lagi. Sebelum makan, kena telan satu ubat tu. Then lepas makan, telan ubat lain pulak. Da siap nak baring, tiba-tiba jantung berdegup laju lagi. Saya rasa sesak nafas. Tak selesa dan lemah sangat. Saya muntah-muntah dan cirit-birit. Perut kembung.

Gi klinik UTM lagi. Masa pembantu perubatan tu periksa blood pressure dengan denyutan jantung, sah memang laju sangat. B/P: 103/70. Pulse 120. Kemudian dia tanya ubat ape yang saya makan, saya cakap saya makan panadol dengan lozenge tu je. Dia tanya lagi ubat ape yang doktor bagi petang tadi. Saya bukak beg dan bagi kat dia ubat-ubat saya. Masa tu la, saya baru ternampak ubat yang nama dia sama dengan ubat yang buat saya gelap mata sekejap petang tadi. Ubat tahan muntah (tapi muntah juga sebab stress).

Sah lah saya alergi dengan ubat tu, dia suh saya berhenti ambil ubat tu dulu. Kalau muntah lagi, jumpa doktor dan gitau yang ubat tu tak serasi dengan saya. Balik rumah, dan tunggu kesan ubat tu redha. Dah 2.30 pagi, saya tak tahu nak tido macam mana. Tapi last-last saya tertido juga.

Alhamdulillah. Sebenarnya Allah banyak sangat mempermudahkan saya sepanjang tak sihat ni. Allah bagi saya kawan-kawan di sekeliling saya yang sanggup bawak saya gi klinik hampir setiap hari tak kira waktu. Allah bagi saya kawan-kawan juga untuk mendoakan kesihatan saya agar cepat sembuh. Allah tentukan saya tak perlu dicucuk untuk kali ke 11 dan 12 bagi ubat antibiotik dan tahan muntah (tapi lalu saluran air, cucuk guna syringe). Dan banyak lagi. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah. Terima kasih semuanya. Kamu-kamu semua pun, kena jaga kesihatan elok-elok ye~ Yang wanita, kita memang sangat-sangat mudah kena jangkitan pundi kencing, jadi berhati-hatilah. :)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.