BLOG ENCIK SUAMI

Monday, January 9, 2012

Kecewa Yang Membahagiakan

Cherry blossoms 2 by *MataHari7 on deviantART

Kecewa?

Mustahil kalau aku katakan aku tidak kecewa. Kalau di luar sana aku hanya diam seribu bahasa, tetapi jauh di lubuk hati, aku memendam rasa kecewa dan terkilan yang teramat sangat. Namun siapalah aku untuk menghalang apa-apa yang berlaku bukan di hadapan wajahku sendiri, terlalu jauh untuk aku sentuh hati-hati yang terabai kala diri aku sendiri sedang terabai.

Detik waktu yang telah berlalu itu biar aku simpan saja menjadi sejarah dalam lipatan memori. Dan mungkin ini kali terakhir aku meluahkan rasa tentangnya. Bak kata teman, kadang-kadang orang lain lupa untuk menghargai kita yang berada di sekeliling mereka. Biarlah, biarlah semuanya berlalu pergi. Kerana masing-masing yang punya hati sudah tentu punya akal untuk berfikir sendiri. Di sini aku hanya mampu berdoa agar segalanya dalam langkah kaki mereka, mengikut acuan Allah s.w.t.

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Tidak. Silap di situ. Sememangnya di sebalik setiap kejadian itu ada hikmah yang Allah sembunyikan. Tinggal kita untuk mengorek lebih dalam dan menilai sendiri makna di sebalik semuanya. Mungkin kecewa yang hadir itu hanya seketika cuma, kerana sebentar lagi bila telah kau temui hikmah yang aku maksudkan, kau pasti dan insya'Allah, akan rasa bahagia.

Kerana redha itu salah satu kunci bahagia...


P/S: Biarkan aku selesa menggunakan 'aku'... Kerana aku tetap 'saya' yang dulu. Maka, jangan kecewa.

P/S: Dan kalau kau membaca ini, aku tak pasti juga sama ada kau akan membaca kerana kau dah mula melangkah jauh dari sini, namun kalau kau membaca ini, jangan risau... Rasa kecewa dan terkilan aku berhenti di sini. Aku doakan kau berjaya walau apa pun yang kau pilih dalam hidup kau...

P/S: Anwar da bebas dari tuduhan dunia. Selebihnya urusan dia dengan Allah. Maka, berhentilah kecewa.

P/S: Ada hikmahnya tak jadi gi lab, dalam keadaan batuk yang masih tak surut tahap 'kenyaringan'nya, bimbang terganggu pula lab dengan bunyi batuk... Maka, tak perlu kecewa.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.