BLOG ENCIK SUAMI

Monday, January 16, 2012

Saya Di Facebook Dengan Saya Di Blog, Sama Ke Tak?

Sakit perut.

Tu je yang mampu saya gitau.

Gggrrr... Takkan tu pun nak masuk dalam blog? Haiyaaa... Dah lah kat FB pun orang tak bagi letak status cikai cam tu, inikan pulak kat entri blog. Eh, sukatilah! Ni blog aku, ikut suka aku la nak letak entri ape pun! Ops! Merepek sudah.

Itu hanya intro yang tak bermakna apa-apa.

Hari tu ada baca status Hilal (tak panggil adik dah, kang Jiji jeles) kat FB. Banyak kali dia ulang benda ni. Kalau nak kenal dia, jangan nilai dari status FB dia. Status FB dia tak menggambarkan siapa dia. Kalau nak kenal dia, gi baca buku-buku dia.

Hooo~ Ada betulnya! Tak semua orang yang kita kenal kat FB tu, macam tu kat dunia realiti. Setuju? Saya pasti, ramai yang setuju. Saya ulang di sini, TAK SEMUA (maka, ada jugak yang sama di FB dan di dunia luar). So, kalau kita yang takde buku ni, nak kenal macam mana? Dari blog mungkin. Itu pun kalau ada blog. Kalau takde blog, mungkin boleh tengok twitter atau tumblr. Eh! Itu cadangan semata-mata. Hahaha~

Hari ni, saya banyak berjalan kat blog kawan-kawan blogger lama. Baca entri-entri lama diorang. Rasa rindu sangat-sangat dengan mereka yang dulu-dulu. Sekarang semua da slow kan? Saya suka baca entri-entri lama diorang, sebab entri-entri lama tu la yang banyak menggambarkan diri diorang. Yang saya rindu sangat.

Tapi ada jugak yang kat dalam blog berbeza sangat-sangat dengan kat dunia realiti. So, macam mana nak kenal orang ni sebenarnya? Hailaaaa~~~ Kenal je la macam tu, macam tu je. Kalau Allah izinkan kamu jumpa dengan mereka face to face, alhamdulillah. Dapat la kenal macam mana orangnye yang sebenar.

Eh, apa yang saya taip ni?

Saya rasa macam nak backspace je semua yang da ditaip kat atas ni. Tapi kamu semua da baca sampai habis kan?

So, biarkan je la.


Baru 4 Hari Lepas Saya Jumpa Dia...

Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah 4 hari lepas.

Khamis malam, ada kuliah tafsir surah Yaasiin. Masa tu sempat bersalaman dengan arwah. Arwah tak cakap banyak. Diam dan senyum saja. Saya pun masih belum sihat masa tu. Batuk masih teruk. Lepas tu terus balik.

Hari ni, jam 4.43 petang tadi, dapat mesej dari salah seorang sahabat. Minta buatkan berita tentang kemalangan guru-guru PASTI Gelang Patah, salah seorang meninggal dunia. Masa tu, tak tertanya-tanya lagi siapa yang meninggal sebab masih penat baru balik dari membeli tiket.

Selepas Maghrib, nampak satu gambar kat wall FB. Nampak satu nama yang familiar. Dalam hati menyebut, "Takkanlah? Nama dia kan lain sikit..." Kemudian tengok kat wall group dan tengok lagi sekali pada sumber gambar.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as, 44, (selalunya kami panggil Cikgu Ainon) dah meninggal dunia petang tadi dalam kemalangan jalan raya. Honda Wish yang diorang naiki berenam, dirempuh dari belakang. Arwah tercampak keluar dari bonet yang terbuka selepas dirempuh sebelum dilanggar pula kenderaan lain, lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

Selepas berita dikemaskini, saya bersama sahabat ke rumah keluarga Allahyarhamah Cikgu Zainon di Felda Pasir Raja. Ramai sudah ahli keluarga menunggu jenazah dibawa pulang dari hospital. Adik arwah menangis hiba. Saya lihat ibunya tenang sahaja. Malah, ibunya yang menenangkan si adik.

4 hari lepas, kami bersama-sama menimba ilmu tentang surah Yaasiin. Malam ini, saya pula bacakan surah Yaasiin untuk arwah.

Ketika jenazah sampai, semua berduyun-duyun mahu melihat jenazah, tapi kain kapan tidak dibenarkan untuk dibuka. Semakin hiba adik arwah kerana tidak dapat menatap wajah jenazah buat kali terakhir. Jenazah disolatkan. Doa dibaca oleh imam, memohon keampunan daripada Allah buat jenazah. Ketika itulah air mata tidak dapat ditahan lagi.

Arwah seorang guru yang sangat berdedikasi. Arwah juga seorang yang lantang bersuara dalam hal-hal yang beliau rasa patut dibetulkan. Saya kagumi arwah untuk itu. Moga Allah tempatkan Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as (1 Januari 1968 - 15 Januari 2012) bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa. Ameen.

Al-Fatihah.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.