BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, February 18, 2012

Untuk Kamu Yang Mendoakan Saya

Forgotten Memories by *WiciaQ on deviantART

Hari ini...

Hati saya tergerak untuk mencari tentang kamu. Entah kenapa, saya tidak tahu. Namun saya terkejut bila mendapat tahu, kamu ada blog juga. Segera saya klik link itu. Blog kamu masih baru. Dan saya lihat blog kamu baru sahaja dibuka bulan Julai tahun lepas, dan kembali menyepi pada bulan September tahun yang sama atas urusan kerjaya.

Saya baca satu persatu entri yang kamu published. Saya dapat rasakan, kamu buat blog itu bersebab. Iya, entri-entri terawal itu tempohnya beberapa hari sahaja sebelum tarikh lahir saya. Dan semakin dekat dengan tarikh keramat itu, jantung saya semakin berdegup kencang.

Dan di situ...

Sehari sebelum tarikh lahir saya, ada satu entri dari kamu. Rupa-rupanya kamu mengikuti blog saya. Tapi itu tidak terlalu mengejutkan buat saya, kerana kamu pernah cuba menegur saya di Facebook yang menyebabkan saya terus meletakkan kamu dalam senarai Block List. Maafkan saya kerana terlalu takut pada kamu dan kenangan lama.

Ya, itu sejarah lama yang terlalu hitam.

Sejarah itu yang menjadikan saya dan kamu insan yang berdiri hari ini. Sejarah itu, biarlah terlipat saja dalam memori yang paling dalam. Tidak usah kita kenang lagi. Dan saya maafkan kamu untuk segalanya, seiring dengan itu, saya juga memohon kemaafan dari kamu atas segala yang telah berlaku dulu. Semoga kamu memaafkan saya, kerana Allah tidak akan mengampunkan dosa saya yang membawa kamu bersama-sama ke kancah dosa tanpa kemaafan dari kamu.

Naudzubillahi min zalik.

Alhamdulillah, dari entri itu dan blog kamu, saya percaya kamu sudah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Semoga kamu terus berjaya dalam kehidupan kamu, di dunia juga di akhirat kelak. Teruskanlah langkah kaki kamu ke hadapan tanpa perlu berpaling lagi. Kini haluan kita berbeza. Moga Allah redha.

Syukur saya panjat ke hadrat Illahi atas apa yang saya temui hari ini. Semoga kamu istiqamah. Ameen...


P/S: Segala puji bagi Allah yang memberi kita segala rasa...


Entri Ini Perlu Dibaca Dua Kali

These cherry blossoms by =winona-heart on deviantART

Allah...

Ini ujian Mu bukan?

Dan aku kira, seeloknya aku menjauh dari semua itu untuk memelihara hati...agar aku tidak bersangka-sangka...dan yang lain-lain juga tidak bersangka-sangka denganku jika aku tersilap langkah dalam mata begitu ramai manusia melihat tindakanku...

Jika manusia sudah tidak sudi memandangku, hanya pandangan Mu yang aku harapkan...

Mohon petunjuk hanya dari Mu ya Allah...


P/S: Jika tadi kamu-kamu baca dari sudut pandangan saya, baca sekali lagi untuk diri sendiri pula... :')


Cerpen: Cinta dan Rindu Ini Pun Bersatu

Aku cintakan dia.

Sejak kenal dia di bangku sekolah rendah, aku selalu mencuri waktu untuk mengenali dia. Cinta dalam diam. Dia tidak pernah tahu. Orang kata, cinta dalam diam itu menyakitkan. Sakit kerana kita tidak pernah berani untuk meluahkan. Namun, aku tidak langsung merasa sakit itu. Entah kenapa, aku rasa bahagia walaupun dia tidak pernah tahu.

Di sekolah, kawan-kawan menjadi tempat untuk aku bertanya tentang dia. Hampir setiap hari, ada saja soalan tentang dia. Seolah-olah segalanya tentang dia tidak akan pernah habis aku risik. Semakin dalam aku kenal dia, semakin banyak pula benda baru yang aku tahu tentang dia. Semakin banyak yang menarik hati aku tentang dia.

Kadang-kadang ada cemburu dalam hatiku, bila ramai yang menyebut-nyebut namanya. Bukan aku seorang, ramai juga yang menaruh hati pada dia. Malah melihat mereka dan membandingkan diriku dengan mereka buat aku rasa rendah diri. Mungkinkah dia akan memilih aku yang tidak punya apa-apa?

Sampai lah aku ke menara gading, aku masih ada dia dalam hati. Aku tahu, bukan kebetulan, seolah-olah dia ditakdirkan Allah untuk sentiasa ada dekat denganku.

Dan di situlah segala-galanya bermula.

***

"Aku rasa, dia membuatkan aku semakin dekat dengan Allah dan Rasulullah..." suaraku satu malam kepada rakan sebilikku, Nawal. Ketika itu, kami sedang mengulangkaji pelajaran. Kertas terakhir untuk semester terakhir.

"Alhamdulillah...tapi kau senyapkan saja. Sampai bila?" Nawal seakan-akan tidak puas hati.

"Biarlah, sampai bila-bila. Sampai Allah tentukan masa yang sesuai," aku senyum segaris.

"Tapi Ulfah... Dah ramai sangat yang tanya ni, aku tak tau dah nak buat cerita. Tu Jasmir tu, dah banyak kali dah tanya-tanya tentang kau..." Nawal cuba memujuk.

"Kalau macam tu, cakap kat Jasmir aku dah berpunya. Hehehe..." aku tergelak kecil.

Nawal mengeluh.

"Tak baik mengeluh! Kau doakan la aku dan dia ada jodoh! Doa tu kan senjata mukmin..." aku masih dengan pendirianku.

"Tapi kau tak pernah bagitahu aku nama dia..."

***

Keputusan peperiksaan aku dan Nawal sama-sama cemerlang. Kami sama-sama menyambung pengajian di Asia tengah. Mengambil bidang yang sama juga, malah tinggal bersama lagi. Pernah terdetik dalam hatiku, mungkin Allah takdirkan aku dengan dia berkawan sampai mati.

"Ulfah..." Satu petang, Nawal memulakan bicara yang pernah kami bualkan satu masa dulu.

"Ye, sayangku..." Ya, aku sayang Nawal, sahabat terbaik yang pernah Allah anugerahkan padaku.

"Jasmir... Semalam dia tanya aku lagi."

Jasmir turut menyambung pengajian di sini. Malah ramai juga sahabat satu kampus dulu menyambung pengajian di sini. Mendengarkan kata-kata Nawal itu, membuatkan aku terdiam seketika. Jasmir masih menunggu rupanya.

"Dia tahu kau tak terikat lagi dengan sesiapa..." Nawal seolah-olah dapat membaca fikiranku.

"Nawal... Aku bakal diikat tak lama lagi, insya'Allah. Sampaikan pada Jasmir macam tu, ok?" pintaku sambil mencapai tangan Nawal. Tangan itu aku genggam erat. Penuh harapan.

"Betul?" Nawal merenung jauh ke dalam mataku.

Aku mengangguk sambil tersenyum bahagia.

"Alhamdulillah... Dengan dia?" Nawal bertanya lagi.

Melihat senyumanku, Nawal turut tersenyum bahagia.

***

"Maafkan aku Jasmir. Ulfah tak mungkin terima kau, dia bakal jadi milik orang lain." Nawal berjumpa Jasmir pada hujung minggu, ditemani seorang kakak senior.

"Siapa orang tu, yang bakal menjadi suami Ulfah? Aku teringin nak tahu..."

"Dia tak akan bagitahu. Aku dah puas bertanya sejak lama dulu lagi. Dia kata tunggu dah nak dekat majlis."

"Beruntungya lelaki tu... Bila dia akan bernikah?"

***

Gegar gempita di luar bangunan itu dapat dirasai hingga ke tempat mereka berkumpul. Bingit sekali bunyi muntahan peluru dan mortar antara dua pihak yang sedang bertelagah. Tiada siapa menyangka, Tanah Ratu akan menjadi sasaran pihak sebelah sana. Telah begitu banyak nyawa yang terkorban sejak perang bermula seminggu lalu. Dan hari ini, pihak sebelah sana semakin galak meluaskan kawasan serangan.

"Jasmir! Jasmir!" Nawal melaung nyaring apabila ternampak kelibat Jasmir dalam kumpulan orang ramai. Lelaki itu menoleh. Bersusah-payah dia membolosi orang ramai untuk menghampiri Nawal.

"Kau nampak Ulfah kat mana-mana?" tanya Nawal apabila Jasmir berada di hadapannya. Dahi Jasmir berkerut.

"Kenapa Ulfah? Dia tak ikut bersama kau tadi?"

"Tak, aku dari perpustakaan terus ke sini."

"Ulfah kat mana masa tu?"

Nawal menggeleng dan mengangkat bahu. Seketika suasana bingit apabila kedengaran bom meletup kuat. Sekali lagi bangunan itu bergegar. Lebih kuat gegarannya dari sebelum ini. Riuh rendah suara orang ramai menduga-duga itu angkara pengebom berani mati kerana bangunan yang meletup adalah kubu pihak sebelah sana yang letaknya tidak jauh dari sini.

"Jasmir!!! Nawal!!" Suara garau seorang lelaki menjerit memanggil nama mereka berjaya mengalahkan suasana riuh-rendah di sekeliling. Seraya mereka berdua menoleh ke arah pemilik suara. Saifullah kelihatan cemas. Bajunya hilang warna disaluti debu pasir. Keringat di wajah menunjukkan Saifullah bergegas ke sini entah dari mana-mana.

"Jasmir, Nawal... Ulfah... Ulfah..." Saifullah tercungap-cungap.

Nawal membuntang biji mata. Entah kenapa hatinya rasa tidak senang. Seolah-olah sesuatu yang buruk telah menimpa sahabat baiknya itu.

"Kenapa Ulfah, Saifullah???"

***

Nama dia Syahid...
Aku cinta dan rindu Syahid, ya Allah...
Pertemukan aku dengannya...

Tulisan terakhir dalam diari Ulfah yang ditemui di sebalik runtuhan bangunan itu terasa bagai mencarik-carik hati Nawal yang membacanya. Jasmir terduduk di situ juga.

Ulfah telah pergi beberapa hari lepas.

Cinta dan rindu pada mati syahid di jalan Allah selama ini akhirnya termeterai sudah.



P/S I: Dah lama tak menulis cerpen. Maaf kalau ia bukan kisah cinta romantis.

P/S II: Dan aku tidak meminta kamu menjadi orang lain...cukuplah kamu menjadi hamba Allah yang patuh...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.