BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, February 19, 2012

Yang Datang dan Tidak Pernah Pergi...

Picture by lovequotesrus on tumblr

Tentang sahabat lagi?

Yup, insya'Allah tidak akan pernah jemu saya kongsikan dengan kamu-kamu semua tentang persahabatan di blog ini. Kerana persahabatan itu adalah apa yang ada di sekeliling kita setiap hari. Orang yang mengatakan dirinya tiada sahabat juga belum tentu tiada sahabat, kerana dirinya sendiri adalah sahabat kepada dirinya, malah kucing kesayangan juga boleh menjadi sahabat terbaik biar ia hanya berlagak mendengar tanpa membalas apa-apa.

Pengalaman memberi kita buah fikir untuk dinilai. Apa yang berlaku di sekeliling kita boleh saja diterjemah walau pengertiannya hanya sedikit cuma. Kerana ada sesetengah perkara yang tidak kita fahami, mungkin sahaja tidak perlu kita fahami sampai bila-bila. Itu kata seorang papa yang baik.

Saya melihat dunia ini seperti kata-kata dalam gambar tumblr di atas. Kita punya ramai sahabat, sangat ramai sejak dari pertama kali kita melihat dunia. Dan ia terus bertambah dari hari ke hari biarpun kadang-kadang ia hanyalah sekadar atas senarai Friends di Facebook yang tidak pernah menegur kita sejak proses friend-request-approved-accepted.

Dan sepanjang hidup kita, ada sahabat yang pergi meninggalkan kita, ada sahabat yang terus bersama kita, ada sahabat yang telah lama kita kenal, ada sahabat yang baru sahaja kita kenali beberapa jam yang lepas. Mana-mana antara mereka pasti ada yang buat hati kita senang dan tenang dengannya. Yang kita mahu kekal sampai bila-bila biarpun kita berubah laku.

Kerana apabila kita berubah laku, tidak kiralah kepada yang lebih baik atau yang sebaliknya, sahabat yang masih kekal dengan kita itulah yang benar-benar ikhlas dan jujur dengan persahabatan. Kerana dialah yang akan membangunkan kita bila kita rebah, dan dialah yang akan menjadi tiang sokongan jika kita mahu membina kehidupan yang lebih baik.

Kita pula, sahabat yang bagaimana kepada sahabat-sahabat kita?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.