BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, February 29, 2012

"Jaga Jarak!"

Lokasi: Kem Pembentukan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

"Ok, kamu semua boleh mula berbincang dalam kumpulan sekarang." Komandan kem memberi arahan kepada para peserta.

Kami bergerak membentuk kumpulan masing-masing. Semua duduk dalam bulatan kumpulan yang telah dibahagikan daripada awal. Dalam asyik berbincang, kadang-kadang mata terlepas pandang.

"Dik, jaga jarak ye..." Salah seorang kakak fasi menyentuh bahu dan menyampaikan pesan.

Saya menoleh ke belakang. Subhanallah, istighfar kemudian mengiringi. Dekatnya belakang saya dengan seorang peserta lelaki dari kumpulan sebelah. Masing-masing sibuk berbincang hingga terabai akan peraturan yang satu. Saya mengengsot ke hadapan sedikit.

Menjarakkan diri.

*****

Lokasi: Perjumpaan Mahasiswa/i Sabah Sarawak di Masjid Ar-Rahman

Hanya Amirul seorang muslimin yang duduk di kalangan sahabat muslimat yang lain ketika itu. Dia nampak biasa saja. Muslimat yang lain juga nampak biasa saja. Berbual dan berbincang hingga mengawang-awang tangan.

Resah di hati saya dapat dibaca oleh seorang kakak sekampus. Wajah saya masam mencuka melihat apa yang berlaku di hadapan mata sendiri. Muslimin tidak begitu menjaga batas pergaulan. Duduk terlalu rapat dengan muslimat lain. Namun masing-masing seperti tidak merasakan perkara itu salah.

Hinggalah sampai saat hendak memilih keputusan...

"So, kita nak buat bengkel ke tour ni???" tanya Jamilah.

"JAP! Jarak sikit please..."

Saya sudah tidak mampu bertahan.

*****

Lokasi: Mesyuarat Jabatan Majlis Perwakilan Mahasiswa

Ketika kami sedang menanti kata putus ketua jabatan, salah seorang kakak Majlis Tertinggi datang menghampiri kumpulan kami. Mendengar seketika perbincangan kami.

Tiba-tiba, kakak itu bersuara...

"Eh, kenapa jauh sangat korang ni?"

Kami hanya tersenyum...

*****

Lokasi: Padang, Hari Sukan Kolej

"Hei, you dah jumpa Abu?" Lim mendekat.

Saya menggeleng. Kawan sebelah turut menggeleng.

"Aiyaaak...kenapa tak jumpa lagi??" Lim sudah berada di hadapan kami.

"Opsss...dekatnya Lim..." pintas kawan sebelah apabila merasakan Lim terlalu hampir.

"Ops, sorry, sorry..." Lim menjauh sedikit, membina jarak yang lebih selesa.

"Abu tengah rekodkan nama peserta tadi, lepas ni la jumpa dia."

*****

Membelek balik gambar-gambar ketika Minggu Ketiga Akademi Nasyid di Sri Pentas. Gambar-gambar bersama Hafiz Hamidun.

Ada beza sedikit dengan gambar-gambar orang lain yang turut bergambar dengan Hafiz.

Kumpulan yang ini menjaga jarak dengan bukan mahramnya.

*****

Rindu ayat itu... "Jaga jarak!"


P/S: Kerana itu, moga yang mengenali faham kenapa sesetengah perkara itu tidak sama dengan yang lain.


Wordless Wednesday #50: Wordy Actually


and

please admit that you don't really know me


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.