BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 1, 2012

Spontan Mengundi #18


Maaf, hari ini saya bukan duta SPR...
Tapi saya rasa perlu untuk menyeru semua menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih!







P/S: Maaf kerana saya tak mampu ikut kamu gelak dengan segala lawak tentang perihal mengundi.


Tak Masuk Neraka Kalau Tak Mengundi

Dirty Politics by HindiWeb.net

Saya tahu, ramai yang tak suka isu politik.

Dengan alasan, politik Malaysia itu kotor. Malah, ada yang sudah cukup umur, tapi belum mendaftar pun sebagai pemilih. Dan tanpa rasa bersalah, mengatakan "takpelah, saya tak nak mengundi..."

Ya, memang politik Malaysia agak kotor. Saya akui itu. Dengan macam-macam kontroversi dari kedua-dua jenis parti, rakyat marhaen pun pasti rasa jelik dengan suapan berita setiap hari di media massa. Apatah lagi lidah perdana yang nyata menyebelahi parti pemerintah. Sampai naik bosan dan muak dengan berita-berita di kaca TV dan dada akhbar.

Entah lah...

Bila disuruh mengundi, macam-macam pulak alasannya. Tak mengundi, tak masuk neraka. Ya, memang tak masuk neraka pun kalau tak mengundi, tapi ingat, tak dijamin masuk syurga pun kalau langsung tak ambil peduli untuk memilih siapa pemimpin kamu.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu." [an-Nisa: 58]

Aha, zaman Rasulullah s.a.w dulu tak perlu pun undi-undi ni. Rasulullah s.a.w terus bangunkan masyarakat Arab dengan baginda sendiri menjadi pemimpin. Subhanallah... Alhamdulillah ada Rasulullah s.a.w yang menjadi utusan pilihan Allah untuk memimpin manusia di zaman tersebut.

Zaman kita, ada pemimpin maksum dari dosa macam Rasulullah s.a.w?

"Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah." [al-Qasas: 26]

Hurmmm...

Memang sukar memilih pemimpin yang amanah. Namun lebih berat bebannya apabila tidak menunaikan amanah. Memilih pemimpin yang kuat lagi amanah itu adalah amanah Allah buat kita. Biar amanah kita selesai dengan Allah dahulu, amanah pemimpin itu setelah kita memilih dia pula tanggungjawab dia dengan Tuhannya.

Dan Allah Maha Mengetahui.


P/S: Sebab tu orang cakap, jadi pemimpin ni, sebelah kaki da masuk neraka.


Mengundi Wajib???

Apakah hukum mengundi?

Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.

Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?

Jika perlu ia boleh menjadi fardhu ‘ain atau wajib. Seperti adanya arahan dari pihak Pemerintah sendiri.

Adakah dalil-dalil atau nas yang mewajibkan semua orang untuk mengundi?

Tiada dalil yang jelas secara hitam putih. Ia hanya satu keperluan bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?

Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Sekiranya ada 2 pemimpin muslim yang bertanding di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah untuk menentukan pemilihan pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?

Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat.

Sekiranya di tempat kita terdapat 2 pemimpin kafir, bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi memilih pemimpin?

Pilihlah pemimpin kafir yang lebih prihatin dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam.

Sekiranya seorang lelaki kafir bertanding dengan wanita Islam, siapakah yang sepatutnya kita undi sebagai pemimpin?

Wanita Islam.


Menurut Kaedah Fiqh, "Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib."

Contohnya, solat yang wajib itu tidak sempurna melainkan dengan wudhuk, maka wudhuk itu menjadi wajib untuk mendirikan solat.

Dalam aspek memilih pemimpin dan pemerintah pula, adalah wajib untuk kita yang Muslim menegakkan pemerintahan Islam, maka dengan itu memilih pemimpin dengan cara mengundi itu wajib.

Sama seperti gerak kerja dakwah untuk mendirikan daulah Islamiyyah (negara Islam), selagi mana daulah Islamiyyah itu belum tertegak dengan sempurna, selagi itulah dakwah itu wajib untuk semua.

Wallahua'lam.


Rujukan lain:
Minda Tajdid » Adakah Dosa Dan Pahala Dalam Mengundi Pilihanraya?
TranungKite Online v7.0 - Fatwa Ulama Saudi Mengenai Hukum Mengundi


P/S: So, yang dah lebih 21 tahun tu, da daftar mengundi belum?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.