BLOG ENCIK SUAMI

Friday, March 9, 2012

Nama Dia Opie

Suatu ketika dulu.

"Pie, jom ikut ayah gi tempat kerja hari ni!" Dia mengajak adik lelakinya. Opie sengih sambil mengangguk. Kedengaran sahaja pintu bilik ibu dan ayah dibuka, mereka meluru dan merengek-rengek nak ikut.

"Mana boleh ikut ayah. Hari ni ayah tak boleh bawak," si ibu menegah, tidak mahu anak-anak kecil itu mengganggu ayah mereka yang mahu bertolak ke tempat kerja.

"Alaaaaa...nak ikut ayah, nak ikut ayah!!!" Si kakak tetap mahu ikut. Opie turut merengek-rengek.

"Tak boleh!!!" Ibu melarang, malas mahu peduli. Adik-beradik itu mula memberontak. Menangis kuat dan menghentak-hentak kaki apabila si ayah sudah keluar rumah. Tangisan kuat itu tidak mampu ditahan oleh ayah.

"Tak pe lah, biar diorang ikut. Nanti abang bawak dua-dua sekali." Ibu akur dengan keputusan si ayah. Anak-anak kecil itu berhenti menangis. Gembira kerana dapat mengikut ayah mereka ke tempat kerja biarpun terpaksa naik motorsikal bertiga.

*****

"Kakak nak beg ni!" Si kakak merengek meminta ibu membelikan beg Mashimaro biru gelap di hadapannya.

"Nak yang ni ke?" Ibu bertanya meminta kepastian. Kakak mengangguk. Opie di sebelah merenung beg itu lama.

"Opie nak jugak???" Kakak bertanya.

"Nakkk... Nak yang hitam!"

Ibu membelikan dua beg yang sama, dengan warna berbeza.

Dua beradik itu gembira.

*****

"Ni kucing saya," Opie menunjukkan kucing yang dia bawa entah dari mana. Kucing berbulu kuning, bermata oren. Cantik dan comel.

"Siapa nama dia?" tanya si kakak. Lama Opie diam.

"Mimi."

"Mimi~~~" Adik perempuan yang bongsu memanggil-manggil kucing tersebut.

Mimi kucing pertama yang dibela di rumah mereka sejak kucing arwah atok mati bertahun-tahun yang dulu.

*****

"Kak, ni kan, kalo tambah lagi pedas, mesti lagi sedap." Opie mula mengkritik makanan yang dihidangkan. Si kakak memasak untuk keluarga hari ini.

"Hurmmm...ye ke?"

"Iye, yang ni pun, kalo kita letak kentang sikit, mesti sedap lagi." Opie masih bercakap sambil mengunyah makanan.

"Hurmmm...ye laaaa... Lenkali masak la sendiri!"

"Eik, marah pulak. Bukan orang cakap tak sedap pun!"

Mereka semakin menginjak dewasa.

*****

"Kenapa buat adik macam tu???" Marah si kakak.

"Eeee... Benci lah! Dia tu yang buat dulu! Asyik-asyik salahkan aku aje!"

Panggg!!! Satu tamparan hinggap di pipi Opie. Opie terkejut seraya menyentuh pipi kiri. Menjeling tajam ke arah kakak yang turut terkejut dengan tindakan luar kawalan. Opie merengus marah, kemudian berlalu pergi.

*****

"Kak, nanti kita buat rumah sama-sama ek. Kumpul duit sama-sama masa da kerja nanti. Hee~~~" Opie bersuara semasa mereka adik-beradik menonton televisyen di ruang tamu.

"Waaaa~ Kita buat rumah macam orang Jepun nak? Hee~"

"Ala...rumah biasa-biasa sudah lah~"

*****

"Opie dah gi sana." Mak memberitahu semasa berbual di telefon. Si kakak terkejut kerana tidak tahu. Malah adiknya tidak berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum memilih untuk ke sana, namun tidak hairan dengan keputusan itu. Opie mahu mencari pengalaman bekerja di tempat orang katanya, namun kakak tahu ada banyak lagi sebab lain Opie mahu bekerja di sana.

*****

"Salam kak...online tak ni? Nak bagi alamat, nak mintak tolong kirim kalkulator..."

Mesej di FB itu baru dibaca.

*****

Entah kenapa, malam ini hati si kakak terlalu rindu.

Adik kecil tempat berkongsi suka duka suatu ketika dulu kini sudah dewasa.

Dan jauh...

Hanya doa yang dikirimkan dari kejauhan.

Air mata menitis.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.