BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 29, 2012

Kucing Bukan Manusia

Tinny & Tammy- Model Tilam Cemerlang

Membela kucing mendidik kesabaran.

Saya percaya ramai yang setuju. Tidak mudah membela kucing apatah lagi kalau kucing itu kucing jalanan yang dipungut dan dijadikan haiwan peliharaan. Kerana ketidakbiasaan mereka mengikut 'peraturan' manusia, boleh saja membela kucing menyebabkan penyakit darah tinggi mahupun sakit jantung, malah menambahkan berat "DOSA" pada penimbang amal.

Kucing bukan seperti manusia. Mereka tidak punya akal yang membolehkan mereka belajar dengan secepat mungkin. Mereka tidak tahu menilai di mana tempat untuk membuang najis yang sepatutnya. Sedangkan kucing yang dah pandai buang najis kat luar rumah pun mengambil masa jugak untuk belajar mengorek dan menimbus najis dalam tanah.

Kucing jugak tak tahu mengemas rumah. Jadi janganlah hairan dan terlampau terkejut sambil menjerit nyaring lalu mencarut bila melihat keadaan rumah bersepah selepas mereka bermain kejar-kejar dan cakar-mencakar. Walau banyak kali pun kamu meminta mereka mengemas semula, mereka tidak akan mengemasnya kerana ditambah lagi satu fakta, kucing tak faham bahasa manusia.

Kucing tak pandai memberitahu apabila dia rasa sakit. Kerana kucing bukan manusia yang boleh menceritakan apa yang dia rasa sebagaimana bercerita kepada doktor ketika diserang demam selesema. Bak kata Juui Dolittle, dengarilah dengan teliti akan suara haiwan melalui hati, baru kamu tahu apa yang mereka inginkan. Kerana itu, bila kucing hanya diam membisu biarpun dipukul dipalu disepak-terajangkan, bukan bermakna dia buat dek saje dengan kemarahan kita.

Salah seorang manusia yang paling penyabar pernah saya kenali dalam membela kucing adalah bapak saya sendiri. Dia tidak pernah marah mahupun mencaci-maki kucing-kucing di rumah kami. Apabila ada yang membuang merata-rata, dia hanya akan ketawa dan tersengih, kemudian membersihkan najis yang dibuang itu. Dan saya dapat lihat bagaimana kucing-kucing di rumah kami "menyayangi" bapak dengan cara yang berbeza berbanding dengan kami semua. Mungkin kerana mereka tahu hati bapak itu sangatlah baik.

Kucing haiwan syurga. Itu kata salah seorang teman saya. Kucing juga haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w dan Abu Hurairah r.a. Maka sesiapa yang membela kucing dengan penuh kesabaran, insya'Allah kamu mengikut sunnah baginda s.a.w. Dan kucing itu juga akan mendoakan kamu di sana kelak. Ajarlah ia dengan penuh kesabaran kalau kamu mahukan pahala berbanding dosa.

Kalau tidak mampu, lepaskan ia pergi.

Dan itu bermakna, kamu masih belum mampu mendidik diri menjadi penyabar, lalu mendedahkan kucing itu kepada dunia "pelarian" di luar sana.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.