TERBAIK DARI ENCIK SUAMI

Tuesday, May 8, 2012

Jenjalan Dengan Diorang Lagi

Dah lamanya tak update. =.=

So, kali ni nak update pasal jenjalan carik makan hari tu bersama kengkawan blogger. Actually, datang KL sebab nak claim baucar buku PTS kat PBAKL. Plan la dengan Iffah, then ajak yang lain-lain jugak, malangnya Nadh & kak Elly je yang tak bizi pada hari Sabtu lepas.

Sampai KL tu, 2 jam jugak menunggu driver datang amek. Ye, saya tak pandai drive walaupun da ade lesen, kesiannya saya. =.= *padahal, memang datang naik bas* Bila masuk kereta MyVi purple Iffah, meluap-luap api kemarahan bila tengok benda kat bawah ni.


Mana aciii! Nadh da beli awal-awal da Sunan Musafir kulit tebal, sampai 5 bijik nkooo~ Maka sepanjang perjalanan menuju ke Stesen LRT Ampang untuk menjemput kak Elly, sumpah seranah kedengaran berpanjangan di dalam kereta. =.= Apapun, sumpah seranah akhirnya berhenti bila saya pun akhirnya dapat benda kat bawah ni.


Berbaris panjang jugak manusia-manusia kat bilik Karangkraf sebab nak amek tandatangan Ramlee Awang Murshid (RAM). Suka tengok penulis siri Laksamana Sunan ni, nampak tenang dan bersahaja. Nampak pendiam juga, tapi mudah tersenyum. Bila Nadh nak amek gambar dan PAKSA dia berdiri, RAM pun senyum dan berdiri. Bila tengok RAM, rasa macam perwatakan Laksamana Sunan tu ada dalam dia. :)

Sebelum ke Karangkraf tu, gi booth PTS dulu. Amek baucar PTS RM50. Bayangkan lerr, dalam bilik yang begitu ramai orang kat area PTS tu, nak kena carik buku untuk cukupkan RM50 dalam masa yang singkat. =.= Buku ape la nak rembat, jenuh belek-belek sambil intai-intai Iffah dengan blogger Woofer Storm yang turut datang ke PBAKL sebab nak jumpa Iffah. Eh!!! :p Akhirnya, rembat empat buah buku baru dari PTS macam kat bawah.


Lepas borong buku, kami gi Dewan Tun Razak pulak tengok exhibition sukan. Ada banyak rerobot dan kereta kat situ. Mula-mula kami yang gegirls ni melangkah dengan lemah-longlai aje masuk dewan tu. Ye lah, mesti bosan exhibition ni. Tapi bila nampak robot je, kami mula lupa daratan. Semua gambar nak amek, semua benda nak pegang, termasuklah berangan memiliki Lamborghini putih sebijik. =.=


Disebabkan da agak lewat nak berangkat pulang ke Johor dan mak dah melarang balik malam, maka saya ingat nak bermalam kat KL aje. Mula-mula mesej kengkawan, tapi suma tak respon, so decide nak duk hotel aje. Kami ke Ampang, sebab pernah duk hotel kat Ampang masa gathering raya dulu. Memula tu, just check in saya sorang, yang lain nak balik rumah masing-masing. Sob sob sob. T_T

Tapi lepas makan, Allah bagi ilham kat kawan-kawan untuk join tido sekali. Alhamdulillah, ade jugak peneman. Tu pun, dengar kata kak Elly, ada 'peneman' lain gak kat bilik sebelah malam tu. Errrr... Saya tido mati kot, tak dengar ape-ape. =.=

Esoknyee~ Ajak diorang pi Pusat Sains Negara lak, sebab ada orang tu berhajat nak tengok dinasour tapi tak kesampaian semalamnye. Kesian kat orang tu kan. Kang nanges hentak kaki lak kang. Hahaha~ Tapi pagi tu masa kol, tak excited lak dia bila kita ajak pi tengok dinasour. =.=

Mungkin sebab mamai lagi. Ermmm.


Untuk tengok dinasour dan bermain-main dengan diorang ni, tiket masuk adalah RM15 untuk orang dewasa. Untuk student yang ade ID card, bayar RM12 je. Tapi untuk kanak-kanak macam saya, saya tak ingat pulak berapa harga dia. Errr... :p

Masa mula-mula masuk tu terkejut jugak tengok kepala dinasour bergerak. Nasib baik tak pengsan. Maaf kepada yang terkena tampar bahu sebab itu tindakan refleks membawa maksud "bahaya di hadapan". =.=

Kalau nak pi tengok dinasour ni, kena bawak DSLR kayyy. Eh, kamera compact pun leh jugak. Cuma lagi best kalo pixel tinggi. Gambar kami ni guna henset aje. Huhuhu. Pameran dinasour ni sampai 31 Julai 2012. So, sape yang dekat-dekat PSN tu leh la melawat diorang. Kalo pi nanti, kemsalam kat Sunahsorus kayyy~ Eh!!!

Lepas tengok dinasour kami jenjalan sekitar PSN tu je, tengok rerama sambil shooting gambar. Sekitar kawasan PSN tu memang best amek gambar sebab landskap & view dia cantik. Leh piknik-piknik lagik~ Erk!

Apapun, terima kasih kat kengkawan yang sudi teman jenjalan walaupun plan suma last minute. Entah dah ikut perangai sape ni buat aktiviti last minute. Kihkihkih~ Maaf atas salah silap, sumpah seranah dan terlebih gurau, saya sayang semua~ ^_^

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.