BLOG ENCIK SUAMI

Friday, May 18, 2012

Tak Cemburu Ke Saya? versi Sunah Sakura

Jealousy... by ~achewlim on deviantART

Erm...

Sekadar berkongsi komen pada entri Satu perjalanan #13 versi Tak Cemburu ke Saya?. Nak tau pasal ape, boleh baca dulu entri tu. Kejap je, lepas tu datang sini balik. Tak pun, tak payah datang balik. Sebab komen kat situ pun da memadai secara ringkas. #Eh

Motif la buat entri ni kalau macam tu...=.=

Ok, ok. Back to the point. "Tak cemburu ke saya kalau si dia keluar dengan kawan-kawan perempuan lain? Tak cemburu ke saya kalau si dia beramah-mesra dengan kawan-kawan perempuan lain?" Tak cemburu ke saya kalau kalau kalau...lagi.

[Iklan: Apatah lagi kalau si dia kamu tu selebriti dan ramai peminat] EH!

Erm, sape tak cemburu? Ade ke yang tak pernah rasa cemburu walaupun sikit? Mesti la ade walaupun tak terluah. Ada yang komen kat entri tu, dia da lali da dengan semua tu, da penat kepala otak memikir, katanya.

Cumanya, ada orang kata kalau sayangkan seseorang, bebaskan dia. Dia ada hidup dia. Berikan ruang untuk hidup dia. Asalkan dia tahu jaga batas pergaulan dengan kawan-kawan berlainan jantina, berikanlah kebebasan tu pada dia. Kat sini kita letakkan rasa saling percaya. Malah, benda ni lah yang menguji kepercayaan dan kesetiaan masing-masing.

Selagi belum bergelar suami isteri (untuk yang bercinta kerana berniat untuk bernikah, dan yang dah bertunang menuju pernikahan), kita masih tidak punya hak atas kehidupan dia. Apatah lagi dah berbaitul-muslim nanti. Dia masih bukan hak kita. Selamanya...bukan hak kita.

Kerana dia...selamanya milik Allah.

Maka, "cemburulah" pada Allah. Pegang tu dalam hati selalu.


Sifat Yang Harus Bagi DIA

Sifat yang harus bagi Allah.

Sifat yang harus bagi Allah hanya satu iaitu harus Allah melakukan atau meninggalkannya. Ertinya Allah itu harus melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kudratNya, tidak dipengaruhi oleh sesiapapun, Allah bebas melakukan atau menjadikan sesuatu tanpa diikut oleh sesuatu peraturan atau tidak melakukannya.

Tidak wajib bagi Allah menjadikan segala makhluk atau segala yang ada ini, dan tidak wajib juga bagi Allah hendak mentiadakannya. Dan bukan pula mustahil bagi Allah menjadikan dan mentiadakan makhluk ini. Semuanya harus sahaja bagiNya.

Harus bagiNya untuk mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau disebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya.

Allah boleh melakukan sesuatu perkara itu hanya dengan mengatakan "Jadi," maka jadilah perkara itu.

Sumber:



P/S: Mohon perkongsian dan pandangan dari sahabat yang lain juga.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.