TERBAIK DARI ENCIK SUAMI

Wednesday, May 23, 2012

Cinta Itu Perlu Pada Harapan...

Benarkah pandangan orang bahawa cintailah seseorang tanpa perlu mengharapkan balasan?

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.. [Angah Jiwa]

Pada saya, cinta itu perlu akan harapan untuk dibalas kembali... Kerana kita berbuat baik adalah supaya orang lain berbuat baik pada kita... Kita sedia membantu supaya orang lain juga sedia membantu kita... Kita menyayangi kerana mahu orang lain juga menyayangi kita... Bahkan pula bila mencintai...

Dan kita mencintai Allah kerana mengharapkan Allah mencintai kita dengan segala nikmat dan keredhaanNya...

Tiada yang melakukan semua itu kerana mengharapkan sebaliknya...

Maka tidak salah untuk mencintai kerana mengharap untuk dicintai...

Cumanya... Sebagai manusia kita kena sedar, hakikatnya manusia tidak semuanya adil dengan hukum kasih sayang sesama manusia... Yang nyata Maha Adil itu hanya Allah s.w.t...

Maka serahkan cinta kepada Allah... Dia tidak akan mensia-siakan cinta kita...

Wallahua'lam...

#itulah cinta...kompleks bukan? :)


P/S: Ya, kita kena ikhlas, namun yang Maha Mengetahui akan keikhlasan kita hanyalah Allah s.w.t.

Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.