Kat Kedah hari tu, sempat bermalam kat rumah blogger kakakecik Shida. Hari Isnin petang, Hanisah yang hantar sebelum dia balik ke Johor. Rumah kakakecik nun jauh di Pendang, Kedah Darul Aman. Masuk area rumah beliau da nampak bendang kat kiri kanan jalan. Suasana kampung da mula terasa.
Benda yang saya takleh lupa masa duk rumah kakakecik ni, masa borak-borak dengan family kakakecik malam tu, boleh pulak mak kakakecik sentuh kaki saya. Terkejut saya dibuatnya. Kakakecik pun terkejut jugak sambil tarik tangan mak dia. Hahaha~ Sebab apa dia sentuh, sebab nak rasa kulit orang Sarawak. =.=
![]() |
| Ros kaler pink & cekelat... Saja nak tengok ok ke kalo tema cekelat... Eh! |
Kat rumah kakakecik, mak kakakecik ajar buat bunga getah. Bunga-bunga spesies hantaran kawen tu banyak kat rumah diorang. Cantik-cantik semuanya. Cekap pulak tu mak kakakecik buat sekuntum-sekuntum. Dan saya pun dapat sejambak bawak balik Johor. Ekeke. Sape-sape yang berhasrat nak tempah bunga telur untuk hantaran, boleh la jenguk blog rasmi Koleksi Hevea kat SINI.
| Kek Karamel Sakura |
Tak ketinggalan jugak, kakakecik ajar buat kek karamel yang sedap tu. Da expert da kakakecik ni. Moga cepat la kakakecik kawen. Ameen... *doa takde kena-mengena*
Apapun, terima kasih buat kakakecik sekeluarga sebab sudi tumpangkan musafir ni. Moga Allah limpahkan rahmat dan kesejahteraan buat kakaecik sekeluarga. Ameen...
P/S I: Turut sama menumpangkan musafir ni sepanjang kat Kedah adalah dua lagi rakan blogger, kiera'sakura dan Cahaya Wany. Moga Allah balas jasa kalian. Ameen.
P/S II: Berpeluang jugak berjumpa dengan blogger Cik GKSB, Syafinaz Ramli, Pakcu Sofi, adik Nadzli Azlan, dan Nadh (jugak). Terima kasih memperkenalkan Kedah.
P/S III: Terlalu banyak sebenarnya yang berlaku di sana hingga tidak terluah oleh kata-kata. Terima kasih Allah untuk pengalaman berharga.
P/S IV: Terlalu banyak hendak dikongsi hingga tidak mampu untuk menyusun ayat-ayat yang indah. Akhirnya semua jadi draft. Sekian.

Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~