BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, June 12, 2012

Muak

When the sun goes down by ~april182 on deviantART

Dari dulu lagi...

Kenapa baru sekarang rasa macam ni? Rasa tak faham dengan semuanya. Kenapa kena bergelumang dengan benda yang langsung tak difahami? Sedangkan benda lain yang diminati, benda lain pula yang diterokai.

Kadang-kadang rasa nak berhenti dan lupakan semuanya. Lari dari segalanya yang membebankan akal fikiran. Yang dihadap setiap hari namun sampai sekarang masih buntu tak ketemu jawapan. Dah terlalu lama, tapi sampai sekarang masih macam ni. Dah tak banyak masa yang tinggal, tapi masih lagi di tempat yang sama.

Penat, lelah dengan semua ni. Muak.

Cemburu dengan orang-orang sekeliling yang laluannya mudah dan sudah sedia punya kemahiran masing-masing. Sedar diri dengan kelemahan sendiri yang ilmunya tak setinggi mana. Sedar sangat diri ni tak punya apa-apa berbanding dengan yang lain. Sedar sangat-sangat diri ni tak sehebat mereka.

Rasa menyusahkan orang-orang yang meletakkan harapan pada diri.

Maaf...

Petang ini semangat diri hilang lagi.

Allah... Allah... Allah...


Jom Join Beauty Cutie Contest by Hijabsufi

Disebar-luaskan daripada: Hijabsufi



Mana-mana yang ada adik-adik comel macam Aisyah dengan Puteri tu, boleh la join pertandingan ni ye~ Kalo takde, gi mintak adik-adik perempuan tepi-tepi jalan tu bergambar dengan kamu... Yang penting, kamu bukan lelaki kayyy...=.=


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.