BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, June 16, 2012

Husna Budak UK

Entah kenapa aku rasa macam nak buat entri ni.

Husna.

Aku kenal ramai sangat Husna. Husna anak sedara Pak Cik Mat Gebu, kak Husna geng Nisa' Gelang Patah, dan Husna budak UK. Tapi aku teringin nak cerita pasal Husna budak UK ni. Nape aku gelar dia budak UK? Sebab dulu dia duk UK belajar kat sana, sekarang da balik Malaysia ni berkhidmat kat negara sendiri.

Ape yang buat aku nak cerita pasal dia? Aku nak mengumpat ni sebenarnya. Ecewah. Sentap pulak budak UK tu baca kang. Sebenarnya aku rasa banyak persamaan dari segi pandangan kalau aku duk bercakap dengan dia ni. Malah kalau berbual dengan reramai kawan pun, walau aku duk diam mendengar (sebab aku malas nak bercakap), tapi dalam hati aku mengiyakan ape yang dia duk hujahkan dengan kawan lain tu.

Banyak woo yang budak UK tu kongsi ngan kitorang sepanjang jalan tadi. Aku rasa terisi jugakla masa atas jalan raya yang berjam-jam tu walaupun ada masanya aku tertidur sebab penat sangat. Tapi pasal Sultan Johor, pasal orang Singapore, pasal orang Malaysia, semua tu bukak mata aku bila dengar dia bercakap. Buat aku berfikir jauh ke depan jugak bila berdepan dengan bermacam-macam jenis latar belakang punya manusia.

Betul la kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah ilmu pengetahuan.

Aku guna aku kali ni, rasa selesa pulak.


P/S: Bila berjalan jauh tadi, tengok pemandangan hijau tepi jalan, tengok suasana kampung yang aku lalu, buat aku teringat pada kampung yang aku jejak dua minggu lepas. Da seminggu ye aku balik? Makin terasa rindu pulak.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.