BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, June 19, 2012

Pulau Kukup Memanggil...

Hari Ahad lepas, tanpa dirancang-rancang, saya dan housemates terpanggil untuk menjelajah pulau tanpa penghuni di penghujung negeri Johor. Uhuk-uhuk. Seawal 10.30 lebih pagi (awal la sangat), kami bergerak dengan Sakura Ungu yang meter dia tak sampai lagi 1000km. Motif pergi ke Pulau Kukup pun memang nak bagi meter tu naik dengan lajunya. Ohoho~

Selama sejam lebih perjalanan, macam-macam kerenah pemandu dijumpai. Cumanya, hon je yang belum terbukak hati ni nak bunyikan. Sebelum sampai ke destinasi, kami sempat jugak tersalah jalan lalu membuat U-turn sendiri untuk kembali ke pangkal jalan. =.=

Bila da sampai area jeti Kukup lak, jenuh nak mencarik tempat nak parking kereta. Penuh dengan manusia kat situ, terutamanya masyarakat Cina. Kalo nak carik tempat makan, rasanya ade satu je yang terjamin dan boleh dipercayai halal. Erm... Seterusnya, tengok gambar je la ye.

Restoran Zaiton Hussin terletak antara yang paling hampir dengan jeti

ABC RM2.50 - ok la...

Masa untuk naik bot ke Pulau Kukup, tambang pergi dan balik RM5.00

Da sampai jeti utama Pulau Kukup, mereka-mereka tengah panjat tangga besi yang licin... =.=

Nak menyeberang jambatan ni, kena bayar RM5.00 dulu kat kaunter. Kalau umur bawah 17 tahun macam saya, RM3.00 jeeee~~~

Kena lalu ikut laluan ni...tak ingat berapa ratus meter, macam 600 meter jugak lah...

Kat hujung laluan tu ada Menara Pemerhati Pulau Kukup


Kat bawah menara tu ada signboard ni. Gerun gak baca perkataan "Yang Tidak Berpenghuni..." tu. =.=

Da naik atas menara, maka wajib la menggayatkan diri dengan menengok ke bawah... =.=

Tu Sungai Ular. Nape ntah nama dia camtu. Sape nak naik bot menyusuri Sungai Ular, kena bayar RM3.00, dia hantar sampai jeti utama tadi.

Da balik dari Pulau Kukup, bot akan singgah kat tempat penternakan ikan tengah laut ni. Ada belangkas, tiram dan macam-macam jenis ikan kat sini. Ikan sumpit paling comel sebab pandai sumpit air~ Hehehe...

Balik dari Pulau Kukup, sempat la pulak menyinggah ke Tanjung Piai...=.= Cantik kan sini? ^_^

Tu je la kisah perjalanan kami. Lepas ni nak gi Desaru, Air Papan, Teluk Gorek, Air Terjun Ledang, Port Dickson, err...banyaknya tempat nak pergi. =.=


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.