BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, July 3, 2012

Tak Sangka Dia Pergi Dulu... Al-Fatihah

Nampak status Iffah kat Facebook.

Terkedu. Nama tu...betul ke dia? Then nampak entri abang Ben. Subhanallah. Betullah dia.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

Takziah buat keluarga almarhumah blogger Lieynanilaz atas pemergiannya kerana penyakit darah tinggi dan paru-paru berair. Sedih dan masih terkejut. Lieynanilaz antara blogger yang rajin datang dan komen kat blog ni. Rasa macam bermimpi bila tahu dia da pergi dulu menghadap Illahi.

"Buat pengetahuan teman-teman....arwah memang ada mengadu pada saya dia kena darah tinggi last week ...bacaannya sangat tinggi....hingga dia sakit kepala yang teruk dan tertidur di surau tempat dia bekerja di Langkawi...semalam saya dapat tahu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam surau itu dalam keadaan bertelekung dan dalam tidur sebab dia masih demam...Ya Allah..." - Herba Tihara

Al-Fatihah untuk arwah. Moga Allah tempatkan arwah bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa. Ameen...

Mati itu pasti.


Bertudung Tapi Takut Bela Rambut Panjang?

Gambar sekadar hiasan. Sumber: wanzulfadliART

Sesetengah wanita yang bertudung, takut untuk memelihara rambut panjang kerana penjagaannya yang rumit dan perlukan perhatian lebih berbanding rambut pendek. Kat sini, ada beberapa tips dari e-Petua untuk wanita yang masih nak simpan rambut panjang walaupun bertudung. Boleh la amalkan petua ni untuk pastikan kesihatan dan kesegaran rambut kamu-kamu yang panjang tu ye~ ;)

Petua Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

1: Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

2: Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Jangan gosok rambut anda dengan kasar.

3: Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

4: Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

5: Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

6: Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.

7: Untuk rambut yang berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

8: Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

9: Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.

10: Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.


Untuk keterangan lebih lanjut, boleh jenguk fanpage e-Petua kat Facebook tu ye~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.