BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, August 15, 2012

Dah Sampai Sarawak, Tapi Berbuka Waktu KL... =.=

Alhamdulillah.

Sampai juga ke Sarawak setelah terkocoh-kocoh mengejar waktu berlepas kat LCCT petang tadi. Sampai depan kaunter drop baggage jam 4.15. Flite 4.20 petang. Encik AirAsia kat kaunter buat muka bingung bila tengok boarding pass sambil sebut "haaa???"

Saya tanya, "dah tak boleh drop ye?"

Dia geleng, "tak boleh," sambil tengok beg saya. "Beg pun besar sangat ni, boleh boarding saje."

Saya hampa. Sama-sama bingung macam Encik AirAsia tu. Tak tahu nak buat apa. Kol labmate. Tanya pendapat. Dia suggest, tinggalkan ape-ape yang tak perlu. Try jugak bawak masuk bagasi yang beratnya 14 kg lebih tadi. Saya bingung, tak tahu nak tinggalkan apa.

"Tinggalkan langsir."

Terkedu. Terbayang wajah mak. Arghhh!!!

Terpaksa membuka bagasi kat depan boarding gate. Keluarkan langsir yang memenuhi hampir 80% ruang beg. Terus menimbang semula berat beg. 7.80 kg. Kali ini penjaga di boarding gate membenarkan masuk.

Tak sempat ucap apa-apa pada labmate, terus masuk boarding hall, pergi ke gate P9. Dah takde manusia yang berbaris. Mungkin sayalah orang terakhir. Alhamdulillah Allah takdirkan flite delay sebab cuaca kurang memberangsangkan. Naik flite bersama beg besar, duduk di kerusi kedua dari belakang, tak mampu nak duduk di kerusi yang sepatutnya kat depan sikit.

Duduk saja di seat tersebut, badan da terlalu lemah, berpeluh-peluh dan kepanasan. Mengantuk juga. Flite masih tak bergerak. Beberapa kali terlelap, akhirnya bila mata terbuka, nampak awan putih. Banyak kali juga flite bergegar menerobos awan tebal. Hinggalah Encik Pilot mengumumkan flite akan landing jam 7.10 malam. Waktu berbuka katanya 6.50 malam. Tak tahu waktu tu pukul berapa, tapi dengar juga orang duk tanya-tanya FA, FA cakap da lebih 6.50. Ok, tak bawak apa-apa untuk berbuka. So, tunggu je lah, mood nak berbuka pun da takde.

Bila da landing (terima kasih kepada Encik Penumpang yang tolong turunkan beg besar dari ruang atas seat), turun dari flite, jumpa family. Masa tu azan kat TV berkumandang. Waktu berbuka di KL. Susahnya dan beratnya hati nak bagitahu, tapi terpaksa juga bagitahu.

"Ade berita buruk, langsir ditinggalkan."

Wajah mak berubah. Allah...sedihnya hati saya. Tak tau nak kata apa. Sepanjang perjalanan dalam kereta pun mak banyak diam. Besar harapan mak nak tengok langsir baru, tak kesampaian pula. Maafkan saya, mak.....sebab dah kecewakan mak.

Masuk dalam kereta, berbuka dengan seteguk susu yang adik bawa. Lepas tu terus diam dan diam......dengan sedikit rasa terkilan dalam hati. Entah lah...

Apapun, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Ada benda yang Allah nak bagitahu, saya yakin dan percaya itu. Banyak benda yang saya belajar hari ni. Tak semua yang kita rancang, akan mampu tertunai kalau bukan dengan izin Allah. Dan kadang-kadang Allah tunaikan, tapi dengan cara yang tidak kita jangka-jangka.

Alhamdulillah...


P/S I: Terima kasih kepada labmate dan juga blogger Along Usop yang telah bertungkus-lumus memecut Sakura Ungu sampai ke LCCT. Rasa macam berlakon dalam movie KL Drift, Tokyo Drift gituuuu...=.=

P/S II: Kalau ada yang nak pulang ke Bintulu dari KL esok, gitau ye... Masih mahu berusaha...



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.