BLOG ENCIK SUAMI

Monday, September 3, 2012

Tak Sempat Nak Malu

Disebabkan tempat cuci kereta penuh, saya berniat untuk mengepam angin tayar.

Maka, saya pergi stesen minyak macam biasa. Bukan belum pernah buat sebelum ni, da buat berkali-kali. Tapi tak sampai lima kali. Macam selalu, set kan angin dan bukak tudung-ape-ke-nama-ntah tayar depan kereta. Cucuk juga macam selalu.

Tapi hasilnya tak macam selalu.

Tayar tak semakin berisi, tapi semakin kempis. Pancit. Saya dan housemate dah gelabah. Kenapa jadi macam ni pula? Selalu ok aje. Duhhhh! Saya cuba pakai pam sebelah pula. Masih sama. Arghhh!!! Macam mana nak balik kalau macam ni?

Saya pandang housemate, dia pandang saya balik. Saya baca notis pada mesin pam angin.

'Sila hubungi stesen jika perlukan bantuan.'

"Hubungi macam mana ni???"

Housemate gelak. Sempat pula buat lawak time macam ni.

"Nak panggil abang tu lahhh!!!"

Bila abang tu datang, dia try guna mesin pam depan kereta saya. Aik, rosak ke? Bila dia try pam sebelah sana, baru la ok. Akhirnya tayar pun kembang balik. Terima kasih abanggg~ (Tapi saya rasa dia adik lagi lah... =.=")

Tu la, orang kata jangan malu bertanya, nanti sesat jalan. Saya ni tak sempat nak malu, dah sesat jalan dah. Eh, betul ke ayat saya ni? =.=

Ape-ape je la.


P/S: Orang kata better pam kat bengkel daripada pam kat stesen minyak, betul ke?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.