BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, October 20, 2012

Dari Samurai Untuk Sakura

Cherry Blossom by ~glarbinator on deviantART

Memang bukan mudah untuk melihat sakura berkembang mekar.

Menjadi sebatang pokok yang betul-betul tegap berdiri pun mengambil masa yang begitu lama sebelum akhirnya berbunga setelah tiba musimnya. Bukan dalam sekelip mata.

Yang menanam pokok sakura di halaman rumahnya, tentu sentiasa menunggu saat ia berbunga. Ternampak sahaja kudupnya terbentuk di hujung-hujung musim sejuk, pasti hati empunya pokok rasa berbunga terlebih dahulu. Subhanallah, menjadi juga yang ditanam, bibir memuji-muji Illahi atas nikmatNya biarpun pokok sakura belum betul-betul berbunga mekar.

Kala ia masih dalam kudup-kudup itu, risau si empunya jika kudupnya tidak memekar indah. Kerna kadang-kadang kumbang perosak akan datang mengusik. Sedang sang burung dan rama-rama pun tidak mampu menjaga pokok sakura dengan baik, kerna Yang Menciptanya lebih kuat dari segalanya di dunia, maka empunya pokok tidak putus-putus meminta setiap ketika.

Tuhan, berikan sakura peluang untuk memekar indah. Titipkan walau setitis kasihmu pada kudup-kudup sakura itu. Dengan sebaiknya ia berusaha membentuk, memelihara, dan menjaga dirinya sehingga saat ini. Maka lindungilah dari kumbang perosak. Andai bergoyang ditiup angin lembut sekalipun, biar ia seketika cuma. Jangan ia goyah lalu gugur terus, kerna dunia di hadapan yang menanti lebih banyak ranjau dan duri.

Itu doaku untuk sakuraku sentiasa.

Ameen.

Dulu, aku selalu berada dalam diri sakura. Di sini biar aku bertukar tempat menjadi samurai.


P/S: Alhamdulillah. Sungguh saya bersyukur. Moga Allah tetapkan hati awak agar istiqamah menyusuri jalan yang awak pilih.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.