BLOG ENCIK SUAMI

Monday, December 24, 2012

Dan Akhirnya Along Sayang Juga...


Alhamdulillah.

Akhirnya, along kesayangan juga telah selamat mendirikan masjid pada 23 Disember 2012. Semalam je.

Macam mimpi. Plan dari awal dulu nak ke Pahang dengan salah seorang Irdinians, akhirnya terlaksana juga dan bertambah passengers dalam Sakura Ungu. Ya, rasanya itu tempat paling jauh pernah Sakura Ungu pergi setakat ni, Kampung Cherok Paloh, Pekan, Pahang (rasanya kampung ni kat sempadan Kuantan dan Pekan).

Kampung yang aman, damai, tenang dan cantik. Suka Pantai Sepat yang mendamaikan. Seronoknya dan beruntungnya along sayang ada kampung yang dekat dengan pantai. Dan, bertambah-tambah lagi gembira bila ada gerombolan lembu yang nak mengajar kita erti sabar menunggu diorang melintas jalan. Hikhik. Bebiri kat sini pun bulusss diorang da kaler ceklat da, sebab selalu main lumpur kot. Comel~ Haha~

Eh! Ni cakap pasal lembu n bebiri ke cakap pasal walimah along ni? =.="

Ok ok.

Alhamdulillah. Tahniah buat along dan suami yang da melengkapkan separuh agama. Terharu dan tersentuh hati bila menyaksikan saat-saat kalian menyarung cincin di jari. Mungkin inilah hikmah yang Allah berikan kepada mereka yang menjaga diri dengan sebaik-baiknya dalam batas pergaulan seharian. Melihat along takut-takut menghulurkan jari manis untuk disarung cincin oleh akhi Firdaus, hingga dua tiga kali menarik balik huluran jari, membuat seisi masjid tergelak bahagia. Dan nampak dengan jelas sekali bagaimana ketarnya tangan suami along apabila along pula hendak menyarung cincin di jarinya, buat kami semua tersenyum manis.


Manis.

Ya, kerana manisnya cinta selepas nikah itu turut terpindah rasanya ke dalam hati kami. Subhanallah~

Along sayang,

Selama kita menjadi along dan angah, terima kasih untuk segalanya yang angah terima dari along. Dari segala kata-kata nasihat, pandangan hidup, ingatan peribadi dan tidak terkira lagi mutiara bernilai yang along hulurkan, alhamdulillah. Terima kasih kerana along banyak meluangkan masa mendengar rintihan hati dan turut bersama-sama merungkaikan segala kekusutan yang pernah angah alami. Dari itu, mohon ampun dan maaf atas serba sedikit kesusahan angah yang terpindah ke pundak along. Moga nanti Allah balas kebaikan along dengan segala kebaikan di dunia serta akhirat. Insya'Allah.

Along sayang dan suami,

Tiada kata yang mampu angah titipkan buat along dan suami untuk menjalani kehidupan baru setelah bergelar suami isteri. Kerna kalian adalah antara sahabat-sahabat terhebat yang pernah angah kenal. Yang insya'Allah hari-hari yang berlalu dalam kehidupan kalian, tidak pernah kalian tinggalkan Allah di belakang. Dengan itu, doa angah, moga dalam hidup kalian yang akan datang, Allah akan terus berada di hadapan dan membimbing kalian menuju ke syurgaNya. Insya'Allah.

Di akhirnya, terima kasih untuk semuanya semasa kami berada di kampung along. Moga Allah limpahi keberkatan ke atas keluarga along dan semuanya atas penghargaan yang diberi. Ameen.


Semoga mutiara bernilai yang tersimpan rapi akan terus berkilau setelah ada teman baru di sisi.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.